Bab 43

189 40 0
                                    

"Sayang, kenapa muka monyok je?" Dari pagi lagi, Arliana Qailani hanya menunjukkan reaksi wajah yang sedih.

"Saya mengandung..."

"Okay, it's a good news! Kenapa sayang macam sedih je? Tak suka sayang pregnant?" Afif menyentuh pipi Arliana Qailani.

"Awak, boleh janji dengan saya?" Arliana Qailani memegang tangan Afif.

"Janji apa tu?" Afif tersenyum sahaja kepada Arliana Qailani.

"Janji dengan saya, jaga anak kita elok-elok" Afif sudah berkerut dahinya.

"Mestilah, abang akan jaga anak-anak kita. Tapi, sayang nak pergi mana? Tak kan nak tinggalkan abang dengan anak-anak je?"

"Tak pergi mana pun, cuma kalau saya ditakdirkan pergi dulu" Arliana Qailani tersenyum kelat.

"Dah, tak mahu merapu. Orang mengandung ni, sensitif betul!" Afif tidak kuat mahu mendengar ayat yang dituturkan oleh Arliana Qailani.

"Biar apa-apa jadi kat saya, jangan kat anak saya" Arliana Qailani berkata dengan tegas.

"Sayang, dah macam komander je lagaknya. Takut kita" Afif tertawa perlahan. Arliana Qailani langsung tidak menunjukkan wajah cerianya.

"Okay-okay, abang stop. Tapi, kalau abang pula yang pergi dulu, sayang boleh kahwin lain kan? Nanti anak-anak dapatlah papa baru" Afif mengenyitkan matanya.

"Mana ada! Eeee dia ni kan!" Arliana Qailani mengecilkan matanya.

"Berapa bulan dah ni?"

"Nak masuk 3?"

"Kenapa sayang nampak kurus je? Sayang nak makan apa-apa? Abang boleh belikan. Patutlah haritu suruh abang buat bubur. Sedap tak?" Afif mahu ketawa apabila dia teringatkan tentang bubur itu.

Arliana Qailani ketawa geli hati. Dah nama pun Afif, masak bubur mestilah tawar!

"Sedap je" bohong Arliana Qailani.

"Alaaa bukan abang tak kenal sayang, mesti sayang saja cakap sedap, padahal bubur tu entah apa-apa rasa!" Afif menyilangkan tangan di dada. Pura-pura merajuk!

"Hehehe" Arliana Qailan tersengih. Dah memang tawar, nak buat macam mana!

★★★★★

"Zarif! Sakitlah! Let me go!" Qaisarah menarik-narik tangan Zarif supaya tangannya dilepaskan oleh Zarif.

"Kalau dia tak mati, kau yang matilah perempuan!" Qaisarah dicampakkan ke lantai. Qaisarah mengaduh kesakitan.

Semalam, Qaisarah sudah menghubungi Hakim untuk menceritakan rancangan Zarif yang gila itu.

Hakim juga telah mendapatkan butir peluru yang digunakan oleh Zarif. Kini, dia cuma perlu mengukuhkan bukti yang dia ada saja.

"Kau pilih. Sama ada Afif dan isteri dia yang mati, atau kau yang mati!? Jangan ingat aku takut dengan kau, perempuan!" Zarif mengacukan pistol kepada Qaisarah.

Zarif is psycho!

"Okay-okay, I'm sorry. I akan ikut je cakap you, okay?" Qaisarah begitu takut dengan perwatakan baru Zarif.

"Aku cuma nakkan dia punya syarikat. Syarikat dia terkemuka di dalam bandar ni. Kau rasa aku nak sangat ke dengan kau? Aku cuma pergunakan kau! Aku nak harta dia. Kau faham tak?!" Zarif membaling pistol itu kepada Qaisarah.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now