Bab 2

574 70 3
                                    

"Woi!" Afif menyaingi langkah Arliana. Dia merenung tajam wajah berkenaan. Dah kenapa masuk bilik dia pula?

"Kenapa? Saya nak tumpang solat. Mummy awak suruh masuk bilik ni. Jangan la halang saya, kejap lagi subuh dah nak habis" Arliana cuba mengelak, namun badan Afif yang tegap dan sasa membuatkan Arliana tidak boleh melangkah.

"Solat kat bilik tetamu la, ni bilik aku!" Afif menjengil matanya. Tak kan nak bagi perempuan masuk bilik dia, hish!

"Biar la Lia masuk bilik kamu. Dia kan nanti nak jadi isteri kamu. Dah Lia, masuk je" Datin Maria memberi keizinan. Seronok dapat berbual dengan bakal menantunya itu. Peramah sungguh!

"Mummy!" Afif terkejut. Arliana yang baru sehari berjumpa sudah terpikat, yang aweknya, si Qaisarah tu, tak terpikat pula! Aduhh!

"Saya masuk dulu" Arliana masuk ke dalam. Ya Allah! Lawanya design dalam bilik ni! Tapi.. bau asap rokok! Afif hisap rokok? Biar betul?

"Jangan kagum sangat" Afif mencelah. Arliana yang berada di dalam bilik menolak Afif untuk keluar.

"Eh, ni bilik aku" Afif terkejut Arliana berani menghalaunya. Arliana memandang Afif, dengan harapan supaya Afif faham. Namun, sebaliknya terjadi kerana Afif duduk di birai katil.

"Awak, saya nak solat. Saya nak keselesaan. Tolong lah faham" Arliana seolah-olah merayu. Susah juga nak suruh si Afif ni faham!

"No, tak nak! Ni bilik aku. Lagipun, kau memang tak kan selesa sebab ada bau rokok? Am I right?" Afif menduga Arliana. Arliana lambat-lambat mengangguk.

"Sorry, kawan-kawan aku datang lepastu diorang hisap rokok kat bilik aku pula. Bukan tak larang, tapi diorang buat juga. Degil" Afif berdesis perlahan.

"Sama la macam orang tu, degil" Arliana berkata perlahan. Afif memandang Arliana dengan kerutan di dahi.

"Kau cakap apa tadi?" Afif bertanya. Arliana cepat-cepat masuk ke dalam bilik air. Fuh, selamat! Arliana mengambil wudhu'.

Setelah keluar dari bilik air, dia masih nampak wajah Afif di katil. Hmm nak buat macam mana. Redha je la. Arliana mengambil telekung lalu memakainya.

Semasa Arliana ingin membentang sejadah, Afif mengeluh perlahan. Dia hairan melihat tingkah laku Afif itu.

"Awak kenapa?" Arliana bertanya. Afif hanya membatukan diri. Tidak mahu menjawab pertanyaan Arliana.

Arliana menunaikan solat subuh dengan khusyuk sekali. Setelah habis solat, Arliana membaca surah-surah lazim dan membaca Yaasin.

Afif menangis perlahan mendengar Arliana mengalunkan bacaan Yaasin. Arliana sedikit terpempan melihat wajah Afif berubah rona.

"Afif, awak menangis?" Arliana menegur Afif setelah habis bacaan. Sepanjang 20 tahun, dia tidak pernah melihat wajah di hadapannya ini menangis.

"Eh, mana ada" Afif menayang muka acah cool. Arliana hanya mengulumkan senyum. Arliana melipat sejadah dan juga telekung.

Afif sekadar memandang tingkah laku gadis berkenaan. Sungguh, dia rasa sangat tenang tatkala berhampiran Arliana, namun dia tetap tidak menyukai gadis ini.

Entah bagaimana dia boleh terperangkap dengan gadis ni. Apa yang dia akan jawab jika berita tentang perkahwinannya sampai ke telinga Qaisarah?

"Afif, awak nak duduk sini sampai bila?" Arliana bertanya. Hairan melihat wajah Afif yang seakan-akan memikirkan sesuatu.

"Aku nak tanya kau something"

"Silakan"

"Kau buat apa kat kelab malam semalam?" Pertanyaan Afif membuatkan Arliana terkedu. Kelu untuk menjawab pertanyaan Afif sebentar tadi.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now