"Hai Lia!" Darbi melangkah ke arah Arliana Qailani yang duduk di kerusi berdekatan dengan taman permainan rumahnya.
"Hai, hai juga Ayra" Sudah seminggu Alayra Qistina bersama dengannya. Entah kenapa, dia rasa sangat dekat apabila bersama dengan Alayra Qistina.
"Darbi, saya nak tanya sikit boleh?" Darbi hanya menganggukkan kepala.
"Hm, Afif dah kahwin ke?" Suara Arliana Qailani semakin kendur apabila berkata-kata.
"Haah" Arliana Qailani berasa hampa. Darbi perasan ekspresi muka Arliana Qailani berubah.
"Kenapa?" Darbi mula bertanya kepada Arliana Qailani.
"Tak ada apa lah. Isteri dia cantik tak? Antara saya dengan isteri dia, mana lagi cantik?" Arliana Qailani bersungguh-sungguh bertanya kepada Darbi.
"Soalan apa awak ni? Mestilah awak lagi cantik!" Arliana Qailani tersenyum kerana berpuas hati dengan jawapan Darbi.
"Tapi, dia suka yang tak cantik ke?" Darbi ketawa geli hati apabila Arliana Qailani bertanya soalan itu pula.
"Eee janganlah gelak! Ni, saya nak tanya lagi"
"Apa dia Arliana Qailani?"
"Awak tak nak kahwin?" Darbi mengerutkan keningnya.
"Kenapa tanya saya soalan macam tu?"
"Saja, semua orang nak kahwin kan?" Arliana Qailani memandang kanak-kanak yang sedang bermain buaian.
Dia musykil. Kenapa dia seperti pernah membawa dua kanak-kanak ke taman permainan?
Tapi, mustahil lah! Dia bawa anak sapa? Anak patung kot?
"Awak tak nak kahwin ke Lia?" Darbi bertanya soalan itu kepada Arliana Qailani pula.
"Mestilah nak! Tapi umur kita baru 20 tahun kan?" Arliana Qailani menggelengkan kepala pula. Tak kan nak kahwin waktu umur 30 tahun?
Padahal, dia pun kahwin umur 20 tahun!
"Awak sedar tak umur awak berapa tahun ni?" Arliana Qailani mengerutkan keningnya lagi dan lagi dan lagi.
"25 tahun. Cuba awak kembalikan memori awak. Silalah duduk di bumi yang nyata. Jangan ingat awak masih muda" Darbi tersenyum nipis. Ini sahaja caranya supaya Arliana Qailani mendapatkan ingatannya.
"Hmm tak ada apa pun yang saya ingat" Arliana Qailani mengeluh seketika.
"Apa perkara terakhir yang awak ingat?"
"Masa Fia ajak saya minum-minum sebab dah habis SPM" Darbi membelai rambut Alayra Qistina.
"Darbi! Kenapa?"
"Apa dia?"
"Umur saya berapa? Umur kita berapa? 20 kan?"
"Tak, 25. Dah tua tahu?"
"Tipu! Tak nak kawan Darbi"
"Perangai awak sekarang ni macam umur 10 tahun, faham tak?"
"Eee suka hati lah!"
"Umi! Pakcik! Kenapa nak bergaduh pula?" Alayra Qistina yang masih kecil itu pula meleraikan pergaduhan mereka.
"Hmmm" Seorang pandang ke kanan, seorang lagi pandang ke kiri.
Ha, bagus sangat lah tu! Ingat Alayra Qistina ada masa nak layan rajuk diorang?
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...