"Jadi... biarlah awak tak bahagia, biarlah awak menyampah dengan saya sekalipun, kita tetap tak akan bercerai. Kalau berani awak lepaskan saya, saya call polis!" Arliana Qailani tersenyum lebar. Sengaja dia merapu seketika. Apa salahnya, kan?
"Jap, kau confess kat aku ke apa ni?" Afif menyembunyikan senyumannya. Yahoo, Afif tak akan jadi duda! Afif akan bahagia! Eh?
"Lebih kuranglah. Okay, fokus driving abang" Arliana Qailani memandang cermin tingkap. Muka dia dah macam tomato ketika ini! Malu jangan cerita la! Menggunung!
"Wah, cepatnya nama panggilan bertukar. Okay, abang bawa kereta elok-elok ye.... sayang" Afif akhirnya tersenyum jua. Entah kenapa dia rasa gembira sangat-sangat.
Woi, 3 tahun tu lama tau nak pendam rasa bagai. Sakitnya tuh di sini. Okay, kita sambung.
"Tak sabarnya nak jumpa Aman dengan Amin. Mesti diorang dah besar kan. Dah boleh masuk sekolah sekarang. Umur diorang pun mesti dah 5 tahun" Arliana Qailani tampak ceria. Dah kurang sikit sifat malu tu heheheh.
Afif cuma tersenyum. Dia masih membawa kereta untuk pulang ke rumah Datin Maria.
Semoga perkahwinan yang dibina atas sifat kasihan menjadi perkahwinan yang berkekalan hingga ke Jannah.
★★★★★
Afif sudah selamat tiba di perkarangan rumah Datin Maria. Nasib Arliana Qailani tidak tidur, bolehlah borak-borak sikit. Alayra Qistina je lah yang tidur.
"Anak mummy!" Datin Maria pantas sahaja memeluk Arliana Qailani.
"Mummy!" Arliana Qailani juga ikut menjerit apabila terlihat Datin Maria.
"Wah, bagusnya mertua dengan menantu ni. Afif sapa nak peluk? Dinding? Tak adil tau!" Afif yang mendukung Alayra Qistina sempat mencebik.
Alayra Qistina menggerakkan badannya sekejap. Mungkin sebab terdengar suara Afif.
"Dukung je lah Ayra tu. Banyak cekadak pula. Jom masuk, Lia. Kita tinggalkan Afif kat luar ni." Datin Maria membawa Arliana Qailani masuk ke dalam.
"Ha, suka sangat sayangkan menantu lebih dari anak sendiri. Kita lari rumah baru tahu. Dah tua pun tak sedar diri lagi" Afif membebel seorang diri.
"Mummy dengar apa kamu cakap tu!" Laung Datin Maria dari dalam rumah.
"Erk?" Afif tersengih. Telinga lintah betul lah mummy ni!
★★★★★
"ABI!" Aman Azumi pantas sahaja menuju ke arah Afif. Afif mula mendukung Aman Azumi.
"Apa ni, Abi? Aman dah besar lah! Malu lah orang tengok nanti!" Aman Azumi menarik muncung apabila Afif menurunkannya.
"Ye ke dah besar? Bukan tidur pakai pampers lagi ke?" Sengaja Afif mengusik Aman Azumi. Aman Azumi pantas menggelengkan kepala.
"No! No! No! Abi tipu" Aman Azumi terus menuju ke arah Arliana Qailani pula.
"Umi?" Aman Azumi melihat wajah Arliana Qailani.
Arliana Qailani berasa syahdu. Anaknya kini sudah berusia 5 tahun. Masih comel, belum boleh dikatakan hensem.
"Umi! Rindu Umi" Amin Qamil lebih pantas memeluk Arliana Qailani. Terhambur jua tangisan Arliana Qailani.
"Anak-anak Umi" Arliana Qailani memeluk kedua-dua anaknya itu. Rindunya terhadap Aman Azumi dan Amin Qamil telah hilang.
"Dah-dah lah tu buat jejak kasih kat sini. Jom makan dulu" Arliana Qailani mengelap air matanya. Datin Maria ni, saja je potong babak-babak sedih ni!
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...