Bab 31

184 40 0
                                    

"Ruby!" Hakim berasa bosan mahu menunggu Siti Rubiah menghabiskan makanannya.

"Ruby! Cepatlah makan! Kita nak cari bukti untuk kes kali ni!" Hakim sudah rasa nak balik je ketika ini!

"Sabarlah baby, I nak makan kejap" Siti Rubiah cuba menghabiskan makanannya dengan cepat. Tapi, biasalah perempuan. Lemah lembut!

"Err, you makanlah sampai malam nanti pun. I sanggup tunggu" hati Hakim terasa berbunga-bunga apabila Siti Rubiah memanggilnya dengan nama panggilan 'baby'.

"Betul ni?" Siti Rubiah masih makan nasi tomato di hadapannya.

"Betullah sangat! I cari bukti dulu la. Ingat pembunuhan Dato' ni melibatkan dua tiga ringgit ke? Dia upah kita dua tiga puluh ribu tau! Banyak tu! Kalau kita cepat-cepat siapkan kerja ni, bolehlah kahwin!" Siti Rubiah pula berasa meluat melihat Hakim terkinja-kinja macam perempuan!

"Okay I dah habis makan. Jomlah Kim!" Siti Rubiah mengambil beg tangannya. Masa untuk bertindak!

Pangsapuri milik seorang Dato' diterjah. Keadaannya masih sama, tiada kesan darah mahupun kesan pergelutan.

"Eh, apa cerita Lia eh?" Semasa menyiasat, Hakim sempat bertanya kepada Siti Rubiah.

"Itu lah, I pun tak tahu. Banyak sangat job kita sekarang! Macam manalah kita boleh terkenal kan?" Siti Rubiah menangkap gambar sekeliling. Manalah tahu, terjumpa bukti ke?

"Betul juga tu. Eh, tapikan... Si Zarif tu dah terlepas dari penjara tau! Aku tahu cerita ni sebulan lepas" Hakim mengambil sesuatu yang dia rasakan janggal berada di atas lantai menggunakan penyepit.

"Zarif terlepas? Macam mana pihak polis buat kerja ni?" Siti Rubiah memperkemas rambutnya. Pangsapuri ni nampak biasa je!

"Eh, wait! Tu bilik apa?" Siti Rubiah mendekati bilik yang dia rasa agak unik kerana terletak di kawasan yang agak tersorok.

"Ya Allah, Hakim!" Siti Rubiah menutup mukanya. Bau hanyir daripada bilik itu sangat kuat!

"Wargh, darah!" Hakim juga pantas menutup hidungnya. Terdapat beberapa mayat yang sudah reput di situ.

"Dato' buat apa ni? Kenapa diorang semua mati dalam bilik ni?" Siti Rubiah tidak sanggup melihat keadaan dalam bilik itu.

"I don't know! Mesti keluarga mangsa yang bunuh Dato', kalau tak pun mesti seseorang yang tak sanggup lihat Dato' buat kerja terkutuk ni" Hakim memberikan pendapatnya.

"Betul tu, I sokong!" Siti Rubiah menganggukkan kepala tanda setuju.

"Jom, kita cari anak Dato' tu" Hakim dan Siti Rubiah pantas sahaja keluar dari pangsapuri itu.

★★★★★

Setahun berlalu. Penatnya menanti 1000 hari supaya kian menurun. Kini hanya berbaki 635 hari lagi sebelum Arliana Qailani dapat bersama dengan keluarganya.

Alayra Qistina juga sudah berusia 3 bulan! Pantas sahaja masa berlalu.

"Darbi! Dah beberapa kali saya tanya, dalam pondok tu ada apa? Kenapa berkunci?" Arliana Qailani memang tak puas hati dengan jawapan Darbi. Selalunya Darbi akan kata..

'Tak ada apa pun'

'Pondok biasa je, kunci dah hilang'

'Alaaa pondok kosong je'

"Darbi! Darbi! Eee geramnya!" Arliana Qailani pantas menumbuk lengan Darbi.

"Adui, garangnya dia ni" Darbi menyentuh lengannya. Eleh, tak sakit pun!

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now