Sudah 3 bulan Arliana Qailani terlantar di hospital. Dia masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bangun.
Afif setiap hari akan datang melawat dia. Afif mengambil tempat di sisi Arliana Qailani.
"Lia bila nak sedar, sayang? Dah lama abang ulang-alik jaga sayang ni. Sayang sedarlah ye? Abang rindu sayang" Afif seperti biasa cakap sorang diri.
Sunyi.
Sepi.
Senyap.
Arliana Qailani masih berkeadaan begitu, tidak bergerak. Hanya kedengaran bunyi mesin pernafasan sahaja.
"Abang kejam ke, sayang? Abang teruk sangat ke selama ni? Abang memang tak layak untuk bahagia ke? A-abang memang jahat. Abang bencikan sayang masa kita mula-mula kahwin. Tapi, lepas dapat Aman dengan Amin, perasaan tu semakin mekar dalam hati. Abang sayangkan Lia sangat-sangat" Afif mengambil tangan Arliana lalu digenggamnya. Air mata perlahan-lahan mencurah ke pipi.
Segala memori lama terungkap semula di mindanya. Ketika kali pertama mereka dijodohkan.
Dah la, tak guna kau meraung sampai jadi macam ni. Kau ingat ni apa? Tanah perkuburan? Nak menangis, mengenang nasib?
Bip!
Ketika kali pertama Lia membuat rumah Afif seperti rumahnya sendiri.
Solat kat bilik tetamu la, ni bilik aku!
Bip!
Ketika kali pertama Afif memarahi Lia akibat kebodohannya sendiri.
Kau tak tahu apa yang kau buat belakang aku? Ke kau ni memang perempuan murahan? Ye lah biasa masuk keluar kelab malam kan?
Bip!
Argh, dia terlalu bodoh kerana tidak mempercayai Arliana Qailani. Tapi, kalau dari dulu dia percayakan Lia, mesti cerita ni dah habis. Eh?
Bip!
"Sayang tolonglah bangun! Sedarlah cepat! Abang rindukan sayang ni" Afif meletakkan kepala di sisi katil Arliana Qailani.
Tiba-tiba, tangan Arliana Qailani seakan-akan bergerak. Afif yang melihat keadaan itu agak terkejut.
"Lia... Lia? Sayang?!" Mesin pernafasan berentak laju. Afif terus menekan butang merah, dengan harapan agar doktor cepat tiba di wad Arliana Qailani.
"Encik keluar dulu ya? Doktor nak check pesakit sekejap" Jururawat yang bertugas menyuruh Afif keluar dari wad tersebut.
Afif berjalan perlahan ke luar wad. Wajah Datin Maria menjadi tatapan.
"Kenapa Afif?" Datin Maria agak terkejut melihat Afif keluar dari wad itu.
"Doktor tengah check Lia. Harap-harap Lia sedarlah" Afif duduk di kerusi setelah 10 minit keluar dari wad. Tiba-tiba jadi blur.
Darbi muncul dengan membawa Alayra Qistina. Ya, Darbi yang menjaga Alayra Qistina sepanjang Arliana Qailani berada di wad.
"Keluarga Puan Arliana?" Doktor keluar menemui mereka.
"Saya suami dia, doktor" Afif terus berdiri memandang doktor tersebut.
"Alhamdulillah, puan Arliana dah sedar. Cuma, getaran yang kuat pada bahagian kepalanya menyebabkan dia mengalami amnesia" Lembut sahaja pertuturan doktor itu.
"Hilang ingatan? Masya Allah" Darbi hanya menggosok lembut rambut Alayra Qistina.
"Boleh kami masuk?" Afif pantas bertanya. Doktor itu hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...