"Mana Zarif ni?!" Qaisarah menangis semahu-mahunya. Dia terperangkap sekarang dengan hal yang dilakukannya.
Qaisarah meletakkan telefon di sisi. Dicapai remote televisyen lantas membuka televisyen. Siaran TV4 ditonton sambil mengelap sisa-sisa air mata.
'Seorang anak jutawan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah bernilai RM1,000,000,000. Beliau akan dipenjarakan seumur hidup dan dikenakan denda sebanyak Rm500,000'
"Wait, aku kenal dia ni. Macam... Zarif. Ha, Zarif?!" Qaisarah melihat setiap sisi lelaki tersebut. Betul lah, itu Zarif!
Qaisarah sudah mula menggelabah. Pasti Zarif akan menyebut namanya nanti semasa dalam tahanan! Dia lantas menelefon Kamil.
"Bie! You kena tolong I!" Qaisarah berjalan mundar-mandir di hadapan televisyen.
"Kenapa ni bb? I tengah drive ni!"
"Argh, I tak kesah! You kena tolong I, I tak nak masuk penjara!!!!" Qaisarah menggigit kukunya. Takut mahu menghadap penjara yang dipenuhi dengan puluhan manusia yang jahat!
Macamlah dia tak jahat, eh?
"Sabar bb, sabar. I nak sampai rumah you dah ni. Nanti call lagi eh? Ehhh ehhh!!!" Kereta yang dipandu Kamil terpelanting jauh masuk ke dalam gaung.
Telefon tercampak keluar. Qaisarah terkedu.
"Bie? Bie?!" Qaisarah menangis kembali. Dia menggeletar. Seumur hidupnya, dia tidak pernah rasa perasaan sedemikian rupa.
"Assalamualaikum" Amsyar datang bersama seorang perempuan, iaitu Rabiatul Adawiyah.
"NI SAPA?!" Qaisarah pantas menarik tudung Rabiatul Adawiyah.
"Lepaskan, dia bakal isteri I!" Amsyar menarik Rabiatul Adawiyah ke sisinya.
"Y-you tipu kan? You sayangkan I kan, Amsyar? You kata you nak kahwin dengan I!" Qaisarah sudah melorot jatuh ke lantai.
"Please, lepas ni jangan cari I lagi! I nak kecapi bahagia, with marriage life! And you tak nak semua tu, jadi kita terpaksa putus! Bye Assalamualaikum" Amsyar terus menarik Rabiatul Adawiyah keluar dari rumah itu.
"No, you tipu je kan?!" Qaisarah pantas berlari keluar. Dilihat Amsyar sudah masuk ke dalam kereta, diikuti dengan Rabiatul Adawiyah.
"Please, kata semua ni bohong je! You sayangkan I!" Qaisarah mengetuk-ngetuk cermin sisi kereta Amsyar. Malangnya, hanya asap berkepul-kepul yang ditinggalkan oleh Amsyar.
"Amsyar!" Qaisarah terduduk depan rumahnya.
"Ya Allah, Sarah! Kau kenapa ni?" Kak Pah yang sedang menyidai pakaian, menegur Qaisarah.
"Kak Pah diam lah!" Qaisarah membetulkan pakaiannya.
"Kenapa nak kena diam pula? Mulut akak, suka hati akak lah!" Kak Pah membuat muka. Daripada cakap dengan Qaisarah, lebih baik dia sidai baju!
"Itu lah, kita ni orang biasa. Buat cara macam orang biasa! Mana mungkin kita dapat kawal 4 lelaki dalam satu masa! Sekarang, terimalah akibatnya! Aku dengar si anak jutawan tu, kekasih kau kan? Uish dah meringkuk dalam penjara budak tu" Kak Pah sengaja menutup mulutnya, membuat ekspresi terkejut!
"Tapi, ada gunanya dia masuk penjara kan? Nak bagi kesedaran kat kau! Tapi, siapa lelaki tadi? Kekasih kau juga ke? Lawa sungguh makwe yang dia bawa tadi, bertutup litup! Ataupun dia dah kahwin dengan perempuan tu?" Sengaja Kak Pah mahu mencurah minyak ke dalam api.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...