"Hai Lia! Berseri-seri muka you. Kenapa ni?" Amelia sengaja mengorek rahsia daripada Arliana. "Tak ada apa la kak. Patutnya muka saya kepenatan, ye la baru kemas barang-barang kat rumah baru tu" Arliana menyimpulkan senyum.
"Laa pindah rumah ke? Ely tak tahu pun?" Amelia berbisik ke telinga Arliana. Takut Afif keluar pula! Naya wei!
"Oh, baru minggu lepas. Alaa Ely dah tahu kan sekarang? Lia lupa nak mesej Ely heheh" Arliana melihat ke arah skrin komputernya.
"Wah, makin busy you ye? Kayalah you kan?" Amelia tersenyum melihat Arliana yang sibuk menaip di komputer.
"Hehe tak adalah, dah biasa dah jari-jari ni menari-nari kat keyboard komputer. Exercise" Arliana tersengih-sengih.
"Ehem ehem"
Arliana dan Amelia masih bersembang rancak. Tidak sedar ada tetamu-tidak-diundang hadir. Mereka sekali-sekala bergelak tawa mendengar lawak masing-masing.
"EHEM EHEM!" Hampir terkeluar anak tekak dek kerana mahu mereka mengalihkan perhatian kepadanya. Siapalah perempuan tak guna ni?
Ha, salah! Dia ialah Afiya Qasyrina. Adik kepada Arliana Qailani. Kembar kepada Afifah Qasrina. Okay dah, cukup-cukuplah intro!
"Eh, Fia. Fia buat apa kat sini?" Arliana berdiri seraya ke arah Afiya Qasyrina. Arliana memegang bahu Afiya. Lama sungguh tak jumpa dengan adiknya itu.
Afiya mengundur ke belakang. Dipegang bahunya yang disentuh oleh Arliana, lalu ditepuknya berulang-ulang kali. Nampak sangat jijik dengan kakak sendiri.
"Tak sangka kau dapat kahwin dengan CEO Syarikat AQ Holding ni kan? Kau mesti guna-guna kan dia" Afiya menunjal-nunjal kepala Arliana.
"Hey! Sekali lagi you buat macam tu kat Lia, I panggil security!" Amelia memberikan amaran. Afiya berhentikan perbuatannya. Dia seperti menyapu-nyapu dahi Arliana yang ditunjal olehnya.
"Sorry, tak sengaja. Akak okay?" Afiya berpura-pura senyum. Menyampah dengan lakonan Arliana yang baik di hadapan semua orang tu!
"Akak okay. Fia sihat? Mama dengan ayah sihat? Ifa?" Satu-persatu nama disebut oleh Arliana. Afiya dah mula meluat dengan Arliana, namun dilayannya jua.
"Semua sihat. Tak ada sorang pun nak mati lagi" Afiya menghadiahkan senyuman sinis kepada Arliana.
"Alhamdulillah, Fia nak jumpa akak ke?"
"Tak la, saja lawat kawasan"
"Fia kerja sini ke?"
"Tak la, kan dah kata saja lawat kawasan"
"Hmm takpelah, kalau nak apa-apa...tanyalah akak"
"Okay, aku nak something"
"Apa dia?"
"Afif"
"Ha? Apa dia Fia? Ulang balik" Arliana tidak dapat tangkap apa yang dikata oleh Afiya. Afiya menjulingkan mata ke atas. Ada juga yang dia tampar, biar terteleng kepala tu!
"Aku. Nak. Afif. Afif Dato' Hasyim" ujar Afiya berpuas hati. Puas sebab dapat berkata begitu kepada kakaknya sendiri. Afiya lantas beredar dari situ.
"Kenapa semua suka sakitkan hati aku" Arliana jatuh terduduk. Dulu Qaisarah, sekarang adik dia pula? Kenapa? Amelia terus meluru ke arah Arliana.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...