Bab 16

216 51 12
                                    

"Ye bie. Mestilah I rindu you. Alaa tak payah kesah la pasal bini I. She's totally fine" Arliana Qailani terasa seolah-olah dipermainkan. Afif sedang bercakap bersama...kekasihnya?

"Ye bie. Malam esok datang la rumah I. Mummy dengan daddy mesti rindu you" Arliana duduk di birai katil, tak sanggup mendengar perkataan selepas itu.

Tak sangka Datin Maria dan Dato' Hasyim pun dah kenal kekasih Afif itu.

Sejak kejadian minggu lepas, Afif sudah kurang bercakap dengannya. Dato' Hasyim juga memandangnya dengan perasaan jijik, mungkin?

Arliana Qailani sudah mencuba untuk memberitahu perkara yang sebenar, namun mereka berdua tidak mahu mendengar penjelasan Arliana.

Hanya Datin Maria yang mempercayai dirinya.

Aman Azumi pun sudah lain dengannya. Mungkin dia ikut firasat ayahnya?

Amin Qamil jugalah perubat rindunya. Amin Qamil yang menunjukkan ekspresi muka yang ceria apabila Arliana mendekati anaknya itu.

"Umi takut, lepas ni Umi dah tak dapat jumpa korang. Maafkan Umi ya?" Arliana Qailani mengelus lembut pipi anak-anaknya yang sedang nyenyak tidur itu.

"Kau buat apa lagi? Pergi tidur la!" Afif mencampakkan bantal Arliana Qailani ke bawah. Arliana Qailani hanya akur.

Sejak dari dulu dia memang tidak banyak membantah. Dia lebih suka mendiamkan diri.

"Aman, bila besar ajar isteri tu pandai-pandai ye? Jangan jadi macam Umi Aman. Perangai buruk" Afif kemudian terbaring di atas katil.

Tubir mata Arliana terasa pedih. Arliana Qailani lantas masuk ke dalam tandas.

"Bila aku nak explain, sorang pun tak nak dengar. Sekarang, semua anggap aku ni teruk" Arliana melepaskan tangisannya di dalam bilik air.

"Takpelah, selama ni mereka layan aku baik je. Mungkin aku kena bersabar. Sikit je lagi, mesti mereka boleh maafkan aku" Arliana Qailani berkata kepada dirinya sendiri.

Hanya itu caranya untuk bersabar dan bertahan, ingat kembali setiap kebaikan yang telah mereka lakukan di samping mengingat keburukan mereka.

★★★★★

"Tolong aku Ruby" Afiya Qasyrina menggenggam kedua-dua belah tangan Siti Rubiah.

"Wait, what's wrong? Is there something happen?" Siti Rubiah memandang wajah mendung rakan baiknya itu.

"Arghh I don't know. Kau kena tolong aku. Aku rasa bersalah sangat-sangat" Afiya Qasyrina menundukkan wajahnya.

"Chill babe. Cuba cerita kat aku apa yang terjadi? At least, I can help you" Siti Rubiah mula memesan minuman kepada pelayan yang datang.

"You know Qaisarah?" Afiya Qasyrina memandang Siti Rubiah. Siti Rubiah cuma berdecit kecil.

"It's easy. Dia yang suka tukar-tukar scandal tu kan? Oh, how small world is!" Siti Rubiah tergelak kecil.

"Then, it's good. Dia cuba plan nak bunuh kakak aku" Afiya Qasyrina mula memberitahu.

"Wait... Dia nak bunuh kakak kau? Apa kaitan kakak kau dengan dia? Dia bukan calang-calang orang tau babe!" Siti Rubiah terkejut. Segera dia menutup perasaan tersebut dengan minum air di hadapannya.

Kena control, nanti tak ayu dah!

"Well, kau kenal Afif?"

"Of course babe! Dia CEO syarikat AQ kan? Hey....did you mean...." Siti Rubiah mula menutup mulutnya yang sedikit terbuka menggunakan tangan.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now