Bab 25

203 42 1
                                    

Pagi yang indah, disinari cahaya mentari membuatkan Afif kelihatan lebih bersemangat.

Bukan apa, semalam dia mendapat panggilan telefon daripada Darbi, kawan lamanya.

"Wassup, bro. Apa cerita call aku ni?"

"Kau sihat?"

"Mestilah sihat. Ada apa ni?" Afif berasa curiga, namun dilayankan sahaja perangai Darbi.

"Hm, bini kau?" Darbi sengaja menyebut tentang Arliana Qailani.

"Apa?"

"Ya lah, si Lia mana?"

"Kau tahu?" Afif agak terkejut mendengar nama yang disebut Darbi.

"Kitakan kawan. Sampai hati tak ajak aku masa kau kahwin" suara Darbi kedengaran berjauh hati.

"Alaa buat majlis kecil-kecilan je. Ni, mana kau tahu aku kahwin dengan Lia?"

"Hmm, Lia ada dengan aku"

"Apa?! Dah tu, kau kat mana sekarang ni?"

"Kau tahukan, aku duduk pulau lepas habis SPM" Darbi menceritakan hal keseluruhan kepada Afif.

"Ah, sudah. Habis tu, macam mana aku nak bawa Lia datang Malaysia!"

"Sabarlah sekejap, aku nak bagitahu la ni" Sekali lagi Darbi memberitahu perkara sebenar dengan serius.

"Hm, 1000 hari? Lamanya" Afif meraup wajahnya kasar.

"Lagi 972 hari. Kau boleh tunggu la, bro. Macam budak-budak!" Darbi ketawa besar mendengar Afif merengus.

"Aku okay, tapi anak-anak aku macam mana?" Afif menukar topik.

"Dah la, kalau rindu cakap je lah. Jangan risau aku jaga Lia elok-elok. Nanti lepas 3 tahun, aku bagi dia kat kau eh?" Darbi tergelak kembali apabila Afif terus menutup panggilan.

"Macam budak-budak la dia ni" Darbi masih dengan sisa tawanya.

★★★★★★★

Hari lahir Aman Azumi dan Amin Qamil. Pejam celik, pejam celik tak sangka umur mereka sudah menginjak ke usia 2 tahun!

"Papa papa" Aman Azumi menarik-narik tangan Afif yang sedang mendukung Amin Qamil itu.

"Kenapa?" Afif sudah beberapa kali memberitahu Aman Azumi supaya memanggilnya dengan nama panggilan 'abi'. Tapi Aman tetap degil! Macam ayahnya!

Amin Qamil lebih bersifat manja, seperti ibunya.

Tiba-tiba hati Afif diserang perasaan hiba. Sudah lebih sebulan Arliana Qailani pergi meninggalkannya...

Okay, tinggal kat pulau je, bukannya mati!

"Papa dengar tak ni?" Aman Azumi membuat muka. Afif cuma tersenyum sahaja.

"Of course lah dengar. Aman nak toys kan? Jom" Dilayankan sahaja kerenah anak-anaknya.

"Hey, you keluar bertiga je dengan kids? Mana ibu dia ya?" Qaisarah pura-pura ketawa melihat Afif dan anak-anaknya.

"Papa, sapa perempuan sihir ni?" Aman Azumi berbisik pada telinga Afif. Afif ketawa geli hati mendengar ayat Aman Azumi.

Mana tidaknya, pakai make up berlapis-lapis. Macam kuih lapis! Ok, back to the story.

"Eh, you dengar tak apa I kata ni?!" Qaisarah sedikit menjerit apabila Afif berjalan sahaja tanpa mempedulikan Qaisarah.

"Papa tak nak cakap dengan perempuan sihir la!" Aman menolak sedikit Qaisarah.

"Hey, dah la budak kecil! Ada hati nak tolak-tolak kita pula!" Qaisarah juga menolak sedikit tubuh Aman Azumi.

"Hoi, kau ni melampau kan?! Pergilah, aku nak bawa diorang keluar jalan-jalan pun kena kacau. Pergi!" Afif mendukung pula Aman Azumi.

Amin Qamil dipimpinnya ke sebuah kedai mainan. Mereka kelihatan teruja membeli pelbagai mainan.

"It's okay, tunggu je lah nasib you nanti!" Qaisarah terus melangkah ke arah lain.

★★★★★★

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Aman dan Amin
Allah selamatkan kamu

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Aman and Amin
Happy birthday to you

Aman Azumi dan Amin Qamil kelihatan gembira melihat kek setinggi 3 tingkat itu.

"Apa lagi boys, potonglah kek" Datin Maria tergelak lucu melihat Aman dan Amin mula memotong kek itu.

Tak kan lah diorang boleh potong kek? Berusaha keras Aman dan Amin memegang pisau mainan itu untuk memotong kek.

Last-last Bik Mariam juga yang memotong kek tersebut. Yang lain hanya ketawa apabila melihat wajah mencuka Aman dan Amin!

"Anak-anak papa nak apa? Papa boleh belikan" Afif mengusap lembut kepala Aman Azumi dan Amin Qamil.

"Papa, nak mama?" Mata Aman dan Amin kelihatan bersinar-sinar.

Terkedu Afif apabila Aman Azumi dan Amin Qamil berkata. Macam mana nak bawa Arliana Qailani ke sini?

"Jom cucu granny, kita makan kek?" Datin Maria terus membawa Aman dan Amin ke dapur.

Puan Qarmila dan Encik Asyraf juga berada di situ, bersama anak-anaknya. Like one happy family!

"Sampai bila nak jadi macam ni?" Athif sengaja duduk di sebelah Afif.

"Macam apa?" Afif kurang faham ayat Athif itu.

"Kembar aku jadi tak tentu arah. Pasal perempuan je kot. Kau boleh kahwin lain kan? Setakat Lia tu, Qaisarah lagi okay kot?" Athif menampar-nampar bahu Afif.

"Kau okay tak?" Afif mengetap giginya apabila mendapat tahu sisi gelap Athif.

"I'm just fine. But not to my beloved twin" Athif terus melangkah ke ruang tamu.

"He's crazy, I think" Afif mengambil sepotong kek lalu menghampiri keluarganya.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Thursday
22/7/2021

Cuma 775 patah perkataan je!
Hehe😩 Just a short one!

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now