"Assalamualaikum, Nek Rah!" Afif memberi salam. Tiada sahutan. Afif menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal itu.
"Waalaikumussalam, kau cari siapa?" Seorang makcik lingkungan umur 40 an menyapa Afif.
"Makcik, saya cari Nek Rah. Makcik ada nampak dia tak?" Afif menanya kepada makcik tersebut.
"Owh, aku Mak Wan. Marilah berborak kat dalam" Mak Wan membuka pintu rumah Nek Rah menggunakan kunci di tangannya.
Afif dah pelik dah... Macam mana Mak Wan ada kunci rumah Nek Rah pula?
"Ha, masuklah. Tercegat apa lagi kat depan tu?" Mak Wan berkata dengan tegas. Afif kalut-kalut masuk ke dalam.
"Selepas arwah pergi, aku yang jaga rumah ni. Aku cuma tolong kemas je rumah ni." Mak Wan memulakan perbualan.
"Jap, arwah? Maknanya Nek Rah...." Afif menekup mulutnya, tidak sangka... Nek Rah dah tiada lagi di atas muka bumi ni.
"Arwah baru meninggal beberapa hari lepas. Keluarga arwah ada buat kenduri tahlil, mereka pun baru pulang kelmarin" Mak Wan duduk di kerusi rotan yang terdapat di ruang tamu.
"Mak Wan, keluarga arwah sekarang duduk kat mana?" Afif bertanya. Harap la rumah yang haritu dia ambil Lia...
"Diorang masih duduk kat Ampang. Eh, kejap. Mika ni suami si Lia kan?" Mak Wan cuba mengingat kembali muka-muka yang pernah dilihatnya masuk ke dalam rumah Nak Rah.
"Haah, saya suami Lia" Afif memandang sepi televisyen yang tertutup rapat itu.
Rindunya terhadap Nek Rah tidak dapat disangkal lagi. Kalaulah dia tak bergaduh dengan Arliana, mesti dia dah ajak Lia pergi rumah Nek Rah minggu lepas.
"Dah la, mika baliklah. Lia pun tak ada kat sini. Mika cari lah Lia kat rumah mak dia. Mika tahu kan rumah keluarga Lia kat Ampang tu?" Mak Wan bertanya dengan suaranya yang serak-serak basah itu.
"Tahu. Terima kasih Mak Wan" Afif segera meminta diri.
★★★★★
"Hoi!" Siti Rubiah mengangkat keningnya.
"Salam mana salam?" Siti Rubiah menjeling ke arah Hakim. Terkejut apabila disergah sedemikian rupa!
"Sorry sorry. Assalamualaikum wahai Ruby ku..." Hakim menyapa sambil membuat muka.
"Waalaikumussalam. Eee jijik! Aku nak bagi kau something ni!" Siti Rubiah mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya.
Hakim hanya melihat gambar yang terpapar pada skrin telefon bimbit milik Siti Rubiah.
"Ni apa?" Hakim kurang faham gambar yang terdapat di dalam telefon Siti Rubiah.
"Ni gambar surat hitam putih Fia dengan Qaisarah" Siti Rubiah menjelaskan kepada Hakim. Hakim mengangguk perlahan.
"Okay, so kita nak buat apa dengan surat ni?" Hakim mengangkat kening ke arah Siti Rubiah.
"Kau kena cari Arliana sampai jumpa. Aku haritu pernah nampak dia kat Taman Delima. Cari la kat situ. Pastikan jumpa! Aku nak kau awasi dia. Jaga keselamatan dia, sekarang ni ada orang cuba nak bunuh dia"
"Simple je tu. Aku pun tahu dia kat Taman Delima. Tapi aku rasa lebih baik kau yang awasi dia"
"Eh, asal pula? Aku dah terang macam-macam kat kau, kau nak suruh aku pergi awasi dia pula?"
"Apa salahnya. Aku ada banyak lagi kerja. Aku bekerja under police, kau tu penyiasat persendirian kan?"
"Hello, kau pun penyiasat persendirian, Hakim. Kita kerja under one to one. Jangan nak merepek sangat! Aku nak kau awasi dia. Kalau tak, kita putus kawan" Siti Rubiah terus mengangkat kakinya pergi dari situ.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...