Bab 29

205 41 1
                                    

Let's throwback! >-<

Lala Diva, kumpulan paling gedik dalam SMK Taman Desa! Kumpulan tersebut terdiri daripada 3 orang, Kisha, Misha dan Lisha!

"Hey, perempuan!"

"Kemaslah buku-buku aku ni!"

"Tak ada adab ke? Jumpa orang jeling-jeling?!"

Dan banyak lagi perkara 'baik' yang mereka telah lakukan.

Suatu hari, selepas pulang daripada persekolahan, Lala Diva menghampiri Arliana Qailani.

"Hey, minah! Aku dengar cerita, kau suka kat crush aku!" Kisha, selaku ketua kumpulan menyoal Arliana Qailani.

"Sapa crush kau?" Arliana Qailani memang tak berminat nak tahu. Tapi sebab dah kecoh tiga mangkuk ni, terpaksalah dia hadap jua!

"Afif. Kau kenal kan? You better stay away from him!" Jari runcing Lisha terhala kepada muka Arliana Qailani.

"Hmm, kalau aku tak nak?" Sengaja Arliana Qailani bermain tarik tali.

"Berani kau tak nak?!" Akibat perasaan marah Kisha, Misha dan Lisha segera menarik Arliana ke dalam tandas.

"Eh, apa ni?" Mereka mula mengunci pintu tandas. Mereka kemudian berdiri mengepung Arliana Qailani.

"Korang nak apa?!" Arliana Qailani sedikit menjerit. Kisha sudah mentertawakan dirinya.

"Girls, ambil dua baldi" Kisha mengarahkan mereka berdua. Pantas sahaja Lisha dan Misha mengambil baldi yang berisi air.

"Mandikan dia!" Kisha tergelak sinis. Kawan-kawannya terus membasahkan Arliana Qailani.

"Wei, basah baju aku!" Arliana Qailani tercengang. Sudahlah sejuk air ni!

"Padan muka! Berlagak lagi" Kisha menyilangkan tangannya di dada. Puas dapat mengenakan Arliana!

"Korang buat apa ni?!" Darbi, ketua pengawas mengetuk pintu tandas.

"Aduh babe! Macam mana ni?" Lisha sudah menggigit kukunya.

"Kau buka pintu, kita buat tak tahu je" Misha terus membuka pintu tandas itu.

Mereka bertiga keluar dengan megah sekali. Darbi terkejut melihat Arliana Qailani yang basah itu!

"Lia tunggu sini, saya nak ambil baju kat pejabat" Darbi terus pergi menuju ke pejabat.

"Kenapa ni?" Afif memandang wajah kalut Darbi.

"Lia, dia basah! Budak gedik tu basahkan dia. Ni, aku nak ambil baju" Pantas sahaja tangan Afif menghalang tingkahlaku Darbi.

"Nah, baju dengan seluar sukan aku. Bagilah dia" Afif sebenarnya sudah lama berada di lorong tandas itu. Sudah lama dia perhatikan gelagat budak diva sekolah itu!

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now