"Abang, abang nak tahu something tak?" Arliana dan Afif kini berada di ruang tamu, menonton televisyen. Afif sekadar mengangguk.
"Sayang sebenarnya ada abang..." Afif terpusing kepalanya ke Arliana.
"Abang? Suami lain ke?" Afif terkejut. Sampai hati Arliana...
"Ish abang ni! Bukan suami lain la! Ni abang kandung saya! Nama dia Adnan. Dia baik je sebenarnya, cuma nakal sikit... Dia kena halau sebab mama..." Arliana menundukkan wajahnya. Afif menepuk-nepuk perlahan bahu Arliana.
"Alaa tak mahu la sedih. Kenapa dengan dia?" Afif segera menceriakan suasana.
"Dia nak balik hari Ahad ni!"
"Bermakna lagi 5 hari?
"Haah! Sayang nak jumpa dia boleh?"
"Boleh sayang, ajak je lah dia datang rumah"
"Yeayyy, sayang abang!"
Mereka leka menonton televisyen kembali.
★★★★★★
"Eh bod**! Kenapa kau kata kat Afif kau tidur dengan dia? Eee kenapalah aku bersubahat dengan makhluk Tuhan paling tak guna ni?" Qaisarah resah. Kenapalah Afiya ni teruk sangat!
"Sorry, terlepas kata. Nak buat macam mana" Afiya memukul mulutnya perlahan. Kerana mulut, badan binasa!
"I dah kata ikut plan I tapi you tak nak! Now macam mana?" Qaisarah bengang. Kalau call pencegah maksiat kan senang, boleh je budak-tak-guna ni kahwin dengan Afif.
But Afif still mine!
"No! Aku tak jual maruah sampai macam tu sekali. Cukuplah kau edit gambar tu, dah memalukan aku dah!" Afiya juga sama membentak. Dia tidak rela diperlakukan sedemikian.
"Ok fine, now kita kena guna plan seterusnya" Qaisarah segera memancing minat Afiya.
"Plan apa?" Afiya seperti teruja. Dia janji tidak akan buat silap lagi kali ni!
"Kau lagi sayang Afif or kakak kau?" Qaisara sengaja bertanya soalan sedemikian. Dia mahu melihat sejauh mana cinta budak tak guna ni kepada Afif.
"Of course lah Afif!" Afiya segera menjawab. Buat apa sayang kakaknya yang teruk itu? Ewww...
'Heh, dah masuk perangkap budak hingusan ni' getus hati Qaisara. Qaisara memberi Afiya sepucuk surat.
"Baca plan ni, ada syarat sekali untuk buatnya. Kalau kau langgar syarat tu, see you in court!" Qaisarah terus meninggalkan Afiya terkulat-kulat di situ.
"Nak bunuh Lia?" Afiya mengerutkan dahinya. Dia memang benci kakaknya, tapi tidak sampai hati pula nak membunuh. Lagipun membunuh orang merupakan salah satu dosa besar.
Dia pun pandai juga bab agama ni...
Afiya takut. Dia kena buat sesuatu. Dia segera mencapai telefon bimbit. Nombor rakan baiknya dicari.
"Hello ruby. You must help me..."
★★★★★★
"Abang, abang percayakan Lia tak?" Arliana Qailani sengaja menguji suaminya itu. Afif tersenyum. Dia lantas menutup bahan bacaan yang dibacanya.
"Hmm macam mana nak cakap eh" Afif menggaru kepalanya. Sengaja berbuat demikian supaya Arliana memarahinya. Comel bila Arliana marah!
"Abang ni....saja kan. Takpelah, nak pergi tengok Amin dengan Aman la" Arliana sengaja merajuk dan ingin keluar dari bilik bacaan itu, namun ditahan oleh Afif.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...