Bab 8

310 53 4
                                    

"Sayang, bangun. Dah sampai" Afif mengejut Arliana yang lena dibuai mimpi. Arliana menggeliat kecil sambil tersenyum. "Abang panggil saya apa tadi?"

"Err, awak?" Afif sendiri terlupa dia bahasakan Arliana apa, padahal dia nak tutup malu je! "Alooo tadi abang panggil nama panggilan lain tau!" Arliana pura-pura merajuk.

"Jangan nak mengada eh, dah sampai rumah mummy ni. Jom keluar" Afif terus keluar dari perut kereta. Afif mula mengetuk pintu rumah banglo tiga tingkat itu.

"Assalamualaikum mummy! Daddy!" Afif menjerit. Loceng juga ditekan berulang kali. Barulah Datin Maria membuka tombol pintu. Afif baru ingin menyalami tangan Datin Maria, tapi Datin Maria terlebih dahulu merempuh Afif.

Cuba teka Datin Maria pergi mana?

Ye, betul la tu...

Dia terus peluk Arliana yang baru keluar dari perut kereta. Ciuman bertalu-talu dihadiahkan ke pipi Arliana. Arliana menyalami tangan Datin Maria.

"Ingat tak sudi datang rumah mummy dah! Dah dekat 3 minggu baru nak datang" Datin Maria masih mahu memeluk menantunya itu!

"Mummy?!!! Anak mu ini gimana sih?" Afif sudah mencekak pinggang. Habis keluar bahasa Indonesia! Ada ke patut sambut menantu dulu baru anak? Dia dah hulur tangan nak salam kot!!

"Sorry, rindu sangat kat Lia! Jom masuk, mummy ada buat kek pandan" Datin Maria menarik Arliana masuk ke dalam rumah. Sempat juga dia melambai-lambai ke arah anak lelakinya itu!

"Eee geramnya, mummy lagi sayang Lia!" Afif membentak kakinya. Kelihatan seperti kanak-kanak kecil yang tak dapat gula-gula je!

"Kamu ada buat perjanjian pelik-pelik ke dengan Afif?"

"Maksud mummy?"

"Kalau dia tak cintakan kamu dalam masa sebulan, dia ceraikan kamu?"

"Errrr" Arliana menggaru kepalanya yang tidak gatal.

★Flashback★

"Lagi satu"

"Apa lagi awak?"

"Kau cintakan aku?"

"Ke..kenapa tanya macam tu?" Arliana merasakan pipinya panas sekarang. Gila tak cinta, dari form 4 dia minat Afif!

"Kau tolong aku eh?"

"Tolong apa awak? Kalau boleh, Insya Allah saya tolong"

"Ajar aku untuk mencintai kau"

"Oh, itu kerja senang je" Arliana mula melipat telekung untuk disimpan ke dalam rak baju. Dia kemudian duduk di sisi Afif.

"Tapi, kalau tak berjaya..." Afif memegang lehernya. Terasa serba salah pula kalau kat macam ni, tapi apa guna kalau kahwin tanpa cinta?

"Kalau tak berjaya?" Arliana mengulang semula ayat yang diutarakan oleh Afif. Afif menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu mula berkata...

"Aku akan ceraikan kau"

"Eh, tapi kenapa?"

"Tak kan nak kahwin sampai bila-bila tanpa hadir perasaan suka? Kau nak ke aku sakitkan hati kau je?"

"Errr...."

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now