- 12 -
Bukan niat dia nak mengintip, bukan juga niat dia untuk melihat aksi kemesraan Amsyar dan Lia. Ini bukan urusan dia, Amsyar bukan milik dia dan yang pasti Amsyar bukan Amsyar yang dulu tapi perasaan ingin tahu dia kuat.
Melihat kemesraan mereka berdua membuatkan dadanya sesak, sesak dengan perasaan bersalah, dan sedikit cemburu. Kenapa Amsyar boleh ingat Lia dan bukan dia , Hazel bekas tunangan Amsyar sendiri. Kenapa Amsyar tidak boleh ingat perempuan yang dia akan kahwini sehari sebelum kemalangan? Kenapa dia yang dihimpit rasa sakit dan beban ? Kenapa dia ?
Bertubi - tubi soalan di kepalanya sehingga menyesakkan dadanya. Dengan perlahan dia berlalu pergi, perlahan langkah dia menuju ke keretanya. Air mata perlahan-lahan keluar, hari ini dia tewas.....tewas dengan lakonan yang selalu dia paparkan. Dia tak kuat , dia tak ok.
"Pinggggggggg" bunyi hon yang kuat menyedarkan dia, Hazel berpaling belakang dan melihat sebuah kereta bergerak laju ke arahnya. Hazel terkejut kenapa dia boleh ada di tengah jalan, dia tidak sempat memproses apa yang terjadi apabila tiba-tiba tangan kirinya direntap kasar sehingga dia tertarik.
" Kau dah gila ke ?" keras nadanya. Hazel yang terpejam mata mengangkat mukanya untuk melihat orang yang telah menyelamatkan dia dari kebodohan dirinya sendiri.
Mika.
Air matanya jatuh sekali lagi, sebab? dia pun tak tahu. Mungkin marah pada dirinya, mungkin juga sebab lelaki dihadapannya itu.
Mika yang baru hendak marah terhenti melihat Hazel yang menangis di hadapannya. Hazel menundukkan kepalanya, tidak mahu melihat lelaki itu. Tangannya sekali lagi ditarik oleh Mika berlapik dengan bajunya. Dia hanya mengikut. Dia masuk ke dalam kereta Mika dan barang-barang borongnya tadi diletakkan di seat belakang. Masing- masing senyap, dah penat menangis dia sandarkan kepalanya dan memandang ke luar.
" Awak tahu tentang Amsyar dan Lia ?" soal Hazel tanpa melihat Mika. Dia tak mahu, tak mahu melihat Mika , tak mahu Mika tengok dia dalam keadaan dia macam ni. Mesti dia tengah kutuk aku.
"Itu sebab kau menangis?" soalan di balas dengan soalan. Kalau tadi dia lihat Mika hendak marah, ini Mika betul-betul marah.
" Aku tahu" sambungnya lagi tapi dalam nada tertahan. Mika terus start kereta dan segera keluar daripada kotak kuning parking.
" Mika kereta say-" baru saja dia nak kata yang dia bawa kereta tapi melihat muka Mika yang keras itu dia terdiam.
Mika berhenti di tepi tasik dan terus keluar, Hazel pelik . ' Nak buat apa pulak kat tasik tengah hari terik ni' beberapa minit berlalu dia keluar.
" Bagi kunci kereta" arah Mika, dengan menghulurkan tapak tangannya.
Malas nak soal Hazel memberi sahaja kunci kereta dia.
" 4 months" kata Mika tiba-tiba. 4 bulan, apa yang 4 bulan ?
Melihat muka aku yang kebingungan Mika sambung lagi " Baru 4 bulan aku tahu dan baru 4 bulan juga dorang jumpa ". Mika duduk dengan menyandarkan badannya ke pintu kereta, tangan dua-dua dimasukkan dalam poket.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...