- 40 -

226 5 0
                                    


- 40 –

Sepanjang perjalanan pulang, dia sangat senyap. Mika selalunya memang pendiam sebelum ini, tetapi kali ini dia seperti memancarkan suasana dingin padanya. Hazel mendapati dirinya membenci suasana itu. Dia yakin Mika begitu kerana nama Amsyar yang disebut tadi. Dia fikir hubungan mereka baik-baik saja, tapi tengok gaya mungkin tak kot. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan. jarinya sibuk bermain dengan lengan bajunya, tanda dia gugup.

Apabila tiba di hadapan pintu pagarnya, dia masih duduk di tempat duduk penumpang. Hazel bertekad untuk mengetahui punca sebenar perubahan sikap Mika walaupun dia ada idea kenapa. Belum sempat dia berkata apa-apa, suara lelaki itu bergema di dalam kereta memecah kesunyian.

"I'm sorry." Dia mengeluh perlahan, tangan meratap wajahnya kasar.

Hazel terpinga-pinga, tidak faham dengan akuan maaf lelaki itu. Ini Mika kot, Hazel tidak pernah terfikir atau terbayang pun kalau lelaki ini akan mengucapkan kata maaf.

"Boleh saya tahu kenapa?" Tanya Hazel, suaranya tidak kuat tidak juga perlahan. Matanya merenung lelaki itu. Mika membalas renungannya. Cahaya dari lampu jalan menyinari wajahnya. Mika memang sentiasa kacak tetapi kali ini riak wajahnya seperti tergganggu. Di bawah lampu jalan itu, matanya kelihatan hampir sedih. 

'Cahaya mungkin...' fikirnya.

"Awak tak suka saya sebut nama Amsyar ye?" Sambung Hazel. Matanya memandang redup ke arah lelaki itu. Dia memandang Hazel sebelum merenung tepat ke arah pintu pagar rumahnya.

"Saya anggap itu sebagai ya-"

"Kau suka Amsyar lagi?" Potong Mika. Matanya memandang tajam dihadapan namun lepas beberapa saat matanya kembali ke arah Hazel. Tajam memandang Hazel. Perasaan gementar menyelubungi dirinya.

"Kenapa awak nak tahu Mika?" Balas Hazel, dia tidak mahu memberi jawapan. Matanya ikut mencerminkan mata lelaki itu. Tajam.

Mereka duduk merenung antara satu sama lain.

"I need to know." Jawab lelaki itu.

Dengan laju Hazel menjawab. "Kenapa?"

Lelaki itu mengangkat bahunya, tanda bersahaja. "For my peace of mind."

Hazel kembali terpinga-pinga dengan jawapan lelaki itu. Namun belum sempat dibalas dia terpandang lampu bilik mamanya yang baru terpasang. OH TUHAN!

"Mika!! Saya lupa nak bagitahu mama saya balik lambatlah." Kata Hazel panik. Suaranya mula naik, gelabah. Tangannya laju menyeluk masuk ke dalam begnya. Meraba mencari telefon bimbitnya. Apabila telefonnya dapat dicapai, dia skrol telefonnya mencari contact mama. Tiada miss call.

"Aku dah bagitahu mama kau sebelum kita keluar tadi." Jelas Mika sambil mematikan enjin keretanya dan keluar dari keretanya. Hazel turut keluar juga.

"Oh, terima kasih." Ucap Hazel. Mika menggeleng kepala.

Lelaki itu menyandarkan diri pada bonet keretanya. Mata menghala memandang pintu pagarnya yang kini semakin besar bukaannya. "Go in." Katanya.

Hazel angguk. Kaki menuju ke arah pintu pagarnya. Namun terhenti. "Terima kasih untuk hari ini, terima kasih juga jawab soalan saya. Selamat malam."

Dia membalas dengan anggukan, tangannya diseluk ke dalam poket memandang Hazel.

"Assalammualaikum" Dengan itu Hazel terus masuk ke dalam rumah. Namun dia sempat mendengar balasan salam daripada Mika.

Malam itu, sekali lagi dia didatangi mimpi tentang seseorang lelaki yang memanggilnya. Panggilannya tetap sama. Girl.

Pagi itu, dia dijemput oleh Mika untuk mengambil keretanya. Dia sudah menolak. Pagi-pagi telefonnya sudah bingit tanda panggilan masuk, dia terkejut melihat nama Mika yang terpapar di skrin. Mereka bukan lagi di resort, buat apa Mika hendak kejut dia bangun subuh. Dia angkat setelah beberapa saat, Mika menyuruhnya bersiap pada pukul 9. Sekarang baru pukul 7, buang tabiat betul lelaki ni. Kalau iya pun mahu memberi 'reminder', whatsapp kan ada.

Takut dirinya terlajak tidur, dia terus bangun untuk menyediakan sarapan. Dengan bahan yang ada, dia menyediakan nasi goreng.

'Mama tak bangun lagi ke?' soalnya di dalam hati. Melihat lampu dapur yang masih terpadam menandakan tiada orang yang menggunakannya. Sepingan nasi goreng dibawanya ke ruang tamu untuk dimakan sambal menonton TV. Telefon bimbitnya dikepit di sebelah tangannya yang kosong.

Tidak lama Hazel menjamu selera, bunyi mesej masuk. Hazel terus mencapai telefon bimbitnya.

Lia.

"Hazel jangan bagitahu Amsyar yang kita jumpa semalam. Aku taknak Amsyar tahu lagi." Itu saja ditulis oleh Lia beserta dengan emoji tangan seperti merayu. Hazel tergelak kecil. Lia pernah cerita padanya bahawa Amsyar tak suka bercakap tentang tunangnya. Jadi dia takut yang Amsyar akan marah dia kalau dia tahu yang tunangnya itu Hazel. Hazel tidak ambil hati pun, dia faham Amsyar dan dia juga faham situasi Lia. Jadi dia iyakan sahaja dan menyakinkan Lia tentang perkara itu.

Amsyar mungkin takut jika cerita tentang pertunangannya dengan Hazel akan membuatkan Lia berasa bersalah dan mengundurkan diri. Mungkin itu sebabnya dia tidak mahu bercerita tentang bekas tunangnya. Tapi Amsyar tidak tahu bahwa Lia sudah pun tahu. Pandai-pandailah mereka selesaikan masalah mereka. Melihat jam yang mula menghampiri pukul 9, Hazel terus bersiap dan menunggu Mika.

Mendengar bunyi kereta berhenti dihadapan rumahnya, Mika terus menuju ke pintu. Baru nak pakai kasut mamanya sudah tegur. "Kenapa tak ajak Mika masuk sarapan dulu, kamu ni Hazel."

"Sarapan? Orang dah lambatlah ma."

Jawapannya dibalas dengan kerlingan tajam mama. Aduhh. Dia terus menelefon Mika. Dengan satu deringan panggilannya diangkat.

"Mama ajak sarapan, tapi saya cakap kita dah lam-"

"Alright." Tak habis dia cakap lagi, Mika sudah potong, nak kena ajar ni. Biar mama ajar dia adab jawap telefon.

Bertambah geram melihat muka Mika yang selamba badak. Lelaki itu terus masuk menuju ke dalam rumah. Tidak dihirau langsung muka Hazel yang memuncung kegeraman ditepi pintu. Dia ikut lelaki itu masuk. Wah memang ini rumah dia kan?

Sepanjang masa di meja makan, Hazel mengecilkan mata memandang lelaki itu. Geram. Boleh pula dia buat derk jer weh. Panas. Mama pula sibuk melayan Mika macam tetamu VIP. Sikit-sikit Mika itu Mika ini.

"Hazel cendokkan nasi untuk Mika."
"Hazel tuangkan air untuk Mika."

Tahu-tahu nanti sekali dengan pingan Mika dia kena basuh. Geram kuasa dua. Mika tidak berkata apa-apa, tetapi dia sempat perasan senyum senget lelaki itu dari ekor matanya. Sukalah dia orang layan macam raja. 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now