- 45 –
"Ok soalan saya untuk harini..." Moodnya bertambah baik sepanjang dia dan Mika berbual. Walaupun, hanya Hazel yang sibuk bercerita dan menyoal dan Mika yang mendengar dan hanya balas dengan ringkas. Dia tidak lagi serabut memikirkan apa terjadi. Hazel juga perasan Mika yang lebih banyak bercakap dari biasa, dan kadang-kadang Mika juga yang bertanyakan soalan padanya.
Mika mengangguk menyuruhnya teruskan soalannya.
"Kenapa awak baru datang sekarang?". Suaranya kedengaran rendah, tetapi cukup kuat untuk didengarinya. "Selama ini saya tak pernah nampak awak, tapi saya tahu awak ada di sini dari awal lagi. Jadi kenapa pertama kali kita jumpa adalah di hospital?"
Mika memandangnya seketika, satu perkara yang dia perasan Mika selalu buat apabila ditanya soalan. Mika akan memandangnya seperti memandang jawapan kepada soalan Hazel.
"Kali pertama kau jumpa aku mungkin di hospital, tetapi untuk aku itu bukan kali pertama." Jawabnya.
"Ya saya tahu sebab kita kenal sebelum tu lagi, tapi maksud saya kenapa pertama kali saya jumpa awak lepas saya hilang ingatan adalah di hospital? Kenapa saya tak pernah nampak awak sebelum tu?" Jauh di hatinya, dia ingin tanya kenapa sewaktu dia dengan Amsyar, dia tidak pernah nampak Mika. Sewaktu dia dan Amsyar bertunang, waktu dia datang beraya, waktu dia datang menyambut hari jadi Amsyar. Kenapa muka lelaki itu tidak pernah dia nampak? Kenapa hanya sekadar nama Mika yang dia tahu?
Namun soalan-soalan itu dipendamnya, tidak mahu merosakkan mood sesiapa termasuk dia. Agaknya kalau dia sendiri yang sebut nama Amsyar, dia juga yang tiada mood.
"Aku busy." Jawabnya perlahan. Nadanya penuh dengan kekecewaan tetapi untuk siapa Hazel tak tahu.
"Mika-" Hazel menarik nafas perlahan sebelum melepaskan kata-katanya. "Awak lari dari saya ke?" Soalnya.
Satu perkara yang Hazel perasan akan Mika sejak awal pertemuan mereka adalah persamaan mereka. Hazel tahu di sudut hatinya Mika juga pernah melarikan dirinya dari sesuatu. Mika juga pernah jadi sepertinya. Mika juga tahu pedihnya melarikan diri dari sesuatu. Hazel tahu sebab apa yang Mika lakukan adalah apa yang Hazel pernah lakukan. Hazel juga tidak buta dan dia tahu dia juga terlibat. Persoalannya, apa yang Mika larikan diri daripada atau mungkin juga siapa. Apa peranan dia dalam kisah Mika?
"I used to." Jawapan lelaki itu mengejutkan Hazel. Hazel tidak sangka yang Mika akan menjawab soalannya. Fikirnya, Mika akan cakap dia gila atau apa. Sebabnya untuk apa Mika lari dari dia. Wajahnya masih tenang, tetapi Hazel tahu hatinya tidak.
"Kenapa?" soalnya perlahan, masih tidak terkejut dengan jawapan lelaki itu.
"You were important to me in the past, and now you're looking at me like we're stranger." Katanya dengan suara yang penuh emosi. Emosi yang Hazel sendiri tidak dapat menentukan apa. Senyuman kecil sedih terpamer di wajahnya seketika sebelum semuanya lenyap.
"Sekarang?"
"I decided to stay and there's no getting rid of me, Hazel."Jawab Mika, suaranya perlahan cukup untuk menaikkan bulu roma Hazel. Matanya memandang tepat kearah Hazel, membuatkan Hazel menjadi tak tentu arah. Ia adalah satu janji, yang mana akan membawa mereka bersama. Janji yang sama Mika pernah buat suatu ketika dahulu. Janji yang sama Hazel pegang sehingga kini tanpa pengetahuannya. Janji yang hanya Mika tahu.
Hazel tidak berkata apa-apa.
"Aku jawab soalan kau tak?" soal Mika tiba-tiba. Suasana diam membeku yang wujud selepas perbualan mereka dimusnahkan oleh Mika.
Hazel senyum kecil sebelum mengangguk kecil. "Tapi jawapan awak sikit sangatlah, tak cukup untuk saya buat report." Kata Hazel sebagai gurauan.
"Ahh, I see. All of this just for your assignment." Jawab Mika juga sebagai gurauan sambil mengangguk kecil. Tapi Hazel nampak mulut Mika yang terangkat sedikit. Mereka berdua berdiri di hadapan rumah Hazel. Walaupun Hazel bawa keretanya, Mika nekad untuk menghantarnya pulang.
"Esok kita lunch, aku cerita lagi pasal kita." Soal Mika, Hazel mengangguk tanda setuju. Hatinya berdegup kencang mendengar perkataan 'kita'.
"Eh tapi tak dikira soalan eh, awak yang offer nak cerita. Saya still ada 2 soalan la-"
Mika ketawa perlahan, memotongnya. "Kedekut."
"Awaklah kedekut, mana cukup 5 hari 5 soalan jer nak tanya." Jawab Hazel, merungut.
"Habis tu nak berapa?10?" Soal Mika sebagai gurauan.
Hazel mengangguk tanda setuju dengan 10 soalan itu.
Mika menggeleng kepala. Lelaki itu mendekat meninggalkan kereta yang dari tadi dijadikan tempat sandarannya.
"5 hari 5 soalan atau unlimited soalan for forever."Jawabnya dengan nada perlahan."Maksud awak?" soal Hazel keliru.
Mika mengangkat bahu dan terus berlalu pergi meninggalkannya menuju ke keretanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...