- 50 –
"Mika harini kita jumpa eh?" tanyanya. Hazel mencapai pen dari laci, bermain dengan butang di belakang. Macam mana dia boleh tercall Mika, sepatutnya dia mesej saja. Ughhh. Dia baru sedar yang dia tercall lelaki itu setelah dia mendengar Mika menjawab panggilannya itu. Suara lelaki itu serak dan perlahan . "Yes, Hazel."
Terus gelabah jadinya dia. "Saya ada benda nk bincang." Sambung Hazel lagi. Tangannya lagi rancak bermain dengan pen, nervous menunggu jawapan Mika. Hazel dapat dengar banyak pergerakan dan juga beberapa suara lelaki dan perempuan. 'Mika ni kerja lagi ke?' Berkerut dahinya melihat jam di telefonnya, sudah hampir pukul 9.
Dia dapat mendengar lelaki itu mengatakan sesuatu sebelum panggilannya menjadi sepi. Hazel memandang seketika skrin telefonnya, masih on call.
Mungkin dia sibuk kot, Hazel bagitahu esok jerlah. "You know what, it can wait. Saya bagitahu esok jerlah, bunyi macam sibuk jer so saya tutup dulu." Baru saja Hazel mahu mengucapkan salam, suara lelaki itu kembali bersuara.
"No... I need to see you. Come by my office. Nanti aku bagi location."
Hazel memutuskan untuk singgah di kedai untuk beli makan malam untuk lelaki itu. Harap-harap dia belum makan lagilah.
Hazel meletakkan keretanya selepas melalui pintu masuk yang dijaga oleh seorang pengawal yang tersenyum melihatnya sambil memberikannya pas tetamu. Hazel balas senyuman lelaki itu. Apabila dia masuk di dalam bangunan itu, seorang lagi pengawal datang ke arahnya, menyambut kedatangannya serta menunjuk arah pejabat Mika. Pelik sebab dari awal dia masuk, nama Mika tak disebut pun tapi mereka seolah menantikan ketibaanya. 'Mika bagitahu kot' fikirnya.
Lagi satu perkara yang pelik adalah, jam sudah menghampiri pukul 9 tapi kenapa masih banyak pekerja. Sewaktu dia parking kereta tadi pun, dia perasan masih banyak kereta di kawasan parking. Suasana di dalam pejabat itu juga agak sibuk
Beberapa minit kemudian, seorang wanita datang padanya dan membawanya ke sebuah pejabat dan menuruhnya menunggu di situ. Hazel turuti saja, 3 minit kemudian masih tiada tanda-tanda Mika, Hazel terus bangun untuk menjelajah bilik itu.
Terdapat satu meja berbentuk L dan juga kerusi serta satu set sofa. Ada juga beberapa gambar Mika yang tersusun rapi di atas meja. Dia menjejak jarinya, meneliti gambar itu satu persatu. Gambar Mika semasa belajar, gambar Mika graduate, gambar Mika dengan seorang lelaki dan wanita, mungkin ibu bapa sebenar Mika. Sehingga jarinya berhenti di bingkai terakhir. gambar Hazel dan Mika. Ini adalah gambar yang berbeza daripada yang pernah dilihatnya sebelum ini. Dalam gambar itu, Hazel sedang menangis dengan sebelah tangannya menutup matanya dan Mika ketawa memegang tangannya yang lain. Dia sibuk melihat gambar itu sedaya upaya mencuba mengingatinya, namun hampa tiada apa yang datang.
Bunyi deheman memutuskan Hazel dari fokusnya, Hazel pantas menoleh untuk melihat siapa walau hatinya tahu siapa gerangan suara itu. Mika. Lelaki itu berdiri di muka pintu, kepalanya tersandar sambil merenungnya. Matanya masih sama, dingin dan tajam memadangnya. Hampir lebih seminggu mungkin sejak kali terakhir mereka berjumpa. Bezanya kali ini, Mika kelihatan penat dengan eyebagnya lagi tapi masih handsome. Ehh?
Menyedari bahawa dia sedang merenung Mika, Hazel berdehem perlahan. Mika berjalan ke mejanya dan duduk, sebelah tangan ditarik ke tali lehernya untuk melonggarkan ikatan tali itu. Hazel juga turut berjalan ke meja lelaki itu dan meletakkan plastic berwarna oren, makanan yang dia beli tadi dia atas meja.
Mika mengangkat kening, menyoal tindakannya dan juga plastik oren di hadapannya.
"Makanan untuk awak." Hazel berkata.
"Sit." Arahnya sambil membuka simpulan plastik tersebut dan mengeluarkan bekas berisi spageti di dalamnya.
Hazel duduk dihadapan lelaki itu dan memandang sekeliling sekali lagi. "Lawa office awak." Lelaki itu membalas hanya sekadar menyuap makanan ke dalam mulut. 'Lapar sangat ke?' melihat Mika yang makan agak bersungguh.
"Sibuk ke? Saya tengok ramai yang tengah kerja."
"Something happens." Jawapnya. Sudu yang berisi spageti dihulurkan kepadanya. Hazel menggeleng. "Saya dah makan." Namun lelaki itu masih menghulurkan spageti kepadanya, Hazel mengeluh perlahan sebelum mengambil sudu itu dan menyuapkan pada mulutnya.
"I miss you." Hampir tersembur spageti dalam mulutnya. Matanya bulat terkejut memandang lelaki itu. Mika pula sibuk sambung makan seolah-olah tiada apa yang berlaku Hazel mengunyah kembali.
"Kau kata ada benda nak cakap."
"Haa ...ah'ah." Hazel menarik nafas panjang. "Saya ada terserempak dengan Aliff haritu."
Mika tidak berkata apa-apa, dia menghabiskan makanannya dan merenung Hazel. Tapi kelas ketegangan pada riak wajahnya.
"Bila?"
"Sabtu."
"Apa yang dia nak?"
"Saya pun tak tahu, dia asyik cakap nak jumpa Lia tapi kitaorang fikir dia nak duit lebih."
"Kitaorang?"
Nada Mika semakin dingin setiap saat membuatkan Hazel rasa macam kena soal siasat.
"Uhh. Lia dengan Amsyar. Saya jumpa mereka tak lama lepas tu dan Amsyar ada sebut pasal duit." Dia berkata senyap. "Itu ke sebabnya awak bagi dia duit dekat Langkawi haritu?" Gilirannya pula menyoalnya. Mika diam tidak menjawab.
"Did anything happen when you meet him?" Mika bertanya dengan nada yang tajam. Menyoalnya tentang pertemuan Hazel dengan Aliff. Hazel berhenti seketika, perlu ke Mika tahu? Dia menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Hazel terus tukar topik tidak mahu lelaki itu menyoalnya lagi. Dia tahu Mika, kalau Mika tahu dia tak yakin yang Mika akan duduk diam saja.
"Saya risaukan Lia, dahlah tengah sarat mengandung, kesian dia." Tak silapnya due date Lia dalam sebulan.
"Worry about yourself first, you should have told me when he came." Marah Mika degan suara yang rendah. Matanya marah, jelas dia tidak menyukainya.
"Saya tak rasa awak nak tahu atau perlu tahu pun." Kata Hazel perlahan. Dia tak faham dengan Mika, sikapnya macam boyfriend Hazel. Mereka tiada apa-apa, lelaki tu sendiri yang cakap.
Dia tahu lelaki tu dengar, buktinya dapat dia rasa dari jelingan tajam lelaki itu. Haishlah Mika.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...