- 16 -
" Hazel " panggil mummy. Hazel segera berpaling dan mengukir senyuman kecil untuknya.
" ye mummy " sahut Hazel. Dia segerekan langkahnya dan mengambil tempat di sisi mummy.
Mummy mengukirkan satu senyuman lalu berkata " Mummy happy sangat Hazel ada dengan mummy" Hazel hanya membalas dengan senyuman.
" Mummy harap Hazel tak ambil hati dengan Amsyar....mummy minta maaf ye Hazel bagi pihak Amsyar. Mummy rasa serba salah nak cakap tapi mummy harap Hazel boleh lepaskan Amsyar...." kata mummy dengan nada sedih dan terkilan. Honestly dia tak tahu nak balas apa, nak cakap dia ok .....ok ke dia ?
" Mummy janganlah minta maaf, dah takdir mummy takde apa yang kita boleh buat. Mungkin tiada jodoh Hazel dengan Amsyar." ayat itu dipaksakan keluar dari mulutnya.
Wanita di hadapannya itu memandangnya, mungkin juga mencari kejujuran disebalik ayatnya. Scared that her face say nothing about it , Hazel menundukkan mukanya melihat lantai.
" Ma" panggil Mika. Hazel kembali mengangkat mukanya melihat lelaki itu. Terkejut melihat Mika sudah pun memandangnya, dia memalingkan pandangan ke mummy.
" Haa, Mika kamu ajak Hazel pergi meja makan kita makan dessert jom. Biar mama panggil Amsyar dengan Lia." tak sempat Mika nak balas mummy sudah pun meninggalkan mereka.
" Don't get your hope high Hazel....not now...especially when he have someone beside him" agak keras nada Mika saat mengucapkan kata-katanya itu, tapi ada lembutnya juga. Seperti satu nasihat untuknya.
Agak geram dengan nada Mika Hazel balas " saya ni ada muka macam perampas kekasih orang ke?" Hazel terus berjalan menuju ke meja makan.
" Adalah sikit" kata Mika hampir sangat ditelinganya dan terus menuju ke meja makan. Hazel terhenti ' eii mamat ni geramnya aku, sibuk jer'.
" Don't make that face babe" kata Mika lagi apabila melihat Hazel membuat muka. Ini memang mintak pelempang wehh. Hazel balas dengan jelingan tajam berserta dengan pandangan yang membawa maksud ' satu lagi perkataan keluar, siaplah aku kerjakan'. Thankfully Mika senyap.
Dessert time? sama jer macam dinner sebelum itu. Masing -masing hanya memulakan bicara sekadar borak-borak sahaja.
Mika? langsung tak cakap. Amsyar? Lia. Lia? Amsyar. Hazel? Awkward. Hotel? Trivago.
Selamat jugalah Lia tidak banyak menyentuh tentang kisah zaman sekolah menengah, dia malas nak ingat, takut nak tengok reaksi muka Amsyar. Bukannya dia tak pernah cuba untuk mengingatkan Amsyar dengan kisah zaman sekolah dorang....dia pernah dan itu menyebabkan Amsyar dan dia bergaduh.
Dan mungkin itu juga sebab Hazel meninggalkan Malaysia?
Dan mungkin juga reaksi Amsyar yang tenang selepas pertemuan mereka buat pertama kali selepas pergaduhan itu membuat Hazel tidak tidur malam itu? Teringat semula senyuman yang Amsyar berikan saat mata mereka bertemu.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...