- 23 -

231 7 0
                                    

- 23 - 

Dia sedar akan pujukan orang di sekeliling dia, namun fokusnya terletak pada apa yang berlaku. Otak dia seakan-akan tidak dapat memproses apa yang sudah berlaku. Dia terdiam, terduduk memandang lantai namun air matanya masih lagi mengalir. Apa yang berlaku? 

" Hazel. Hazel. Hazel . Hey Hazel look at me." Hazel segera menfokuskan pandangannya ke suara itu.  Air mata dia mengalir lebih hebat, dia melepaskan diri daripada pelukan seorang wanita yang sedari tadi cuba memujuknya dan segera menuju ke Mika. Mika, mukanya kelihatan tegang seperti baru sahaja melepaskan kemarahannya, Hazel memegang erat lengan baju Mika. 

" Hey, are you okay? Look at me please, Hazel" lembut suaranya mengarah Hazel memadangnya. 

Hazel balas dengan anggukan. 

Tangannya sekali ditarik lembut memimpinnya berjalan. Hazel hanya mengikur sahaja, otaknya seakan-akan kembali berfungsi. Fikirnya pada awal-awal Aliff dikira agak kasar dengan dia, tapi lama-kelamaan dia rasa betul-betul takut. Mujur ada Mika, Mikalah yang menarik tangannya tadi, Mikalah memarahi Aliff tadi, Mikalah yang menyelamatkannya dari Aliff tadi. Apa yang dimaksudkan dengan Aliff tadi? Siapa isteri  Aliff? Ana Aliff? Kenapa Aliff fikir dia kenal akan isteri dan anaknya sendiri? 

Mereka kini berada di dalam kereta Mika, dengan pantas Mika start enjin keretanya dan bergerak pantas menuju ke jalan besar. Terlampau laju. Hazel menoleh kesisinya melihat raut wajah Mika yang macam hendak membunuh seseorang. More like kill us. 

" Mika" Hazel bersuara cuba untuk menegur lelaki di sebelahnya itu. Dilihat raut wajah Mika bertambah tegang. "Not now" keras suaranya. Tertelan air liur Hazel, seram. Hazel turut naik kaku, nasih baik tidak lama perjalanan Mika memberhentikan keretanya di tepi jalan. 

" Kau kenal lelaki tu?" soal Mika. Tajam pandangannya, seolah mahu menembus kepala otak Hazel. Hazel angguk, rasa serba salah pulak nak angguk. 

" Kau lapar?" eh? apehal tanya lapar pulak. Hazel geleng dia sudah kenyang, sebelum pergi tadi kan dah makan. Dia baru nak tanya kalau lelaki itu lapar ke, kalau lapar dia teman kanlah tiba-tiba bunyi pakcik jual aiskrim. Siap full on speaker tuh lagu dia 'mat kool mat kool kawanku'.

"Ais krim?" tanya Mika, mukanya nampak okay sikit dah. Jadi Hazel angguk sahaja. 

Hazel ambil ais krim vanilla yang kon dia ada tiga tuh, manakala Mika beli ais krim coklat kon satu. Hazel dan Mika makan tanpa bersuara, actually dia agak terkejut akan reaksi Mika. Orang biasa bukan ke akan tanya macam-macam ke? Tapi kenapa dia tak?

" Lepas ni nak keluar bagi tahu aku, kalau aku nampak kau dekat luar dari bilik kau tanpa inform aku. Aku halau kau keluar resort " kata Mika. Haaa? sampai macam tuh sekali ke? Mika ni pelik betul, tanya pun tidak terus ke jalan penyelesaiannya. 

" Kalau saya nak pergi pan..."

" Kau nak pergi pantai pun inform aku dulu, kalau aku takde aku suruh pekerja aku teman kau"

Haish tak sempat nak habiskan ayat pun dia dah sambung. Dalam hatinya mahu memberontak, ialah mana taknya dia bercuti nk 'freedom' gitu sekali dapat bodyguard 24h. Tengoklah Mika oi, asal awak tak nampak saya, takdelah kena halau... senang...easy. 

" Don't even think about how to get away from this, I got my eyes everywhere Hazel and you girl are in my territory." hamek kau, setepek kena. Hazel tersengih kecil.

"Yelah saya tahulah, saya bukan budak kecil" 

Hazel rasa sejuk di kakinya, makin lama rasa macam basah pula Hazel lihat ke sandalnya. OHMYLORD! sandalnya sebelah kiri tapak di bahagian bawah dah serupa nyawa-nyawa ikan...dah nak terkoyak sangat tu ditambah pula ais krimnya yang sedari tadi cair dan kemudiannya meleleh ke sandalnya. Selamat dia pakai stokin takdelah rasa berlengas ais krim itu.

" And you said you're not a kid, girl" kata Mika perlahan, mulutnya seperti terangkat sedikit. Mika senyum? yeke? ke ni kesan sampingan kes tadi tu? Mika tunduk menolak sandalnya ke tepi dan mengesat tisu kering ke stokinnya. Orang lain maybe fikir sweet, si Hazel tengah fikir stokin aku ada bau ke eh? Ni stokin baru ke stokin semalam dia pakai? 

"Nanti kita singgah kedai, cari kasut untuk kau". Hazel melihat Mika yang masih membersihkan kesan ais krim di stokinnya. Hati dia rasa lembut sangat melihat sisi Mika yang satu ini. Setiap kali Mika buat benda yang lain dari kebiasaan dia tu, which is muka macam robot...takde perasaan....Hazel rasa sisi Mika itu hanya untuk Mika tunjukkan kepada orang yang dia sayang, orang yang dia hargai, orang yang dia cinta. 

Jadi kenapa Mika tunjuk sisi itu pada dia? Siapa Hazel pada Mika?

" Mika awak kenal Aliff? " soal Hazel, kali ini nadanya serius. Serius untuk tahu apa hubungan mereka, serius untuk tahu kenapa Aliff kenal Mika, dan serius untuk tahu apa maksud Aliff disebalik duit yang Mika bayar?



MRS.MIKAWhere stories live. Discover now