20 minit dalam kedai pakaian bayi, dia mula menyoalkan perasaannya terhadap lelaki di hadapannya itu.
"Awak ni, baby tu kan bakal anak sedara awak takkanlah awak tak tahu jantina?" bila difikir Hazel, makin geram dia dengan Mika.
"Kau fikir aku banyak masa sangat ke?" jawab Mika. Amboi, berlagak sungguh cara jawabnya, macamlah bagus sangat perangai dia tu. Satu lagi yang dia geram adalah setiap kali di pilihnya baju setiap kali itu juga Mika tolak, alasan banyaknya corak, terang sangatlah, pudar sangatlah. Geram Hazel dibuatnya, dahlah baju budak mahal!
"Tapi awak boleh je mesej dan tanyakan, satu click je Mika tak payah bayar minyak ke tol ke apa-apa." Kata Hazel sambil menayangkan senyuman paling manisnya, tapi dalam hatinya mahu ditumbuk-tumbuk lelaki itu. Mika tidak mengendahkannya malah meneruskan pencariannya.
Dia malas hendak bertekak dengan Mika lalu Hazel terus melangkah ke bahagian keperluan bayi. Dia ambil saja semua barang keperluan yang tersenarai dalam barang keperluan bayi di Google. Dia yakin bahwa Lia pasti sudah lengkap membeli barang-barang keperluan, namun tidak salah untuk ada back up.
"Kau ni beli barang untuk anak kau ke?" soal Mika yang tiba-tiba muncul dari belakangnya. Hazel tidak sedar bakul di tangannya sudah penuh dengan barang-barang.
"Awak cakap saya, awak pon sama, tuh siap ada topi bagai tuh. Mana ada bayi baru lahir pakai." Di tangan Mika saja sudah ada lebih kurang 10 set baju serta seluar. Tak sedar diri betul.
"Cepatlah sikit, aku nak bayar dah ni."
"Yelah, dah siap dahlah ni." Jawab Hazel.
Sepanjang perjalanan mereka, Mika asyik mendapat panggilan telefon namun Mika tidak mengendahkan panggilan tersebut. Hazel pelik. Apabila sampai di hospital juga, Mika terus mengecualikan diri untuk jawab panggilan tersebut, meninggalkan dia dengan Lia. Tidak lama kemudian, Amsyar masuk ke dalam bilik membawa plastik berisi makanan. Melihat pakaian Amsyar, Hazel tahu yang Amsyar sudah lama menemani Lia. Fikir Hazel mungkin ada rasa yang masih di simpan, namun satu perasaan sahaja yang dia dapat kenal pasti apabila melihat melihat senyuman yang dikongsi oleh Amsyar dan Lia. Bahagia. Hazel turut senyum melihat kebahagiaan dua orang kawannya itu.
Dalam perjalanan pulang, Mika masih lagi berdiam diri. Dia mula merasa tidak senang hati melihat perubahan sikap Mika. Seolah-olah mereka kembali semula pada awal pertemuan mereka. Mika yang dingin.
"Mika awak okay ke?" soal Hazel. Kerisauan jelas di riak wajahnya.
Mika memandangnya sekilas, sebelum kembali memandang ke arah rumah Hazel. Hazel dapat melihat Mika seperti teragak- agak untuk menjawab soalan itu.
"I have something to tell." Setelah mendiam seketika, Mika membalas renungannya.
Hazel mengangguk, menyuruh Mika meneruskan kata-katanya matanya masih lagi memandang terus ke dalam matanya. Mika meraub wajahnya seakan bersalah.
"It's nothing, aku ada outstation. I'll see you in two weeks." Kata Mika.
Hazel yakin bukan itu yang ingin diluahkan oleh Mika. Firasatnya ditambah lagi apabila Mika mengelak untuk memandang ke arahnya. Hazel jadi hairan, apa yang Mika sorokkan daripadanya.
"Hazel, do you trust me?". Soal Mika sebelum dia keluar dari kereta. Hazel berpaling, melihat riak wajah Mika yang seakan merayu.
Hazel tergamam akan soalan itu namun dia menganggukan kepalanya tanda Ya. Dia percaya akan Mika. Selama dia berkenalan dengan Mika, dia selalu menghormatinya, menjaga batasnya dan Mika selalu membuatnya selesa. Mungkin salah satu sebabnya mereka pernah berkawan dahulu, namun Hazel sudah menganggap lelaki itu lebih dari kawan. Sejak mereka sering bertemu untuk 5 soalan itu, Hazel sedar bahwa dia sering menunggu untuk perjumpaa mereka yang seterusnya.
Dia tahu dia sudah mula jatuh suka akan lelaki itu, mungkin lebih dari itu. Tapi dia malu, malu jika perasaannya itu tidak dikongsi oleh lelaki itu. Malah, melihat akan sejarah keluarga mereka, Mika adalah abang kepada bekas tunangannya, mana mungkin dia boleh menyimpan perasaan terhadap Mika.
"Mika ke yang hantar tadi?" Hampir tercabut jantungnya apabila tiba-tiba mama menyoalnya. Hazel mengurut dadanya, meredakan jantungnya.
"Haah". Hazel hanya menjawab sepatah.
"Mama suka dengan Mika." Tiada angin atau ribut tiba-tiba mamanya mengeluarkan statement itu. Mama memandangnya dengan senyuman pelik seakan-akan membaca fikirannya tadi. Darah terus menyerbu mukannya.
"Lepas tu Hazel nak kena buat apa?" Hazel cuba bersahaja, tidak mahu mamanya tahu yang anaknya itu sudah terpikat pada Mika.
"Kan best kalau mama dapat menantu macam Mika". Lagi bersahaja mama berkata.
*sikit2 ye Rose try update...
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...