- 33 -
Masih tidak percaya yang mamanya meminta tolong Mika, nombor telefon mamanya didial. Geram. Selepas beberapa deringan, akhirnya mama menjawab telefon.
" Ma suruh Mika tolong tengokkan Hazel ke?" laju saja Hazel menyoal.
" Wah, waalaikumussalam" jawab mama memerli. Mulalah sesi dia diceramah mengenai adab menjawab telefon.
" Hazel boleh jaga diri ma, nanti Mika kata apa pula. Hazel dengan Mika bukan kenal sangat pun." Jelas Hazel sedikit mengeluh namun dia tahu niat mamanya baik.
Selepas beberapa minit berbual, mereka mengucapkan goodbye sebab mamanya sibuk mahu melayan drama akasianya.
Hazel yang dari tadi berada di luar office mula masuk cuba untuk mendapatkan angin sejuk, kaki menuju ke vending machine. Dibuka dompetnya hanya ada duit seratus dan juga seringgit dua keping. Cukuplah untuk dia beli air milo tin, dia memasukkan dua keping seringgit ke dalam mesin, menekan butang air Milo namun beberapa saat berlalu tiada bunyi air jatuh. Arghh dia tak perasan yang airnya sudah habis.
Dia cuba mencari office Mika mahu meminjam duit, apabila jumpa nama Mika di pintu Hazel ketuk beberapa kali.
"Masuk" jawab Mika dengan nada keras. Aik mood tak baik ke dia ni baru ,beberapa minit tak jumpa. Hazel menjenguk kepala dahulu mahu mengakses keadaan dulu, bila dia lihat Mika berseorangan dengan kepalanya tertunduk memandang tajam kertas di hadapannya. Seakan-akan mahu menembus kertas tersebut hilang terus hajatnya mahu meminjam dua ringgit. Dia diam memandang Mika seakan-akan penjenayah yang bersalah. Seakan tahu dipandang orang, Mika mengangkat muka dengan pandangan tajam, mahu membunuh sesiapa sahaja yang menganggu dia. Sekarang Hazel menyesal, penting ke air Milo tu?
Melihat Hazel didepannya, pandangan Mika lembut sedikit dia memicit dahinya. Stress agaknya.
"Hi" sapa Hazel perlahan. Mika yang dari tadi tidak lepas memandangnya membuatkan dia agak janggal. Mika tidak menjawab sapaannya, dia mengerling jam tangannya dan mengeluh perlahan. Dia mula mengemas kertas di hadapannya, Hazel cepat-cepat menghalang.
" Kalau awak ada kerja lagi saya boleh tunggu, saya datang nak pinjam something jer" kata Hazel masih dalam nada perlahan.
" Aku janji 30 minit, so wait for me " senada saja dia jawab. " Kau nak pinjam apa?"
Hazel tersengih. " It's okay, saya boleh tunggu saya datang nak pinjam dua ringgit boleh? Duit saya kena telan dengan vending machine." Cubaan meraih simpati. Hahahahah.
Mika memandangnya pelik, riak wajahnya kembali seperti biasa dan tidak lagi seakan mahu membunuh orang. Melihat Hazel yang tersengih, Mika tersenyum kecil hampir dia terlepas, jantungnya hampir tidak mampu mengepam darah. Ceh."Saya nak air Milo". Kata Hazel laju, akibat terkejut dengan senyuman Mika. Mika apa lagi, bertambah pelik dia.
"Ok let's get your Milo" Balas Mika perlahan seperti memujuk. Dia hanya mengangguk." So...". Sebenarnya dia pelik kenapa dengan mood change Mika tadi, rasanya sebelum Mika masuk ke officenya tadi dia dalam mood yang ok.
"So what?". Dia sibuk memandu kereta keluar dari kawasan office building menuju ke resort.
Dia mengangkat bahu, " Kerja awak tadi ok ke?". Hazel cuba menanyakan soalannya tanpa menampakkan dia hendak tahu. Mika mengangkat bahu, menirunya. Hazel mengecilkan matanya memandang Mika tak puas hati.
" Mama kirim salam, lain kali awak bagitahu saya kalau mama kacau awak lagi". Dia tidak mahu terhutang budi dengan siapa-siapa terutama sekali Mika. Especially Mika. Mika menjawab salam." I don't mind"
" Tapi saya kisah Mika" balas Hazel laju, melihat Mika yang bersahaja membuatkan dia geram.
Mika mengerling memandangnya di tempat duduk penumpang. Untuk menunjukkan dia serius, Hazel menyilangkan tangannya sambil memusingkan badan menghadap Mika.Mika terus memarking kereta di tepi jalan, tangan mengenggam ketat stereng kereta sambil mata memandang keras jalan di hadapan.
"What is this all about?". Tertelan air liur dia, takut dengan perubahan mood lelaki itu. Apabila melihat Hazel yang terkulat-kulat, dia mengeluh nafas perlahan.
" When I say I don't mind, then it means I don't mind ok. I could easily reject her favor but I don't so maknanya saya tak kisah Hazel. Looking after you is not a burden for me ok?" soal Mika bertentang mata dengan Hazel, sekali lagi dia terpana apabila melihat ada kelembutan disebalik pandangannya itu. Membahang mukanya apabila Mika terus memandangnya, entah berapa minit berlalu Hazel mengalih pandanganya ke hadapan, tidak mampu bertentang mata dengan lelaki itu lagi.Mika berdehem, " Ada apa-apa lagi sebelum aku gerak?" tanya Mika matanya juga memandang hadapan. Hazel menggeleng kepala dan kereta terus dihidupkan.
"Nak pergi mana?" tanya Hazel perlahan.
"Air milo?" soal Mika.
Arghhhh air milo aku!!
YOU ARE READING
MRS.MIKA
عاطفية"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...