- 48 -

200 4 0
                                    


- 48 –

Seminggu sudah berlalu, seminggu juga hubungannya dengan mama semakin rapat. Hampir setiap hari ada saja cerita tentang arwah papanya. Sedikit demi sedikit Hazel dapat ingat semula, tetapi tidak kesemuanya. Sebagai contoh, memori yang paling segar dimindanya adalah kemalangan mereka dan yang lain masih kabur. Dia juga masih tidak ingat dengan jelas tentang Mika.

Mika

Hampir seminggu jugalah dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Lelaki itu juga tidak menghubungi dia, Hazel masih ada 2 soalan untuk lelaki itu namun dia tiada masa nak berjumpa dengannya. Malamnya kini ditemani dengan cerita-cerita tentang arwah papanya. Misi mengembalikan memorinya. Hazel nekad dia mahu mengetahui semua yang ada tentang dirinya yang dulu, mamanya juga kini lebih terbuka untuk bercerita tentang zaman kanak-kanaknya. Kadang-kadang dia ternampak wanita itu tersenyum seakan mengingati semula, dia juga tersenyum.

Hari sudah mula menggelap, Hazel mahu bergerak ke officenya mahu mengambil telefon bimbitnya yang dia terlupa nak bawa balik. Dia baru teringat telefonnya ditinggalkan untuk cas namun akhirnya dia sendiri terlupa nak ambil semula. Selesai menggambil telefonnya, dia singgah di speedmart beli makanan ringan dengan ais krim, harini mama ajak tengok cerita.

Sedang dia mencari perisa ais krim di dalam freezer, tangan kanannya direntap kasar membuatkan barang-barang ditangannya terjatuh. Hazel terkejut. Apabila dilihat orang yang menarik tangannya tadi, bertambah terkejut dia. Alif. Lelaki itu memandangnya seperti mahu membunuh, matanya merah, rambutnya serabai, mukanya tidak dicukur. Matanya liar memandang Hazel seakan tidak percaya yang dia ada disitu. Apa lelaki ni buat dekat sini? Bukan dia ada dekat Langkawi ke?

Hazel menarik tangannya kuat dari cengkaman lelaki itu dan berjaya. Belum sempat lelaki itu mahu mendekat dengannya Hazel terus bersuara. "Kau nak apa Alif, jangan sampai aku panggil polis." Suaranya dilontar keras, tapia da sedikit getaran dibaliknya. Dia takut. Speedmart ni pun tak ramai orang jadi Hazel mengundur mendekati cashier, mana tahu kalau apa-apa jadi dekat dia sekurang-kurangnya ada orang yang boleh tolong dia. Apabila teringat apa yang terjadi di Langkawi hari itu, dia tak yakin yang lelaki itu boleh bertindak waras untuk bercakap dengannya.

"Aku nak anak aku." Keras suaranya. "Bagi aku jumpa anak aku, mana Lia. Isteri aku mana!!?" Terjahnya. Bahunya terangkat terkejut dengan nada lelaki itu. Hazel tahu dia cari Lia, tapi kenapa, bukan diaorang dah bercerai ke?

Tapi satu yang dia tahu, apa-apa pun lelaki ini berniat jahat. "Aku tak tahu dia dekat mana." Tipu Hazel. "Aku dah lama tak dengar dari dia."

Hazel terus bergerak keluar dari speedmart, meninggalkan semua barang-barang di kaunter, tak jadi nak beli. Sepanjang perjalanan ke keretanya dia asyik menoleh kebelakang, mahu memastikan dirinya tidak diekori. Hazel melepaskan nafas lega apabila masuk kereta tapi matanya masih liar mencari kelibat Alif.

Apabila memasuki rumahnya, dia memeriksa buat kali terakhir memastikan tiada sesiapa mengikutinya. Selepas memberi alasan kepada mamanya kenapa dia tidak membeli apa-apa dari speedmart dia terus ke biliknya. Banyak perkara berlaku padanya, tambah pula dengan Aliff, terus serabut otaknya. Pelbagai soalan berlegar difikirannya dan dia nekad untuk memastikan seseorang menjawabnya. Jadi dia terus mencapai telefon yang dia tertinggal di officenya tadi dan menghantar mesej kepada seseorang.

Dia menunggu Lia untuk sampai. Lia. Dia yakin Lia boleh terangkan situasi ini. Hazel tak berniat pun mahu ikut masuk campur tentang Lia dan Amsyar, tapi kalau dah sampai dirinya sendiri diheret masuk memang dia kena tahulah. Apabila Lia sampai, Hazel terus menceritakan apa yang berlaku sejak di Langkawi dan apa yang berlaku semalam. Habis saja dia bercerita, muka Lia pucat. Badannya kaku terdiam. Hazel menyentuh tangan wanita dihadapannya itu dan Lia terus terjaga dari fikirannya. "Weh okay tak?" soal Hazel.

"Aku lari dari Aliff, Hazel." Jawabnya. "Lelaki tu siang malam dia balik semata minta duit, bila aku kata aku takde duit dia pukul aku."

"Apa?" Dia terkejut dengan pengakuan Lia.

"Amsyar dengan aku terjumpa, dia tahu apa yang jadi. Dia tolong aku. Aku minta cerai tapi Aliff tak bagi. Bila Amsyar offer duit baru dia nak. Aku tahu dia cari aku, sebab tu aku lari sebab dia nak mintak duit lagi dari Amsyar."

'Jadi duit yang Mika bagi haritu supaya lelaki tu tak ganggu hidup mereka.' Fikirnya.

"Aku tak tahu pulak dia sampai cari kau Hazel." Suaranya penuh dengan ketakutan. Hazel mengeluh kasar. "We need to tell Amsyar." Cadang Hazel.

"Amsyar dah banyak sangat tolong aku Hazel, aku taknak menyusahkan dia dah." Jawabnya serba salah. Kalau ikutkan dia, dia pun tak mahu berhadapan dengan Amsyar lepas apa yang lelaki itu cakap padanya. Hazel tidak memberitahu Lia tentang perjumpaannya dengan Amsyar. Malas mahu menimbulkan masalah. Kalau dia bagitahu Lia, mesti ia akan menjejaskan hubungan mereka berdua, jadi tiada bezalah kalau Amsyar kata dia pemusnah hubungan orang lain.

Tapi...

"Lia, kalau dia sampai cari kau dari Langkawi. Kau fikir kau boleh selamat ke duduk sini sorang-sorang. Amsyar boleh tolong, so why not." Hazel cuba memujuk Lia. Dia sendiri tidak yakin kalau jika dia terjumpa Aliff sekali lagi dia boleh lari macam semalam, inikan pula Lia. Kalau apa-apa yang terjadi dekat Lia, salah dia juga kalau tak cuba tolong. 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now