- 29 -

206 6 0
                                    

- 29 - 

Sepi

Suasana menjadi sepi di antara mereka berdua. Hazel mendiamkan diri cuba untuk mencaru kekuatan selepas membuat pengakuan tersebut. Malah Mika juga turut berdiam sama.

Hazel masih lagi dalam posisi tadi... Matanya fokus ke bawah.

"Makan" Sepatah saja yang keluar dari mulut Mika.

Mendengar perkataan tersebut Hazel cuba untuk mengawal emosinya. Tidak mahu lelaki di hadapannya nampak dia menangis, tidak mahu Mika nampak dia lemah. Entah berapa kali sudah dia janji pada dirinya untuk tidak menangis di hadapan lelaki itu, namun gagal. Kenapa setiap yang dia lalui harus di hadapan lelaki itu? Kenapa Mika perlu nampak bertapa lemahnya dia?
Dia benci.

Selepas dapat mengawal air matanya, Hazel mendonggak dan menghabiskan makanan di hadapannya. Mika masih lagi seperti tadi tiada memberi komen atas apa yang dia telah luahkan.

Hazel pelik.... Dia bertekad meluahkan itu tadi kerana dia fikir Mika marahkan dia kerana dia 'masih tak dapat lupakan Amsyar'. Secara keseluruhannya, ya dia sudah mula dapat menerima ini hakikatnya. Namun dia yakin dia tidak dapat melupakannya, kerana baginya cukuplah peristiwa tersebut kekal sebagai kenangan dan bukan sebagai perkara yang dia tangisi lagi. Jadi tak mungkin dia dapat lupakan Amsyar.

Kerana kalau dia belum dapat menerima hakikat tersebut kenapa di poket seluarnya terdapat cincin pertunangannya?

Namun Mika......Hazel mula rasa geram. Penat-penat aku panjang lebar bercerita dia senyap saja lepastu suruh makan.

Hazel mempercepatkan suapan nasinya, tidak mahu berlama-lama menghadap Mika. Sakit hati.

Tapi baru dia teringat selepas ini mereka mahu pergi ke pantai. Macam tak sesuai pula dengan suasana antara mereka yang agak awkward. Mungkin lain kali saja.... Biar dia pergi sendiri? Ya biar dia pergi sendiri.

"Jom ke pantai. Only for 30 minutes I got stuff to do" Tiba-tiba Mika bersuara. Tidak sempat Hazel membantah, Mika sudah berjalan menuju ke pantai.

Annoying.

Hazel terus berjalan laju mengejar langkah lelaki itu. Mentang-mentang tinggi plus kaki panjang,  dia pula yang ditinggalkan. Time-time inilah dia nak salahkan dirinya apesal pendek sangat. Haish.

Tak sempat nak kejar Mika, sampai saja di pantai Hazel tak nampak Mika di mana-mana. Matanya jenuh mencari namun dengan gelap malam besertakan dengan lampu dari resort dan tiang lampu di pantai, Hazel hanya mampu lihat sejauh mana saja.

Apabila tidak nampak kelibat Mika, Hazel teruskan saja hajatnya itu. Dia pun mahukan privasi. Hazel menyeluk ke dalam poket cardigannya dan mencari objek bulat. Cincin pertunangannya. Dia mahu melepaskan cincin itu. Dia masih teringat perbualannya dengan Amsyar sebelum dia sambung belajar.

" Keep it " Kata Amsyar yang berada di sebelahnya. Jarak di antara mereka sangatlah janggal buat Hazel kerana Amsyar duduk di bangku yang sama dengannya namun di hujung bangku. Seakan-akan mencermin keadaan mereka. Dekat tapi jauh.

Hazel memandang cincin pertunangannya ... Dia mahu memulangkan cincin itu semula kepada Amsyar atas dasar marah. Ya dia marah, marah dengan Amsyar yang lupa pada dia. Marah pada Amsyar yang bertindak melulu memutuskan perkahwinan mereka tanpa ingin cuba memulihkan ingatannya sebelum membuat keputusan. Dan marah pada Amsyar kerana meninggalkan dia.

"The old Amsyar would want you to keep it... So keep it Hazel. Saya tak kesah apa awak nak buat dengan cincin tu. " Sambungnya lagi kini dengan senyumannya yang ikhlas.

Hazel terkedu kerana itu pertama kali Amsyar menyebut nama dia, itu pertama kali Amsyar senyum pada dia dan itu juga pertama kali Amsyar pandang mukanya tanpa ada riak bersalah dan kesian. Riak wajah yang paling dia benci. At least daripada Amsyar.

" So this is it? ". Soal Hazel, ada nada marah terselit. Amsyar mengangguk perlahan. Dengan itu, Hazel berlalu pergi meninggalkan Amsyar. Itu adalah pertemuannya yang terakhir sebelum menyambungkan pelajarannya ke luar negara.

Hazel mengeluh kecil apabila mengingati peristiwa itu. Pada waktu itu, dia masih ingat betapa marahnya dia pada Amsyar.

Namun kini dia lebih tenang, jadi..... Cincin tu bukan lagi miliknya. Dia mahu melepaskan satu-satunya benda yang masih mengikat dengan Amsyar.


* sorry for the late update ye🙏










MRS.MIKAWhere stories live. Discover now