Hazel cepat-cepat jalan dan menuju ke ruang tamu , Mika yang dari tadi mengekori memotongnya dan terus berjalan kearah keretanya yang diparking tidak jauh dengan rumah .
" Tak payah ikut aku ambil sendiri " kata Mika sepintas lalu .
' hek eleh aku pon tak hingin nak ikut tapi sebab mama' kata Hazel dalam hatinya . Hazel teruskan jalannya , pura-pura tak dengar .
Apabila sampai di depan keretanya , Hazel tunggu untuk Mika buka bonet kereta .
" Mama saya yang suruh bukan awak " kata Hazel apabila Mika memandangnya tak puas hati .
Buka sahaja bonet kereta , Hazel terus mencapai beg yang paling kecil , lantak kaulah .
" Hazel .... How have you been ?" terhenti langkah Hazel . Masih membelakangi lelaki itu Hazel hanya mampu menjawab sepatah " fine" .
Sepanjang petang itu , Hazel elakkan daripada terserempak dengan lelaki .
Sedang Hazel sibuk tolong menggoreng ayam untuk makan malam , dia dengar mamanya memanggil Mika makan . Apabila tidak mendapat jawapan , mama datang dapur .
" Hazel kamu pergi panggil Mika makan " haish dia lagi . Keluh Hazel . Malas nak gaduh dengan mama , dia terus ke bilik yang Mika duduk .
" tok..tok... awak makan" tidur ke laki ni ?
" MIk-" tak habis sebut pintu dah buka . Didepannya , Mika hanya memakai seluar terus Hazel menoleh sambil tangan meutup mata.
" Nak apa ?" Tanya Mika dalam suara serak . hmm baru bangun tidurlah tu.
" Mama ajak makan ......pakailah baju kalau nak buka pintu tu " marah hazel . Terkejut dia bila lelaki itu buka pintu tak pakai baju sempatlah 2 saat di tengok badan lelaki itu . Memang kena cuci dengan air zamzam.
" Hmm" seraya itu dia menutup pintu .
" Haa Hazek isi nasi dengan lauk untuk Mika " kata mama setibanya Mika sampai.
'Amboi macam raja eh kau , makan tido je ehh' rungut Hazel hati tapi tangan cepat menyedok nasi ke dalam pinggan .
" Alang , cuba tengok ni kejap " panggil Hazel , dia sedang sibuk bertapa di hadapan laptopnya menghadap kerja.
Alang yang sedang berborak dengan Mika dan mama terus menoleh . Sibuk betul budak ni dengar orang tua borak . Dia geram je, dari tadi diaorang borak tak ingat dia . Mama pon dari tadi tak habis senyum , cramp kang .
Hazel sebenarnya tengah layan drama korea tapi terganggu fokusnya.
" laa kenapa panggil alang kalau akak tengah tengok drama" tegur alang . Dia sengih je .
Lepas beberapa episod dia layan , laptop ditutup untuk masuk bilik nak tidur . Jarum jam tepat menunjuk pukul 12:30 malam , mama alang dan yang lain semua dah masuk tidur . Tinggal dia seorang sahaja di ruang tamu . Hazel terus bergerak menuju ke bilik alang , dia terdengar bunyi orang berbual . Mika.
' okay Hazel stop being nosy and go to sleep ' dengan mengikut kata hatinya dia meneruskan langkahnya ke bilik namun sempat menangkap beberapa butir perbualan lelaki itu .
" I'll see you when you here "
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...
