- 41 -

194 8 0
                                    


- 41 –

"What?" Soal Mika apabila mereka mula bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya.

"Sukalah awak kan." Tuduh Hazel.

Mika melepaskan ketawan kecil. Ketawa lelaki itu membuatkan Hazel terpegun dan merasakan sesuatu di dadanya.

"I feel like a soon-to-be son-in-law." Kata lelaki itu perlahan. Dia memandang Hazel seketika dan mengenyitkan matanya kepadanya. Mulutnya membentuk senyuman jahat.

Hampir terjatuh rahang Hazel. Terkejut dia mendengar kata-kata Mika. Tidak pernah dia lihat lelaki itu dalam keadaan sebegitu. Bergurau dengannya. Hazel membuka mulutnya untuk membalas, tetapi tiada suara yang keluar. Terkejut sangat gayanya.

Setelah tiba di workshop, Mika terus memberhentikan kereta membenarkan Hazel keluar. Dia mahu menyelesaikan bayaran, namun Mika sudah memotongnya dahulu. Kata Mika keretanya rosak di dalam rumah mummy jadi tanggungjawab Mika untuk bayar. Tak masuk akal sungguh. Episod mereka bergaduh siapa mahu bayar bermula, sila tunggu sehingga habis untuk tahu siapa pemenangnya. Akhirnya, dengan adil Mika dan Hazel bayar half-half. Ikutkan hati Hazel memang taklah, itu kereta dia jadi dialah kena bayar. Dia tak faham dengan logik akal lelaki itu.

"Itu kereta saya, sepatutnya saya yang bayar full." Marah Hazel, masih tidak puas hati.

Langkah kaki Mika terhenti. Hazel juga ikut berhenti. "Tak habis lagi?"

Hazel balas dengan jelingan, lalu terus beredar pergi menuju ke keretanya. Tingkap keretanya diketuk, Hazel menurunkan tingkap. "Ikut aku." Hazel geleng tak mahu. Namun, diangguk kembali apabila melihat pandangan tajam lelaki itu. Hazel terus mengikut kereta lelaki itu. Mereka tiba di sebuah gerai cendol kecil tepi jalan. Hazel ikut meletakkan kereta di tepi kereta lelaki itu.

"Awak nak makan cendol?" Soal Hazel.

Mika angguk dan terus duduk di sebuah meja dan memesan dua cendol untuk mereka. Tidak sampai 1 minit, dua mangkuk cendol dihidangkan di depan mereka.

Hazel terus makan, tak mahu bercakap dengan lelaki itu. Sedap. Kacang merah diasing tepi. Mika jeling tindakannya itu, Hazel mengumpul kesemua kacang merah di dalam mangkuknya dan meletakkan dalam mangkuk lelaki itu. Dia memberikan satu senyuman manis kepada lelaki itu.

"Macam budak-budak." Balas lelaki itu, sebelum menyuap sesudu penuh kacang merah kedalam mulutnya. Erghh sedap ke?

"Awak pun sama." Balas Hazel.

"Awak suka cendol ke?" soal Hazel, sekadar bertanya. Dia tidak mahu suasana menjadi kekok antara mereka.

Mika mengeleng. "Kau?"

"Suka juga, tapi tak suka kacang merah."

"Kacang merah, kangkung, tomato, ikan bilis. Apa je kau makan?" Mika menyenaraikan makanan yang Hazel tak makan.

"Macam mana awak tahu saya tak makan semua tu?" Soal Hazel curriga.

Mika mengangkat bahu.

"Tambah carrot, saya kurang juga yang itu." Kata Hazel, bergurau.

"Saya tahu awak tak suka makan apa." Hazel teringat.

Mika memberinya anggukan kecil, tanda tanya.

"Udang?" Jawabnya. Dia teringat Ketika mereka makan di rumah mummy, Mika asyik mengupas udang saja tapi tak makan pon.

"Awak asyik kupas udang jer tapi awak tak makan pun." Katanya menjelaskan jawapannya.

"Aku tak makan, tapi tak semestinya aku tak suka." Kata Mika.

"So salah la ni?" Tanya Hazel, hampa.

"Tak elok memilih makanan, kalau boleh makan. Makan." Hampeh sungguh jawapannya.

"Iyalah, saya tak memilih makanan dah." Mika diam tanda setuju.

Perbualan mereka terhenti apabila telefon Mika berdering perlahan. Tanda panggilan masuk. Mika memandang sekilas nama yang tentera di skrin dan mukanya terus berubah menjadi serius. Dari ekor matanya, dia dapat melihat nama yang tentera secara tidak sengaja. Dia tidak mahu melihat siapa yang menelefon Mika tetapi kedudukan telefon Mika betul-betul di hadapannya. Ia adalah seorang wanita yang menelefon Mika. Aira.

Mika mengangkat panggilan itu dan serta-merta nadanya berbunyi serius. Hazel tidak mahu mengganggu privasi lelaki itu dan terus membayar cendol mereka. Senang hati dia melihat Mika yang baru sampai nak bayar.

"Takpe saya bayarkan. Full." Katanya sambal tersenyum manis lalu terus menuju ke keretanya.

Bagai déjà vu, tingkap pintu keretanya diketuk Mika. Dia mengayakan tangan menyuruh Hazel menurunkan tingkap. Hazel turuti.

"Go straight home, aku ada hal." Kata lelaki itu. Hazel anggukkan saja.

Hazel terus mengucapkan terima kasih kerana menumpangkannya dan terus bergerak balik ke rumah. Dalam perjalanannya itu, Hazel tidak dapat berhenti memikirkan siapakah yang menelefon Mika tadi. 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now