- 14 -
Hari yang ditunggu pun tiba. Ah cepatnya masa berlalu rasanya baru semalam isnin, rasanya tak sempat nak pejam celik dah hari jumaat. Hazel teringat akan ajakan Mika minggu lepas "Jumaat depan mama ajak datang makan" . Haish keluh Hazel bukan taknak tapi soal hatinya sudah bersedia ke ?
Dia pandang mama di sebelahnya yang sedang menyediakan beberapa dessert untuk makan bersama di sana. Mama lagilah tak payah bagitahu dia dah ajak dulu. " amboi happynya mama" tegur Hazel tangan cuba mencapai kuih tart yang tersusun cantik dalam bekasnya. Comel jer rasa bangga kejap sebab dia yang buat ukirannya. Tangannya segera ditepis oleh mama. " Kamu ni Hazel, ambil yang dalam dulang lah ni mama dah susun cantik-cantik dah ni" marah mama.
Ceh. Cebik Hazel. yelah anak dah tak penting yang penting orang yang nak makan tuh nanti.Merajuklah macam ni.
" Lama dah mama tak borak dengan mama si Amsyar tuh, kamu pun Hazel jangan sombong sangat ada-ada masa tu pergilah jenguk. Jangan biarkan hubungan silaturrahim terputus macam tu je. Apa yang jadi, biarlah jadi dah tertulis ujian kamu macam kalau ada jodoh adalah kalau taknak dengan orang lainlah. Tak pon si Mika tuh" amboi mama ni lebihlah ni nak kenenkan orang dengan si Mika pulak. Geram dia . Dia dengan lelaki tu dah macam anjing dengan kucing dah. Tahu-tahulah sapa anjingnya. Hahahahah.
Keretanya diparking di depan sebuah rumah agam, dia tunjuk muka sahaja pada pakcik guard tu lalu pintu gate terbuka dengan luas. Ewah dah macam orang penting pulak. hehehehe. Dia parking keretanya di sebelah Mercedes Benz milik Mika. Hatinya mula rasa berdebar, gelisah ini kira kali pertama dia bertemu semula dengan Amsyar.
Pintu rumah besar itu terbuka dan Datin Sarah, mama Amsyar dan Mak angkat Mika tersenyum gembira menyambut kedatangan mamanya dan dia. Apabila tiba di hadapannya Hazel menghulur tangan untuk salam namun dia ditarik ke dalam pelukan.
" rindunya mummy dekat Hazel" kata Datin Sarah perlahan cukup untuk dia dengar. Dia pon rindu.
"Hazel pon rindu mummy" balas Hazel perlahan. Mamanya hanya melihat mereka berdua.
" Dah-dah jom masuk, tak nak mummy sedih-sedih" kata mummy dengan senyuman.
Hazel membantu mummy menghidang makanan, dia terdengar bunyi derapan memasuki dapur. Ingatkan bibik, dia senyap sahaja mencedok makanan masuk ke dalam mangkuk.
" Ingatkan tak datang"
Dia berpaling ke belakang melihat Mika berdiri menyandarkan badannya ke dinding sambil tangan kedua-duanya dimasukkan ke dalam poket. Sempoi saja pakaiannya dengan hanya mengenakan seluar slack kelabu dan baju t shirt putih. Sedondon pula dengan aku yang mengenakan seluar jeans biru pudar dan blouse putih serta shawl kelabu.
"kenapa awak ingat saya tak datang?" soal Hazel dia meneruskan kerjanya mencedok kuah dengan penuh berhati-hati takut kena baju putihnya.Sayang.
"i don't know" dia mengangkat bahunya menandakan dia tak tahu " maybe sebab kau belum ready". Tangannya yang sibuk tadi terhenti. Senyuman sinis terukir di bibir Mika.
"Haa Mika kamu tolong Hazel ni bawa lauk-lauk ke depan, kejap lagi Amsyar sampai la tu" tiba-tiba mummy datang menyampuk . Wah mummy timing cantik punya.
![](https://img.wattpad.com/cover/234271339-288-k595236.jpg)
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...