- 47 -

190 5 0
                                    


- 47 –

"Nak ikut!!" Jerit Hazel, kedua-dua tangan menggesek matanya. Bagaikan mimpi yang nyata Hazel berdiri si samping dirinya sewaktu kecil melihat satu persatu adegan yang berlaku di hadapannya. Dia melihat dirinya yang terduduk di atas lantai meronta mahu ikut menghantar Mika. Dia cuba mencapai bayangan budak perempuan itu, namun terhenti apabila satu suara garau memotongnya.

"Tadi mama ajak kenapa taknak ikut." Suara garau itu lembut memujuk. Hazel yang berumur 7 tahun diangkat dan dipikul oleh papanya yang tersenyum memandangnya. Satu tangan naik menyelak tepi rambut Hazel yang tidak menentu arah akibat menangis. Dia ingat itu tabiatnya sejak kecil lagi, apabila menangis tangan sibuk menggesek mata sampai rambut-rambut sekali serabai tapi setiap kali itu juga tangan yang sama akan naik menyelak rambutnya dengan lembut. Air matanya terus mengalir walaupun dia cuba menahannya, ia berterusan mengalir di wajahnya melihat lelaki itu dan kasih sayangnya terhadap Hazel. Papa. Dia sangat merinduinya.

Kemudiannya Hazel hanya mengikuti bayang-bayang itu memasuki kereta menuju ke lapangan terbang. Dia tahu sewaktu perjalanan ini, Mika sudah pun pergi meninggalkannya. Setibanya mereka, mama sudah pun berada di hadapan pintu. Hazel hanya melihat dirinya berlari ke arah mamanya sambil menangis. Dia hanya duduk dari jauh melihat adegan itu. Dia Nampak dirinya yang teresak-esak menangis memanggil Mika namun dipujuk oleh mamanya.

"Kita call Mika nak?" Pujuk mamanya. Tangisannya reda seketika sebelum menganggukkan kepala. Dia terdengar suara mummy yang tergelak melihat telatahnya dan dia teringat kenapa mamanya tidak ikut mereka balik bersama. Mama ikut teman mummy balik, itulah sebab mereka balik berasingan. Itulah juga kali terakhir buat Hazel dan mama melihat papa.

Di dalam kereta, papanya mengdial nombor telefon seseorang dan setelah beberapa deringan panggilan itu dijawab. Hazel yang reda dari tangisan kembali menangis semula. Marah dengan Mika yang meninggalkannya. Mika yang berada di talian tergelak, "Asyik menangis je." Kata Mika bergurau. Dia melihat dirinya yang serta merta reda dari tangisan. "Nak main." Kata Hazel perlahan. Sekali lagi Mika tergelak. "Nanti aku balik, girl."

Jantung Hazel hampir terhenti. Panggilan itu. Sama.

Serta-merta dia terjaga dari mimpinya. Nafasnya sedikit tidak teratur, pipinya basah dengan air matanya. Tapak tangannya naik menutup mata sambil dia cuba menghirup udara untuk meredakan perasaannya. Dia menarik nafas sekali lagi tapi kini adalah untuk menghalang tangisannya dari keluar namun gagal. Dia menangis teresak-esak.

Hazel ingat.

Dia ingat semuanya. Dia ingat bagaimana dia dan papanya terlibat dalam kemalangan. Dia ingat dengan jelas lori yang dari seberang jalan hilang kawalan dan melanggar kereta mereka. Dia ingat akan memori tangan papanya yang serta-merta melonjak naik ke sisinya, cuba melindunginya. Dia ingat akan muka papa buat kali terakhir. Kereta mereka terbalik disebabkan impak dari pelanggaran itu. Dan yang terakhir sekali, dia ingat yang kemalangan itu berlaku sebaik saja panggilan dengan Mika.

Pagi itu, Hazel terus mengambil cuti dia tak rasa yang dia boleh pergi kerja dengan keadaannya. Harinya bagai dihimpap satu-persatu dengan memorinya. Selepas dia terjaga malam tadi, Hazel tak boleh tidur. Sepanjang malam tu, otaknya seperti dvd player yang rosak, yang tidak lepas mengulang tayang memorinya.

Muka arwah papa asyik berlegar di mindanya. Dan setiap kali itu, matanya akan berair. Sanggup dia lupa lelaki yang satu-satunya dia panggil papa. Lelaki yang menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dia tak sanggup nak jumpa mama, jadi pagi-pagi itu Hazel keluar. Dia nak lepaskan tekanan di dadanya. Dia hanya mengikut saja tangannya yang memandu entah kemana.

Akhirnya dia berhenti apabila mendengar perutnya yang bising. Dia melihat jam. Hampir pukul 9, dari tadi dia pandu kereta entah ke mana. Dia memberhentikan kereta apabila ternampak kedai-kedai makan. Hazel turun untuk membeli sebungkus nasi lemak.

Dia hanya makan dalam kereta melihat kereta-kereta yang lalu lalang.

Hazel mengeluarkan telefon dari beg, melihat 3 missed call dari mamanya. Dia mengeluh perlahan. Dia terus dial nombor mamanya dan terus berdoa dalam hati sebelum menekan butang panggilan.

Satu deringan. Dua deringan. Kali ketiga barulah panggilannya diangkat.

Suara mamanya menyerbu pendengarannya. Hazel mengeluh perlahan mendengar intonasi risau dari wanita itu. Salah dia juga. Dia terlampau emosional sampai tak boleh fikir. Mama suruh balik, Hazel anggukan saja namun diiyakan apabila teringat wanita itu berada ditalian dan bukan dihadapannya.

Hazel cuba bergurau. "Hazel pergi beli nasi lemaklah ma." Katanya dengan nada yang dibuat-buat.

Dia memutarkan stereng kereta dan terus ke balik rumah.

Petang itu dia keluar untuk membeli barang dapur seorang diri dan diketahui mama. Sebenarnya mama yang suruh dia pergi beli barang dapur dan bila diajak dia hanya menggeleng. "Malas mama, kamu pergi beli makanan kucing sekali." Pesannya. Balik jer dia dari 'drive' pagi tadi terus kena ceramah. Hazel mampu dengar saja malas nak membantah dah memang salah dia keluar tak bagitahu dulu. Mama bukan jenis yang suka mengonkong anaknya dari keluar, tapi dia tahu dia buat begitu sebab risaukan anaknya. Hazel faham. 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now