- 10 -
Keesokan pagi Hazel mendapat panggilan daripada butik mamanya , ada kecemasan tentang sikit . Plan untuk tinggal di kampung lama sikit tidak jadi , dia terpaksa pulang .
Mika yang dari tadi duduk di depannya sedang menjamu breakfast dipandangnya .
" Terima kasihlah Mika tolong tumpangkan Hazel naik kamu" kata mama yang duduk di sebelah Hazel .
Hazel hanya mampu mendiamkan diri . Dia boleh je bawa kereta namun mama tidak ikut pulang dengan dia jadi kereta nanti mama guna. Dia pula kena tumpang .
Selepas menjamu sarapan pagi , Mika telah bersiap di depan pintu . Hazel cadang nak balik tengah hari tapi Mika pula ada hal , dah tumpeng orang dia ikut je lah.
" Bye ma" kata Hazel selepas bersalaman.
" Bagi beg kau " Mika mengambil begnya daripada tangannya , tak sempat nak tolak .
30 minit dalam perjalanan , 'krik-krik' tiada bunyi masing-masing senyap . Awkward.
Tak sanggup dalam keadaan sebegitu, cekap tangannya 'meng-on' radio . Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap .
Setelah siap menunaikan solat maghrib , telefon bimbitnya berbunyi . Dia tersenyum apabila nama 'Amsyar' bermain di skrin telefon bimbitnya.
Selepas beberapa minit berbual kosong , Hazel teringat akan satu benda yang telah lama menghuni mindanya . Setelah beberapa saat berdebat sama ada nak bagitahu Amsyar , Hazel decide dia mahu Amsyar tahu .
" Amsyar " panggil Hazel .
" Ye ?" balas Amsyar . Dia tersenyum sebelum meneruskan .
" Lately ni , saya asyik rasa tak sedap hati." Katanya kepada Amsyar yang berada di dalam talian . Disebabkan persiapan perkahwinan ini , Hazel dan Amsyar tidak dapat bertemu selalu ditambahkan lagi hanya tinggal dua hari sahaja sebelum hari perkahwinan mereka . Mama tak bagi sangat dia bertemu dengan Amsyar . Entah kenapa rasa hatinya pelik , lagi-lagi apabila ia membuatkan Hazel memikirkan semula tentang keputusannya untuk berkahwin dengan Amsyar . Lamunannya terhenti apabila Amsyar bersuara.
" You ok ? Relax .....everything will be fine , orang nak kahwin memang macam tu" kata Amsyar tenang .
Lepas beberapa minit berbual , Hazel menutup panggilan , sebelum tidur dia menunaikan solat sunat istikharah yang sudah lama dia buat selepas Amsyar melamarnya . Namun sejak kebelakangan ini Hazel sering didatangi mimpi dengan suara seorang lelaki yang memanggilnya 'girl' . Suara itu seperti dia pernah dengar tetapi dia tidak ingat dan yang pasti Amsyar tidak memanggilnya dengan panggilan itu .Jadi perkara itu membuatkan Hazel resah tanpa sebab .
Lamunan Hazel terhenti apabila suara Mika menerjah pendengarannya sejurus mematikan lamunannya .
" Haa? Awak panggil saya ke?" Hazel menoleh kearah lelaki itu .
" Ambilkan telefon aku dekat seat belakang " pinta Mika . Mata kekal fokus pada jalan .
Hazel mencapai telefon yang sedang berdering itu di seat belakang , setelah mencapai jelas tentera nama Amsyar di skrin tersebut. Dia hanya menayangkan riak biasa dan memberi telefon itu kepada Mika .
Mika melihat skrin telefon bimbitnya seimbas sebelum memerlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan.
Sebelum menjawab ,Mika memandangnya mereka bertentang mata untuk sesaat sebelum Hazel memalingkan kepalanya memandang ke hadapan .
" Aku on the way " itu sahaja Mika cakap lepas dia tutup panggilan.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...