- 19 -

249 11 2
                                    

- 19 - 

Selepas entah berapa lama Hazel duduk santai di pantai, kakinya mula melangkah ke biliknya untuk mandi dan solat asar. Setelah sampai, Hazel mengeluarkan barang mandian serta barang keperluan lain bagi memudahkannya.  Tanganya sedang mencapai seluar jeans berwarna biru pudar dan juga memadankan dengan sweatshirt putih tebal. 

Bunyi loceng mematahkan fokus Hazel dalam misi mix and match pakaiannya.

 ' dah sapa pulak dah ni' bisik hatinya. Apabila pintu dibuka, seorang perempuan berpakaian baju kebaya bercorak batik iaitu baju pekerja resort itu memaparkan senyuman bersama dengan troli makanan ' room service?'. 

Hazel balas dengan senyuman yang sama dan bertanya " Room service ?" .

" This is a light snack for you miss, is on the house" balas perempuan itu.

" Oh. Ok then thank you" Hazel segera mencapai hulurang pinggan.

" Miss we also have special event tonight shortly after Maghrib, do please join us " sambung perempuan itu.

" I see what I can do , thank you" balas Hazel. Dia memikirkan plannya duduk di sini, hmm ok kot nak join....makan pon free. hehheheheh.

Hazel terus mengerjakan perbuatan yang terbantut sebentar tadi dan terus masuk ke bilik air. Selesai mandi dan solat asar, Hazel baring di atas katil sambil mengunyah french fries yang diberikan tadi. Tangan kiri sibuk mencari drama korea di skrin tabletnya. 

" Hotel Del Luna" hmm macam best jer. Butang start ditekannya. Jus oren yang awalnya sejuk sudah berkurangan diminum oleh Hazel bagi menghilangkan dahaganya. Fikirnya dia nak turun lepas Isyak, sebab Maghrib dan Isyak jaraknya agak dekat. Turun awal takut crowded sangat. Selepas selesai satu episod drama korea itu, Hazel menunaikan solat Maghrib kemudian sambung dengan episod seterusnya. 

Jam hampir mencecah pukul 9 malam, Hazel baru siap menunaikan solat Isyak . Tudung shawl hitam yang sangatlah membantu sebab very travel friendly tak payah gosok dicapainya dan dikemaskan dimukanya. Hazel hanya mencalit lip balm yang memberikan sedikit warna di bibirnya dan mencapai kasutnya. Puas hati dengan rupanya di cermin Hazel terus keluar bilik menuju ke 'special event' itu. 

Apabila sampai Hazel pelik tengok kekurangan orang di restaurant tersebut. ' dia lambat ke? tapi kata sampai pukul 11' Hazel bersoal jawab dengan diri sendiri.

" Miss....you came? and exactly at the time he expected" soal suatu suara dibelakangnya, ayat akhir itu dibicara dengan perlahan namun dapat ditangkap oleh Hazel.

Hazel pusing ke belakang, perempuan room service itu tadi. " oh hey, saya tunggu Isyak. Panggil saya Hazel jer" balas Hazel mesra. Hazel melihat tanda nama yang terletak di atas poket dada belah kanan yang tertulis "Sara". Cantik nama dan sesuai dengan orangnya. 

"Eh, mana boleh miss tetamu special resort ni" balas Sara dengan senyuman yang sesuatu sangat. Tetamu special? Apa maksud dia?

" Tetamu special?" Hazel mengutarakan persoalan di hatinya.

Sara dihadapannya nampak gelisah. " Eh... ha yelah miss kan tetamu lepastuh miss dalam event special ni so jadinya miss ni tetamu speacial lah...haaa" balas Sara cepat. Senyuman kekok ditayangkan. Apa-apalah budak ni.

" Sara...boleh saya panggil Sara? Mana guest yang lain macam tak ramai orang jer?" soal Hazel

" Ha panggil saya Adik Sara pon takpe, saya baru 19 tahun...hehehe" jawab Sara. " Guest lain? guest apa ?" tanya budak itu.

" 19 tahun ? mudanya" terkejut Hazel. " La kata special event mana guest yang lain ?"

"Saya kerja sementara  sebab tengah cuti semester....oh guest lain.....haa guest lain semua dah balik bilik , akak Hazel lambat sikit ni " jawabnya.

" oh yeke" 

" Akak duduklah dulu nanti abang long datang" seraya itu Sara terus melarikan diri ke belakang kaunter. ' Abang long?'







MRS.MIKAWhere stories live. Discover now