- 52 -

225 4 2
                                    

Harini, Hazel mendapat berita yang Lia selamat bersalinkan anaknya. Hazel niat mahu melawat selepas kerja bersama dengan Mika. Dia mendapat tahu yang Lia sudah selamat bersalin kerana lelaki itu, dia juga yang mengajaknya melawat Lia. Mungkin segan mahu melawat sendirian jadi Hazel yang diajaknya, dia tidak kisah pun. Sebenarnya dia agak terkejut juga apabila Mika menelefon dia, kebiasaan mesej sudah cukup bagi lelaki itu. Selepas apa yang terjadi di ofis lelaki itu tiga minggu 2 hari lepas, terkejut beruk dia apabila nama Mika yang tentera di telefonnya. Bukan setakat terkejut, nervous pun ada, hampir saja dia tidak mahu jawab kerana agak gementar mendengar suara lelaki itu.

Tapi perasaan tersebut hilang apabila mendapat khabar berita itu dan yang buat Hazel geramnya, lelaki itu seperti tiada klu tentang Lia, bila ditanya pukul berapa bersalin, bayi lelaki atau perempuan, yang dijawab oleh Mika adalah "tak tahu, tengoklah nanti bila dah lawat".

Dia bercadang mahu singgah di mana-mana kedai baby dahulu, ingin membeli hadiah untuk menyambut kedatangan baby Lia.

Setelah menunaikan solat asar, dia bersiap mahu keluar apabila mendapat mesej dari Mika bahwa lelaki itu sudah tiba di butiknya. Melihat mesej itu, Hazel cepat-cepat memakai tudungnya tidak mahu membuat lelaki itu menunggunya. Dia juga sudah lama tidak bertemu dengan lelaki itu. Hazel melihat refleksinya di cermin, dia melihat wajah gementarnya.

'Nervous ke aku?' soalnya dalam hati seraya melihat refleksinya.

Laju dia menggapai telefon bimbit serta beg tangannya dan terus keluar dari butiknya mencari kereta lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia melihat Mika bersandar di pintu keretannya, satu tangan di dalam poket manakala satu lagi memegang telefonnya.

Dia terpegun kaku melihat Mika, fikirnya tadi dia hanya nervous biasa saja namun kini jantungnya berdegup laju.

Mungkin Mika dapat merasa kedatangannya, kepalanya laju menoleh memandang ke arahnya merenung Hazel yang terpaku di situ. Nafas Hazel terhenti, membalas renungan lelaki itu untuk seketika sebelum memandang ke lantai.

Ketika itu dia sedar sesuatu, dia rindu akan Mika.

Dia tidak berkata apa, dan terus menuju ke tempat duduk penumpang dan meluru masuk. Mika yang masih lagi berdiri dibiarnya di situ. Apabila masuk kedalam kereta Mika, Hazel melepaskan nafas yang ditahannya tadi.

5 minit dalam perjalanan, suasana di dalam kereta itu masih sepi masing-masing tidak berani memecahkan hening sepi.

"Mama macam mana?" akhirnya Mika mengambil keputusan untuk bersuara.

Hazel menoleh sekilas ke arah Mika sebelum menjawab "Mama sihat."

"Kau?" soal Mika lagi.

Namun Hazel terpinga dengan soalannya. "Ha?"

"Kau sihat ke?" tanya Mika lagi.

Hazel menoleh sekali lagi, namun dia terkejut melihat Mika sedang memandangnya. Dia terus menoleh ke arah lain. Hanya mengangguk kepada soalan lelaki itu.

Tidak lama, lelaki itu memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Did I do something wrong?" soal Mika. Mungkin melihat reaksi dan telatah Hazel begitu, membuatkan Mika bertanya.

"Takde apa-apa, awak takda buat apa-apa pun." Jawab Hazel masih lagi tidak mahu bertentang mata dengan Mika.

"Then look at me, kalau aku ada buat salah please be honest and tell me." Kali ini agak tegas nada lelaki itu.

'Macam mana saya nak cakap yang saya rindu awak Mika?' kata Hazel dalam hati. Dia mengeluh perlahan.

"It's this about you coming to see Lia and Amsyar?". Soal Mika dengan nada tertahan. Marah.

"Haa?! Kenapa pulak?". Hazel pelik dengan soalan lelaki itu, terus dia berpaling ke arah Mika. Ingin mendapatkan penjelasan sebalik soalan yang dianjurkan tadi.

"Kau masih simpan perasaan dekat Amsyar, that's why you hesistant to see him, Lia and the baby." Teka Mika.

Muka Hazel menjadi merah, seakan terasa dengan tuduhan Mika itu.

"Awak ni dah kenapa Mika, kan saya dah cakap saya dah tak rasa apa-apa dengan Amsyar."

"Then explain to me, kenapa kau macam ni?"

Hazel menundukkan kepalanya, tidak mahu menjawab soalan lelaki itu.

"Hazel" seru Mika.

Hazel menggeleng kepala tidak mahu memberikan jawapan. Sebenarnya dia malu, malu dengan dirinya, malu dengan Mika. Macam mana dia boleh ada perasaan rindu terhadap lelaki itu.

"Hazel" seru Mika lagi. Bertambah tegas.

Hazel masih menundukkan kepalanya,"Saya... cuma rasa macam kita dah lama tak jumpa. Itu je." Jawab Hazel.

Apabila tidak mendengar apa-apa balasan daripada lelaki itu, dia mengangkat kepala dan curi-curi melihat lelaki itu. Mika masih lagi memandangnya, namun kini pandangannya lebih lembut.

"Habistu, kau rindu aku la ni?" teka Mika, kini suaranya juga terdengar lebih kasual dan melawak.

"Mana ada, saya tak cakap pun saya rindu awak." Jawab Hazel laju.

"Dahlah cepat jalan, nanti lambat kita tak beli hadiah lagi ni." Laju Hazel menukar topik perbualan mereka.

Sebelum kereta bergerak membelah jalan raya, Hazel sempat menangkap senyuman kecil Mika. Hazel memandang ke luar dan juga tersenyum kecil.

Sah memang dia rindu akan jejaka itu. 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now