- 7 -
Ni la padahnya kalau ada ahli keluarga yang hendak kahwin , satu keluarga sibuk buat persiapan tak kisahlah sedara jauh ke apa ke semua WAJIB terlibat . Haish .
Awal pagi Hazel bangun , baju semua dia tidak sempat gosok jadi dia upah alang tolong gosokkan . Baju bridesmaid yang bertemakan warna macam nude gitu , warna je sama design terpulang ikut tuan badan asalkan tak melebih dari pengantin sudah lah . Baju tu dia design sendiri , simple je sebab wedding pon dekat kampung. ( gmbr baju dekat atas ...baju je tau ).
Hazel cepat bersiap dan mengenakan bajunya dan mengenakan dengan tudung yang sesuai dengan bajunya itu. Tiba- tiba dia teringat peristiwa semalam , pertemuan dia dengan Mika harap-harap lelaki itu bukan datang untuk wedding ini . Semalam selepas saja Mika tutup pintu , terus Aunty Syirah bukan pintu sebelah bilik Mika . Salah nombor bilik mama ni .
" Ahh penatnya , dari tadi asyik senyum je dekat tetamu naik cramp dah muka akak ni " katanya kepada alang yang baru saja duduk di depannya . Berdiri , senyum , bagi goodies itu je rutin dia dekat situ bukan bridesmaid , ini kira doormaid dah ni .
Adik sedaranya tergelak " akak nak makan tak alang nak ambil makanan ni , tetamu pun macam dah kurang sikit " kesian kau ni alang lepas duduk bangun balik .
" Nak buah dengan air jerlah , akak pun dah curi -curi makan sikit dah tadi "
Baru duduk 10 minit namanya dipanggil , mama ni orang baru nak duduk . Tak boleh nampak orang rehat sikit pantang panggil buat kerja . Haish .
" Hazel ni tetamu istimewa datang ni kamu layan dia kejap " kata mamanya dari jauh . Tetamu istimewa ?
Jangan kata ....Mika .
Bila dia semakin dekat baru dia nampak ....10 points for you Hazel ...... CORRECT !
'Apa dia buat dekat sini sibuklah dah la dia malas hendak jumpa ni kan pulak nak layan lelaki ni ' hatinya memberontak . Mamalah ni !
Hazel jeling dia 100 kali tak kisahlah lelaki di hadapannya ini perasan ke tak , kalau perasan lagi bagus biar dia tahu kehadiran dia TAK DIHARGAI YE !
" Selamat datang , awak nak makan . Kita ada nasi minyak , laksa , cendol dan pelbagai lagi " kata Hazel seolah-olah dia pelayan restauran. Tak sempat lelaki tu balas lagi Hazel sambunglah . Haa bagus Hazel jangan bagi dia cakap langsung . Makan lepastu terus bla je . Rancangnya dalam hati .
" Nak apa ? cendol dia sedap , awak baru sampai kan mesti haus nak air kan saya ambilkan air untuk . Awak duduk dulu , dekat sana tu ada tempat kosong " tangan menunjuk ke meja yang terletak di hujung kemah padahal dekat depan banyak tempat kosong lagi . Biar jauh malas nak tengok muka lelaki ni . Dia segera bergerak menuju ke dalam rumah meninggalkan lelaki tu disitu .
" Eh akak alang cari tak jumpa, makanan tu ada atas dapur " terkejut dia apabila tiba-tiba alang berada di depannya ingatkan mama , selamat bukan .
" Alang , tolong akak layan tetamu kejap akak pening kepala nak baring kejap " dia pura-pura buat muka tak sihat .
" Haa yelah " yeayyy padan muka kau Mika .

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...