- 22 -

254 13 2
                                    

- 22 - 

" Mika, saya nak tanya awak satu soalan boleh?" tanya Hazel sambil mata masih memandang lautan di hadapan, kini langit bertukar menjadi biru namun masih dalam keheningan pagi. Hati dia rasa tenang sangat kat sini. Kalau boleh nak duduk lama-lama di sini. 

"Hmm" balas lelaki di sebelahnya itu, dia pun seolah-olah tidak dapat menarik pandangannya daripada kecantikan lautan di hadapannya.

" Kalau awak di tempat saya, apa awak akan buat ?" Beberapa bulan yang lepas dia anggap perbuatannya melarikan diri daripada Amsyar adalah satu benda yang betul, dia takut ....kehilangan seorang kawan. Selepas kemalangan itu, dia sering dihantui perasaan bersalah. Amsyar kawannya dan Amsyar juga orang yang sangat rapat dengan dia. Janji dia dengan Amsyar harus dia tunaikan. Janji yang mereka akan capai kebahagian bersama-sama. Tapi bagaimana? Amsyar sudah pun ada kebahagian dia sendiri iaitu Lia. Hazel macam mana ? 

" I'm not in your place Hazel, I will never know how you truly feel. I will never truly know what you have been through. It is not my place to tell you what I would do when that journey only meant for you. Don't seek others Hazel, cari kebahagian kau sendiri." perlahan nadanya seolah-olah memujuk. Hazel memalingkan kepalanya memandang Mika. Agak terkejut dengan jawapannya, dia fikir Mika akan terus menghalangnya untuk lupakan adiknya.

Dia hanya balas dengan senyuman. 

" Balik bilik, ambil telekung , turun lobby. 5 minutes , lambat aku tinggal" wahh sudah kembali Mika yang annoying ni. Hazel pantas bergerak menuju ke bilik dan kali ini dia tidak lagi tersesat tak jumpa jalan.


Selesai solat subuh di masjid berdekatan, Hazel keluar untuk mencari tabung derma. Di dalam tadi dia nampak ada satu tapi terlalu dekat dengan kawasan solat lelaki dia malu jadi fikirnya dia hendak cari di luar. Sesudah saja dia keluar dia terlihat Mika juga ingin menuju ke pintu untuk keluar. Untuk kesekian kalinya dia terpegun melihat cara Mika, dia nampak tidak kekok apabila mendapat pandangan pelik dari orang sekelilingnya. Yalah maklumlah orang mixed tiba-tiba masuk masjid siap bersongkok bagai. Malah lagi dia terkejut melihat Mika yang tersenyum kepada seorang lelaki berusia, tengok gaya macam tok imam. Mika berbual seketika dengan lelaki tersebut. 

 Jadi dia tunggu saja di hadapan tangga, kaki sibuk menguis selipar-selipar lain yang menutup sandalnya. Tiba-tiba tangannya direntap kasar, Hazel hampir terjatuh tapi dia sempat menstabilkan dirinya. Aliff!

" Ehh mana betina tuh, kau bagitahu aku sekarang!!" tangan Hazel digenggam keras. Hazel cuba melepaskan tangannya.

" Ehh lepaslah Aliff, aku tak fahamlah kau nak apa" 

"Kau jangan nak pura-pura tak tahu eh betina sundal, kau dengan kawan kau tuh sama jer sama-sama sundal" tebiknya. 

" Mana dia? HAA!? Mana isteri aku !? Mana anak aku haa?!" Tangannya masih lagi digenggam kasar.

" Astaghfirullah, aku tak tahulah, siapa isteri kau anak kau semua aku tak tahu. Aliff lepaslah sakit" Dia rasa hendak menangis, orang ramai sudah mula perhati. Tangannya rasa macam darah tak lalu dah. Dia takut. Ya Allah tolong aku ya Allah. Mika mana awak cepatlah datang.

Perasan akan pandangan orang, Aliff  seakan-akan sedar akan perbuatannya lalu dia segera menarik Hazel mengikutnya, membawa dia ke tempat yang yang lebih sunyi. Hazel cuba membantah namun apa yang dia dapat adalah cengkaman kuat kepada kedua-dua pergelangan tangannya. Hazel takut,terus menutup matanya. Baru dia sedar bahawa mukanya basah dengan air matanya. Dia diam cuba berfikir cara untuk melepaskan dirinya, kakinya diangkat tinggi untuk menghentak kaki Aliff bagi cuba melepaskan genggamannya. Namun tidak berjaya malah Aliff mengangkat tangannya untuk menamparnya. Cepat-cepat dia pejam mata sambil kepala meneleng ke tepi.

Tiba-tiba pergelangan tangannya sekali lagi direntap kasar mendorongnya badannya kebelakangan. Masih lagi pejam mata, dia dapat rasakan genggaman erat di tangannya mula dilepaskan. Dia terduduk di atas tanah, cuba untuk menenangkan diri.

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now