- 28 -
- Recap -
"Happy?" soal satu suara yang tiba-tiba muncul di sebelahnya. Mika.Hazel segera menoleh ke sebelahnya, Mika yang berpakaian kasual iaitu hanya mengenakan t-shirts hitam dan sepasang seluar jean duduk di sebelahnya. Mukanya sangat tenang, tidak seperti riak yang selalu Mika paparkan. Pelik.
"Done staring at me? " Soalnya, namun nadanya seperti bergurau. Extra pelik.
Hazel menggeleng kepalanya. "Are you ok? " Soal Hazel pelik akan kelakuan Mika yang baginya agak friendly.
Mika tidak membalas pertanyaannya kerana tiba-tiba telefonnya berbunyi. Hazel membiarkan Mika menjawab panggilan tersebut, fikirnya Mika akan pergi mencari tempat untuk menjawab namun Mika kekal duduk di sebelahnya.
Dia hanya pekakkan telinga dan menfokuskan tumpuannya pada pantai dan juga pada sekumpulan budak-budak yang bermain bola tampar. Nampak macam best, dari tadi dia turut tergelak melihat telatah mereka bermain.
" Nina Sara dah balik resort". Kata Mika selamba. ' Dah balik resort?!! ' bila masa...rasanya tadi dia orang hanya minta untuk pergi ke tandas saja. Haish.
"Jom". Ajak Mika secara tiba-tiba. Jom ke mana?
" Haa?"
Mika tidak menjawab hanya terus berlalu pergi. Tidak mahu ditinggalkan, Hazel ikut saja Mika.
Mika berhenti di sebuah kedai mainan dan bertanyakan harga sebuah bola mainan. Alaa bola budak- budak yang ada gambar kartun warna-warni tu.Olaf. Yes Olaf itu corak bola yang Mika beli. Hazel memandang pelik.
"Tahu main volleyball? ". Soal Mika. Hazel menggeleng kepalanya tanda tidak. Hazel bukanlah orang yang aktif sport, the last time dia main aktiviti-aktiviti rekreasi ni masa sekolah menengah dulu.
" Aku ajar"
"Awak ajar?! " Soal Hazel tidak seolah- olah tidak percaya akan apa yang dia baru dengar.
"Habistu siapa lagi? "
"Luruskan both of yours hand kedepan, dan genggam jari kau. Kaki tu jarak sikit and badan bongkokkan sikit dalam posisi macam nak skuat" Arah Mika.
Hazel mengikut saja arahan dan melakukan posisi.
Selepas saja, dia berada dalam posisi tersebut, Mika melontarkan bola yang tadi dibelinya ke arahnya. Hazel cuba untuk melontarkan semula bola tersebut. Namun lain pula arah bola itu pergi.
"Kau lontar dekat aku, tengok baik-baik.". Hazel segera melontarkan bola ke arah Mika dan Mika menerima bola tersebut dengan baik dan menghantar bola tersebut juga dalam keadaan yang baik.
Dengan itu, bermulalah sesi menghantar dan menerima bola dari Mika kepada Hazel.
Mika sekali lagi melontarkan bola kepadanya, namun Hazel sudah pun kepenatan dari tadi dia mengekalkan posisi yang baginya amatlah baru dan janggal. Oleh itu, bola yang diterimanya, Hazel tampar sebelah tangan. Sayangnya, Mika tak sempat nak tapis dah terkena kepalanya.
Hazel terdiam, masih memproses apa yang terjadi. Mika juga terdiam. Namun, Hazel tidak dapat tahan
" Hahahahahahah... Awak.... So... Sorry" . Masih lagi tergelak, aduh sampai sakit perut dia dibuatnya."Tulah dari tadi buat benda yang sama jer, tangan saya gatal nak tampar bola tu" Hazel balas masih bersisakan ketawa.
Dia memandang Mika, namun Mika hanya melihatnya dengan pandangan pelik. Tiba-tiba dia tersenyum, terhenti tawa Hazel. Terkejut.
'Kuat ke aku tampar bola tadi? Tapi kalau kuat pun tu bola mainan je' fikirnya dalam hati.Hazel melangkah menuju ke Mika.
"Mika....sakit ke? ". Soal Hazel sambil tersenyum lebar.Mika tidak menjawab namun hanya memandangnya. Aikk?.
" You look happy" Tiga patah perkataan itu yang dijawab oleh Mika.
"Maybe because I am" Jawab Hazel tersenyum kecil.
Hazel nampak Mika seperti mulutnya terangkat sedikit seperti tersenyum.
"Not entirely though, masih ada perkara yang saya tak lepaskan lagi" Sambung Hazel.
Mendengar ayat itu, riak wajah Mika berubah 100%. Riak wajahnya kembali seperti biasa... Cold and distant. Melihat perubahan itu, riak wajah Hazel turut berubah.
" Jom balik" Mika tidak langsung memandangnya dan terus berjalan. Hazel pelik, ada yang dia tersalah cakap ke?
Sebelum Hazel masuk kebiliknya, "Malam ni lepas Isyak turun dinner". Arah Mika. Tak sempat Hazel nak bantah Mika sudah pun masuk ke dalam biliknya.
Sepanjang hari itu, Hazel asyik memikirkan apa yang terjadi tadi. What exactly went wrong? Penat fikir, Hazel sambung melayan k-drama ...cuba untuk lari dari fikirannya.
Selepas selesai menunaikan solat Isyak, Hazel berbelah bahagi sama ada mahu pergi dinner atau order room service saja. Namun dia gagahkan juga untuk pergi kerana entah kenapa dia rasa dia perlu pastikan Mika ok. Bahawa mereka masih baik- baik. Dia mengaku, Mika baginya bukan lagi stranger. Satu karakter yang dia masih lagi mencari jawapan tentang kewujudannya dalam hidup Hazel.
Hazel keluar saja dari bilik, hampir terkejut dia melihat Mika yang bersandar di hadapan pintu biliknya sendiri sambil tangan sebelah dimasukkan di dalam poket. Dia kelihatan agak penat namun mukanya...nampak stress. Sejurus Hazel keluat dari bilik, Mika mengangkat mukanya dan terus berjalan.
Hazel ikut saja.
"Mika awak ok? " Soal Hazel selepas beberapa minit setelah mereka berdua order makanan. Dia order tomyam manakala Mika hanya order air sahaja.
"Work" Jawabnya sepatah. Hazel tidak percaya akan jawapan itu.
"Lepasni saya nak pergi pantai sekejap boleh ? " Minta Hazel.
"Nak buat apa? Dah malam bahaya" Jawap Mika.
"Sekejap saja... Please? " Pinta Hazel.
"Kalau tak pun awak teman saya, kita pergi dekat-dekat je". Cadang Hazel.
"Hmm" Balas Mika. Entah bagi ke tak tu.
"Mika... Tak mudah untuk saya lepaskan semua perkara dalam hidup saya terutamanya kalau benda tu dah berada di sisi saya lama. Amsyar was my friend, kawan yang faham saya, kenal saya, orang yang berharga dalam hidup saya dan yang paling penting he was my fiancee." Kata Hazel, pandangannya ditundukkan ke bawah.
"Tapi tak bermakna, saya mesti berpegang pada benda itu untuk selama-lamanya especially apabila ia bukan lagi benda yang membawa kebahagiaan kepada saya. Saya bukan bodoh untuk biarkan Amsyar berterusan sakitkan saya hanya kerana saya dah kenal dia lama dan dia pernah 'penting' dalam hidup saya. I know my worth Mika... I know. But time is all I need. Dan saya rasa dah sampai waktunya." Sambung Hazel lagi. Air matanya mengalir perlahan, tangisannya cuba untuk ditahan.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...