- 37 -

180 7 0
                                    

- 37 –

Sudah seminggu berlalu selepas kepulangannya daripada percutiannya hari itu. Hazel sibuk menguruskan butik, terutama sekali sekarang hujung tahun maka ramai orang yang hendak menamatkan zaman bujang mereka.

Secebis rasa bersalah menyelubungi Hazel apabila teringat akan mesej yang dihantar Mika kira-kira dua hari selepas kepulangannya dari percutian. Sudah tiba masanya untuk dia membalas mesej lelaki itu. Hakikatnya dia berasa dikhianati. Dia menghela nafas panjang dan mengambil telefonnya. Semasa dia hendak menekan mesej Mika, mesej lain masuk tetapi ianya dari nombor lain.

Lia.

" Assalamualaikum, Hazel ni Lia. Saya nak sangat cakap dengan awak, kalau awak free kita boleh jumpa barangkali. Saya ada benda nak beritahu awak. Jumpa lagi." Dia membacanya dengan tenang dan segera menghantar mesej untuk bersetuju berjumpa dengan Lia. Dia tertanya-tanya apa yang berlaku, kerana mesej itu kedengaran agak mendesak.

Kembali kepada Mika, dia membuka mesej lelaki itu. Hanya dua patah perkataan. "Let's meet". Hazel membaca mesej itu dengan tenang, namun kemarahan mula menyelinap masuk.

No greeting, no questions, no explanation. Hanya dua perkataan yang meminta untuk bertemu.

Ughh, mahu saja dia mencampak telefonnya ke dinding namun terhenti apabila teringat harga telefon itu. Dia mencium telefonnya sambil menggumam perlahan 'sorry'. Dia hanya membaca mesej itu, tidak mahu membalas. Hilang terus rasa serba salah dia, padan muka Mika kau tunggulah sampai tahun depan.

Dia terus melakukan kerjanya, kebanyakannya hanya memeriksa hal kewangan. Pening dia melihat nombor, tambah pula dia bukan pandai sangat tentang pengurusan kewangan tetapi terpaksa belajar sebagai satu asas menguruskan perniagaan. Melihat jam yang sudah menghampiri pukul 7 petang. Dia mengemas begnya dan menyusun semua fail di tempat mereka, bersedia untuk pulang. Semasa dia memandu pulang, mesej baharu terpancar di skrinnya. Lia telah menghantar mesej kepadanya, mungkin mengenai pertemuan mereka nanti. Dia telah membuat peringatan dalam kepalanya untuk membaca teks apabila dia pulang ke rumah.

Minggu berlalu dengan cepat, pagi sabtu itu Hazel sudah berada di kafe berdekatan dengan rumahnya.Dia dan Lia sudah bersetuju untuk berbincang pada pagi sabtu. Sesudah dia sampai, Hazel memesan makanan dan minuman sementara menunggu Lia. Selepas beberapa minit, dia ditegur seseorang.

"Hazel sorry lambat, cari parking tadi." Kata Lia.

Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum, "Tak apa aku pun baru sampai."

Lia menarik kerusi dihadapannya untuk duduk dan terus memesan makanan.

Sepanjang mereka makan, Hazel hanya menanyakan perkara-perkara kecil sahaja. Lia dan Hazel terpisah selepas sekolah menengah, disebabkan Lia mendapat tawaran dalam pendidikan awal kanak-kanak di Kelantan manakala Hazel dan Amsyar menyambung pelajaran di tempat yang sama. Selepas Lia habis belajar, sehingga sekarang mengajar di tadika. Lia juga pernah berkahwin, dengan Aliff dari sekolah menengah mereka. Mendengar berita tersebut, Hazel terkejut. Dia terus teringat peristiwa yang berlaku di Langkawi, namun dia pilih untuk memberitahu tidak memberitahu perkara itu kepada Lia. Daripada cara Lia bercerita tentang alam perkahwinannya dengan Aliff, dia dapat rasa yang lelaki itu mendera Lia. Lia dan Aliff bercerai dan Lia berpindah ke sini untuk memulakan hidup baharu. Hazel kasihankan Lia.

"Hazel?"

"Hmm." Jawabnya sambil menyedut minumnya.

"Sebenarnya aku ajak jumpa harini sebab aku tahu tentang kau dengan Amsyar." Kata-katanya membuatkan perbuatan Hazel terhenti. Dia tidak menyangka akan kenyataan Lia itu.

"Aku tahu daripada mummy." Sambungnya lagi. Hazel tersenyum kelat, dia tahu lambat laun pasti mereka akan berbincang juga tentang ini.

"Kisah lama, takde apa dah." Jawabnya jujur. Apa saja yang Lia hendak tahu, dia akan jawab.

"Aku tak tahu kau dah bertunang."

Hazel rasa serba salah, Lia merupakan kawan baiknya selain Mika di sekolah menengah. Sebenarnya dia cuba mencarinya, Amsyar melakukan perkara yang sama tetapi kami tidak pernah mendapat apa-apa.

"Lepas belajar, Amsyar ajak kahwin tapi aku anggap dia kawan so we were engaged for quite some time and after aku cakap aku dah boleh terima dia, hujung bulan tu terus nak majlis. Tapi perancangan kita hanya sekadar perancangan, and he got into an accident malam sebelum majlis.Next thing I know he lose his memories and didn't remember me." ceritanya. Lia memandangnya dengan pandangan simpati. Hazel balas dengan senyuman.

"Jujur aku kata the first few months was not easy but then I got distracted with my study. Amsyar suruh aku lupakan dia, aku tahu dia cakap macam tu sebab dia taknak tengok aku merana sebab itu Amsyar. He may not remember me, but he was a good man. The moment I left him, I made a promise that whatever happens, I will always wish him the best. He's not mine Lia, so whatever that is going on with you both I approve, actually kau tak perlukan kan pun approval aku. But I also know you, and this is for your peace of mind. I want you both to be happy. You guys are my best friends after all."

Hazel berkata kepada Lia sambil menggosok air matanya dengan belakang tangannya.

Setitis air mata jatuh di pipinya, dan suaranya pecah, "Maafkan saya Hazel."

Hazel menggeleng kepalanya, "We were never meant for each other."

"Amsyar tak pernah cakap tentang hal ni, dia cuma beritahu aku tentang kemalangan dan yang dia pernah bertunang. Aku tak tahu yang bekas tunang tu kau. Setiap kali aku bangkitkan isu ni, muka dia macam serba salah sebab tu aku tanya mummy and now I know why." 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now