- 35 -

197 9 0
                                    


"Ok apa yang Akak nak tanya?" Tanya Sara sambal menjamu makanan. Hazel belanja kira upah bagi menjawab soalannya.

"Mika dengan Amsyar rapat ke?"
"Hmm, rapat jer tak silap Sara...Haa tapi Sara ingat waktu abang ngah baru lepas accident tuh. Abang long dengan abang ngah gaduh besar pasal bekas tunang abang ngah. Sara lupa pasal apa tapi tak silapnya sebab abang ngah taknak terima rawatan. Dia taknak ingat memori dia yang lepas, abang long marah sebab abang ngah kan tengah bertunang nak kahwin dah pun."

"Dengarnya sebab abang ngah dengan bekas tunang dia gaduh besar, sebab tu abang ngah taknak ingat. Abang Long marah teruk, hampir berapa bulan tak bercakap. Itulah yang Sara dengar, nak tahu kesahihan kena tanya Abang Long sendiri." Sambung Sara.

Hazel terkejut dengan berita tersebut, dia tidak tahu pula yang Mika pernah bergaduh dengan Amsyar tentang dia. Tapi kenapa? Mika kenal dia ke? Nak tanya Sara mesti dia tidak tahu menahu, dia sendiri pun tidak tahu yang bekas tunang itu Hazel.

Muka Sara berubah menjadi pelik dan sedikit curiga. "Tapi kan kenapa Akak tanya pasal abang ngah ? Akak kenal ke?". Hazel terdiam seketika, perlu ke dia beritahu benda yang sebenarnya. Dia mengeluh kecil sebelum mengucapkan kata-kata seterusnya. "Akaklah bekas tunang Amsyar tu."

Mulutnya ternganga kerana terkejut.

"Akak dengan Amsyar kan bertunang, sehari sebelum hendak nikah tu Amsyar kemalangan sampai hilang ingatan."

Dia menutup mulutnya dan mengangguk.

"Akak dengan Amsyar kawan baik dari sekolah menengah, dia ajak akak kahwin waktu tu akak anggap dia macam kawan baik. Akak terima sebab dia baik dan akak pun tiada lelaki yang akak suka. Akak percaya dia. Dua minggu akak tunggu dia sedar, dan bila dia sedar dia tanya akak ni siapa. Akak terkejut tambah keliru tak tahu nak buat apa. Salah akak sebab jawapan pertama akak bagi soalan dia adalah kawan dia. Akak taknak bebankan Amsyar dengan kedudukan akak dalam hidup dia. Akak takut keadaan dia lagi teruk. Akak jaga dia hampir 3 minggu di hospital, satu hari tuh doktor kata boleh cuba ingatkan dia perlahan-lahan. Jadi akak terus terang dengan dia kata akak tunang dia."

Memori lepas kembali bermain di fikirannya, dari kali pertama dia dan Amsyar berjumpa sehinggalah kini. Perkara yang sering dilakukan dia dahulu namun perbezaannya kini dia lebih tenang dan redha dengan kejadian lepas.

"Amsyar terima berita tu dengan baik, dia kata dia akan berusaha ingat. Tapi lama- lama sangat, Amsyar jadi tak sabar dia marah sebab dia tak dapat ingat akak. Dia marah sebab dia kata dia tak rasa apa-aa untuk akak waktu tu. Akak kata akak boleh tunggu, sebab itulah yang Amsyar pernah buat untuk akak. Tunggu untuk akak terima dia. Waktu tulah akak dengan Amsyar bergaduh, dia suruh akak lupakan dia sebab dia memang tak akan ingat. Akak tetap dengan pendirian akak, tapi Amsyar kata kalau akak tak lupakan dia, dia akan benci akak. Jadi akak lari, akak sambungkan pelajaran dekat luar negara. Baru berapa bulan akak balik ni." Sambung Hazel.

Dia tidak berkata apa-apa, dan dia tidak bertemu mata dengan Hazel. Sara tertunduk, menangis. Hazel tersenyum kecil.

"Sara, ok."

Dia angguk. "Kesian akak." katanya.

"Alright soalan seterusnya." kata Hazel bergurau, bagi mengurangkan suasana suram yang akhir akibat ceritanya tadi.

Dia ketawa kecil

"Alright, akak tanya je apa-apa Sara jawab"

"Hmm nak kena fikir dulu, bagi akak fikir dulu." Jawab Hazel. Habis sel-sel otak aku terbang pergi, penat agaknya.

" Biar Sara tanya, akak su - suka abang ngah lagi ke?" Dia bertanya dengan berhati-hati.

"Akak sayang Amsyar...tapi sebagai kawan. Akak redha dengan takdir kami. Tapi tulah akak nak sangat berkawan dengan dia semula." Jawab Hazel jujur. Jawapannya mendapat anggukan kecil.

" Jadi akak dengan abang Mika ke?" soalnya lagi.

"Akak pun baru kenal dia Sara oi."

"Yeke? Sara dengar abang long cakap akak dengan dia dah kenal lama. Sejak kecil lagi." Kata Sara, meninggalkan Hazel kebingungan.

" Abang Long macam suka akak je." kata Sara tiba-tiba. Hampir tersembur jus orennya. Mengarut. Melihat reaksi mukanya, Sara tergelak dan mengucapkan maaf.

" Abang long tu, waktu dia kecil dia pernah suka seorang budak perempuan ni tau. Sampai sekarang jadi bahan gurau Sara. Hahaha. Dia siap kata yang dia bakal isteri tau. Ni auntie yang cerita, tapi budak perempuan tuh dah tak singgah rumah Auntie dah. And tak lama lepas tuh abang long selalu ulang alik pergi luar negara sebab hal family. Jadinya dorang lost contact, tapi Sara pernah nampak gambar budak perempuan tu dalam dompet abang long. Comel jer dorang dua. Tapi tulah kesian."

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now