- 51 -

475 9 0
                                    


- 51 –

Hazel mengendurkan badan bersandar ke kerusi. Dia memandang ke sebelah kanannya melihat Mika yang duduk menghadap laptop. Hari ini menandakan hari kedua dia datang ke pejabat Mika.

Bayangkanlah balik-balik kerja dihalaunya mama suruh hantar makanan pada Mika. Ini semua salah dirinya sendiri, bila diceritanya semalam pada mama tentang Mika yang sibuk di office sebab banyak kerja, habis dipaksanya suruh bawa makanan untuk lelaki tu.

Hazel melihat sekeliling pejabat itu untuk sejuta kalinya, dia berfikir untuk menanyakan soalan seterusnya pada Mika tapi tengok gaya Mika yang taklepas hadap laptop dia lepaskan hajatnya itu. Kira malam ni dia tolong hantar makanan jerlah tapi dia pun tak tahu kenapa dia masih di sini. Pintu bilik Mika dibuka luas, membuatkan orang diluar boleh melihat mereka berdua di dalam. Dia dapat lihat orang lalu lalang depan bilik Mika, kadang-kadang ada yang berhenti untuk melihat siapa di dalam dengan bos mereka. Hazel buat tak endah.

"Mika...saya bosan. Pukul 9.30 saya balik." Kata Hazel, tangannya bermain dengan telefon bimbitya. Namun tak sempat dia nak buka aplikasi whatsapp, telefonnya mati kehabisan bateri.

"Mika nak pinjam charger." Pinta Hazel, rasanya tadi dia nampak ada atas meja Mika.

'Eh takde dah?' matanya mencari objek itu. Mika menghulurkan chargernya dan terus menutup laptopnya. Dia mengemas sedikit mejanya dan terus duduk membuka Tupperware makanan yang dia bawa tadi. Mama masak asam pedas, katanya favourite Mika. Hek eleh mama tahu-tahu jer.

"Habis dah kerja?"

"Hmm"

Hazel hanya melihat Mika makan. Dia terus teringat tentang soalan yang selalu bermain di mindanya sejak dia teringat semula kemalangannya dengan papa. Mika tak tahu yang dia sudah mula ingat sedikit demi sedikit. Tapi kebanyakkannya mamalah yang tolong cerita semula.

"Apa?" soal Mika yang perasan dari tadi dia asyik memandang lelaki itu.

"Awak tak nampak terkejut bila saya panggil nama awak." Kata Hazel kepada Mika sambil terus memandang ke arahnya. Tangan Mika terhenti dari meneruskan suapannya.

Hazel mungkin tak ingat sangat tentang Mika, tapi dia masih ingat akan pertemuan mereka buat pertama kali dan bila Hazel fikirkan balik dia jadi pelik. Bukan ke sepatutnya Mika akan terkejut bila mendengar dia memanggil Mika menggunakan namanya. Memandangkan apa yang terjadi selepas kemalangan yang membuatkan Hazel menjadi histeria setiap kali dengar nama Mika. Tak silapnya, kata mama nama Mika menjadi trigger kepada trauma kemalangannya. Mungkin sebab Mika orang yang terakhir yang bercakap dengannya sebelum kemalangan? Boleh jadi tapi itu semua kuasa Allah.

"Kau ingat." Kata Mika tidak menyoal hanya sekadar menyatakan, tangannya yang terhenti tadi sambung kembali menyuap makanan.

"Saya ingat kemalangan tu, tapi tak semua." Kata Hazel jujur. Entah kenapa dia rasa Mika perlu tahu, mungkin sebab Mika juga secara tidak langsung terlibat.

"Why should I be shocked?" soal Mika. "Cepat atau lambat kau tetap akan ingat semula."

"Tapi awak tak tahu, saya mungkin takkan ingat langsung." Cantasnya.

Mika berkelip mungkin agak terkejut dengan apa yang dia katakan. "I don't need miracle Hazel, aku doa setiap hari untuk kau ingat balik. Itu sahaja."

"Habis tu kalau saya dah ingat, what's next?" Soal Hazel.

"Next, I make you fall in love with me." Kata Mika. Mata dikenyit sebelah sebelum menutup bekas Tupperware yang dia bawa tadi dan dihulur padanya.

Membulat matanya mendengar kata-kata Mika. Selambanya dia mengayat orang. Tapi kenapa hatinya pula begini, kenapa dia pula yang nervous. Mama!!



#OMAIGODMIKACAIRSAYA
sorry lambat update!!

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now