- 43 -

161 5 0
                                    


- 43 –

"Hazel?"

"Hazel?" Lamunan Hazel terhenti. Dia kembali fokus kepada mama yang duduk di sofa sebelahnya. Satu tangan didalam plastik kerepek.

"Kenapa ma?" Soal Hazel, tangan juga mencelup masuk ke dalam plastik kerepek.

"Kamu selalu balik malam lambat dengan Mika ni kenapa?" Soal mama, mata dikecilkan memandang Hazel curiga.

Mana ada lambat, Mika selalu pastikan Hazel sampai tak lebih pukul 9 malam. Tambah pula, baru dua kali diaorang berjumpa dan setiap kali itu dia akan pastikan mama tahu.

"Ada hal." Mama mengangkat kening menyoal pernyataan Hazel itu.

Perlu ke dia beritahu mama? Tapi inilah masanya untuk dia menanyakan kepada mama pula. Pasti mama kenal Mika lebih dari dia, dan dia juga ingin tahu kenapa mama juga pura-pura tidak kenal. Tapi kalau dia soal, pasti nama arwah papa juga akan naik.

Hazel tahu yang jauh di lubuk hati mama, sehingga kini dia masih tidak dapat melupakan papanya. Setiap kali seseorang menyebut tentang papa, dia perasan mama akan menjadi sedih.

Ia tidak jelas pada Hazel semasa dia masih kecil, tetapi sekarang dia tahu. Itulah sebabnya dia tidak banyak bertanya tentang kemalangan itu, kerana dia tahu kesannya pada mama. Ketika dia kehilangan ingatan, segala cara dicuba setiap hari untuk membuatnya ingat semula, tetapi kini dia tahu mamanya berputus asa.

Jadi Hazel lupakan saja niatnya hendak bertanya. Mungkin cukup saja dia tahu tentang itu, selebihnya dia boleh tanya Mika.

Dahinya berkerut memikirkan itu, sehingga diperasan mama.

"Hal apa?" soal mama sekali lagi apabila melihat Hazel yang diam.

"Adalah." Kata Hazel berahsia. Nanti-nantilah dia tanya mama.

"Dahlah Hazel nak tidur esok kerja." Sambungnya lagi dan terus bergerak menuju ke biliknya.

-

Setelah sampai di butiknya, dia terus duduk di office menyiapkan kerja. Hari ini tidaklah sesibuk semalam, tapi masih sibuk berbanding hari-hari yang lain. Dia menyiapkan tempahan khas untuk sebuah perkahwinan, jadi baju bridesmaid semua dia yang aturkan. Dia hanya mengaturkan baju bridesmaid, tetapi baju pengantin di buat di butik pengantin kawan mama. Mama yang suruh dia ambil tempahan ini jadi dia ikutkan saja.

Selesai mengambil ukuran, dia masuk ke pejabatnya di tingkat atas untuk menyiapkan kerja-kerja lain namun tertangguh apabila telefon bimbitnya berdering perlahan. Dia tidak dapat lihat dengan jelas nama yang tentera di skrin disebabkan kedudukan telefon bimbitnya yang agak jauh. Apabila dia mula mendekati, dia terkejut melihat nama yang tentera di skrin telefonnya. Amsyar.

Pelbagai soalan melanda fikirannya, memikirkan kenapa Amsyar mahu berjumpa dengannya. Dari suaranya tadi, dia dapat rasa ia bukanlah sesuatu yang baik. Hazel duduk memandang air teh dihadapannya, menunggu ketibaan Amsyar. Sesekali matanya terpandang pintu masuk, ingin melihat jika lelaki itu sampai. Disebabkan reka bentuk kafe itu, Hazel dapat lihat dengan jelas orang yang berada di luar, tetapi tidak bagi orang yang di luar.

Mungkin dia sampai terlebih awal kut, fikirnya apabila hampir 10 minit dia menunggu. Apabila melihat jam tangannya, andaiannyaa betul. Mereka berjanji untuk bertemu pada pukul 1.30 tetapi sekarang baru pukul 1.15.

Dia tidak menafikan bahawa dia agak gementar, sudah lama mereka tidak berjumpa dan berbual. Fikirnya, namun fikirannya terhenti apabila dia melihat Mika yang sedang meletakkan keretanya betul-betul di hadapan meja yang sedang Hazel duduk.Satu-satunya perkara yang membahagikan kami ialah tingkap. Lelaki itu tidak dapat melihat Hazel yang sedang duduk seorang diri di kafe, tetapi dia dapat melihat lelaki itu keluar dari keretanya dengan seorang wanita.

Wanita itu nampak sangat cantik, tinggi dan sangat professional walaupun hanya dengan berpakaian berbaju kurung, tetapi dia masih kelihatan kemas. Mereka nampak sesuai.

Hazel hanya memerhatikan dari kafe, Mika yang sedang menunggu wanita misteri itu keluar dari keretanya dan berjalan di sisinya. Mereka berjalan di hadapan kafe dan walaupun Hazel tidak dapat mendengar perbualan mereka tetapi dia tahu mereka sedang bercakap. Mika berkata sesuatu yang membuatkan wanita itu ketawa. Namun reaksi Mika tetap sama tidak berubah dan tidak ketawa atau senyum.

Dan entah kenapa perkara itu membuatkan dia tersenyum.

'Agaknya dengan semua orang mukanya macam itu, takde perasaan langsung' katanya di dalam hati.

Kerusi dihadapanya ditarik, dan satu bayang-bayang menghalang pandangannya daripada melihat Mika dan wanita itu tadi. Hazel mendongak sedikit untuk melihat siapa, Amsyar.

Hazel berasa janggal sejak Amsyar duduk, hanya sepi yang menemani mereka berdua sepanjang Hazel menjamu makanan di atas meja itu. Hazel tidak tahu mahu memulakan perbualan tentang yang mana membuatkan semuanya menjadi lebih janggal. Amsyar juga seperti tidak tahu hendak buat apa.

"Amsyar sihat?" soal Hazel.

"Sihat, Hazel?"

Hazel mengangguk. Mereka terdiam kembali. Sesaat...dua saat...tiga saat.

Hazel mengeluh, "Amsyar...Kenapa ajak saya jumpa?" Melihat lelaki itu, yang seakan teragak-agak untuk bertanya, jadi Hazel terus sebab pertemuan mereka.

"I like Lia."

Kalaulah dia tidak duduk di atas kerusi, mahu dia terduduk atas lantai mendengar penyataan Amsyar itu. Takde pendahuluan apa, terus masuk main point. Terkejut. Memang terkejutlah dia.

"Oh." Itu saja kata-kata yang dia mampu keluarkan.

Jadi memang betullah andaian dia selamat ini, memang Amsyar dan Lia ada hubungan.

"I like Lia, dan saya harap awak boleh terima. Walaupun kita dah tiada apa-apa dan ini bukan urusan awak. I still want you to know. Jadi saya minta tolong sangat-sangat, jangan sebut tentang hubungan kita yang dah lepas pada Lia." Amsyar cuba bercakap dengan sopan. Cuba. Namun, satu demi satu perkataannya menggores hatinya.

Dia terasa dengan kata-kata Amsyar. Amsyar seakan-akan cuba memotongnya dari hidup lelaki itu. Hazel menelan air liur, cuba untuk meredakan emosinya.

"I'm sorry, there's nothing you can do about it." Sambungnya lagi dan terus berlalu pergi keluar dari kafe itu.

Salah ke dia? Hazel hanya mahu Amsyar yang dahulu. Amsyar yang selalu memastikan dia ok. Amsyar yang selalu prihatin tentang dia.

Amsyar sebagai kawan baiknya.

Dia tidak minta banyak, dia hanya mahu Amsyar kembali dalam hidupnya sebagai kawan. Dia tidak kisah jika Lia dan Amsyar bersama, asalkan mereka berdua kekal dalam hidupnya. Mereka adalah satu-satunya kawan yang dia ada. 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now