- 13 -

255 11 0
                                    


- 13 - 

Mika menghantarnya sampai pintu depan rumahnya. Perjalanan pulang seperti biasa kalau dengan Mika semuanya senyap sepi tetapi tenang. Entah kenapa dia rasa bersyukur sangat Mika yang ada tolong dia, hantar dia balik dan berdiam diri dalam perjalanan pulang tadi. Bab senyap sepi ni memang Mika win. Sejujurnya itu yang dia perlukan, otak dia berserabut banyak benda yang dia tahu dalam sehari dan kalau ikutkan hati dia banyak lagi soalan yang dia nak tanya 'Lia pregnant ? Macam mana Amsyar boleh jumpa semula dengan Lia?.

Namun dia senyapkan diri, dia taknak susahkan Mika dan bukan tempat Mika untuk ceritakan semua itu.

" kereta kau esok aku hantar" 

" hmm" balas Hazel. " Terima kasih tolong hantar saya" sambung Hazel lagi.

"hmm" kali ni Mika pula jawab. Sibuk tiru orang. 

Tangannya mencapai barang yang dia beli tadi baru nak tutup pintu " Jumaat depan mama ajak datang makan" kata Mika. Makan di rumah Mika? Pasti ada Amsyar. 

"Tengoklah kalau takde hal" nak aje dia tolak tapi tulah.

Dia hanya mengangguk dan terus berlalu pergi. Tak gentleman langsung kalau dalam drama korea tuh hero tunggu heroin masuk rumah dulu baru pergi tau...... Tapi Mika dan Hazel hero dan heroin ke ? 


Malam itu Hazel terbaring mengenagkan nasib hidup dia. Haish banyak betul drama. Tanpa sedar matanya terlelap pergi ke alam mimpi.

Dalam mimpinya, dia terdengar lagi suara seorang lelaki memanggilnya dengan panggilan yang sama dia dengar dalam mimpinya sewaktu dia bergelar tunangan orang. " Girl" sah orang yang sama. Hazel cuba mencari dari mana arah suara lelaki itu, namun lagi dekat dia dengan suara itu dia terus terjaga. 

Dilihat jam kecil bulat dia atas meja menunjukkan pukul 3.45 pagi . Dia bangun dan menunaikan solat tahajjud dan istikarah. Telah menjadi rutin dia kalau dia terjaga dalam tidurnya. 

" Ya Allah ya Tuhanku, kau lahirkanlah rasa ketenangan dalam jiwa dan hatiku. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha dan yakin akan ketetapanMu , yang merasa cukup atas pemberiaMu, yang kuat dalam menghadapi ujianMu, Yang sentiasa bersyukur ke atasMu."





MRS.MIKAWhere stories live. Discover now