- 26 -
Setelah sampai di kawasan resort biliknya, Mika memberhentikan kereta " Malam ni turun dinner at 9, don't be late aku ada guest."
" Alright" balas Hazel dengan suara yang kecil, sememangnya dia sudah penat naik bilik nanti sudah pasti dia akan mengejar solat Zohor. Semua barang yang tadi dia beli disangkut di tangannya manakalah setengah lagi di disangkut di bahunya. Mika juga membantu membawa beberapa barang lain. Mereka berjalan bersama-sama menuju ke biliknya, Hazel agak kepenatan jadi dia diamkan saja menikmati kesunyian resort itu serta di antara mereka berdua.
Sampai sahaja di bilik Hazel meletakkan semua barang-barangnya itu tadi diatas sofa, dan terus mencapai tuala serta barang mandiannya. Dia mahu tidur selepas menunaikan solat zohor, mungkin juga sambung menonton drama korea bagi melepaskan lelahnya tadi.
Ringggg....ringggg.....ringgggg. Hazel meraba-raba mencari arah bunyi menganggu tidurnya itu, apabila tercapai telefonnya. Hazel tidak memandang dan terus mengangkat panggilan tersebut.
" Hello?".
" Bangun, aku hantar makanan. Makan...nanti Nina teman kau pergi pantai". Hellonya dibalas dengan arahan, very Mika fikirnya. Sebelah matanya dipaksa buka untuk mengintai jam di telefon bimbitnya, terkejut dia melihat jam menunjukkan pukul 5.32 petang, hampir dua jam lebih dia melelapkan matanya. Bunyi ketukan pintu biliknya membangunkan dirinya serta merta, Hazel mencapai tuala menutup kepalanya dan sebelum pintu dibuka Hazel memastikan auratnya tertutup di cermin....sekali mencari jika ada lukisan peta di mukanya.
Setelah makan dan menunaikan solat asarnya, Hazel bersiap untuk pergi ke pantai dia hanya mengenakan pakai casual sahaja. Orang pun tidak ramai bercuti maklumlah dia bercuti pada musim sekolah jadi memang agak sepi sikit di kawasan pantai.
Sekali lagi pintu biliknya diketuk, Hazel buka pintunya dan sejurus itu seorang wanita berpakaian casual sepertinya berdiri di hadapan biliknya dengan senyuman manis.
" Cik Hazel kan? Saya Nina, tuan suruh saya teman cik pi pantai". Ceria wanita itu memperkenalkan dirinya hampir Hazel tergelak." Panggil Hazel saja... tuan as in Mika ye?". Soal Hazel, kerana dia agak pelik dengan panggilan tersebut. Mika dipanggil tuan? Bukan Mika ni guest di sini ke ?
" Haah tuan Mika, dia yang minta saya dengan Sara teman Hazel pergi pantai...Sara dah sampai pantai laju dia katanya nak cari tempat ni yang saya jemput Hazel ni".
" Ok kejap ye saya nak ambil beg saya kejap".
" Aye aye captain" balas Nina, hampir membuatkan dia tergelak.
" Nina boleh saya tanya soalan tak?" Dalam perjalanan menuju ke pantai, Hazel ingin mengorek tentang Mika dia tidak tahu sangat pasal Mika setakat yang dia tahu Mika ni anak angkat kepada keluarga Amsyar. Amsyar juga tidak banyak bercerita tentang Mika, namun bila difikirkan dia sendiri pun tidak pernah tanya.
" Eh boleh saja akak, tanya je mana yang saya mampu jawab saya jawab." Selepas dia tahu yang Nina ni kawan sekolah Sara, dia menyuruh sahaja Nina membahasakan dirinya sebagai akak...tidak mahu orang menggelar dirinya cik agak janggal.
" Tuan Mika awak tuh, guest tetap disini ke ?". Itu tekaannya, mungkin juga Nina dan juga Sara ini sudah terbiasa dengan Mika kerana Mika selalu berkunjung ke sini itu yang mendapat gelaran sebegitu serta hubungan rapat antara Mika dan juga Sara dan Nina.
" Oh..ingat akak nak tanya soalan apa tadi. Tuan Mika tuh kira guest tetap lah juga mana taknya dah ini resort dia jadi dah selalu dia datang tapi tak sekerap waktu awal-awal resort ni buka. Jadi boleh kira guest tetaplah juga, haa bilik yang akak Hazel duduk tu bilik yang Tuan Mika selalu duduk tapi dekat situ ada dua bilik sahaja sebab situ kawasan Tuan Mika tiada siapa boleh duduk situ". Jelas Nina sejelas-jelasnya, malah disampaikan dengan nada yang begitu ceria sedangkan si Hazel hampir sahaja tercekik air liur apabila mendapat tahu bahawa ini resort Mika malahan dia duduk di bilik yang Mika selalu duduk.
"Owner resort ni? Mika?" wah setahunya Mika di sini atas dasar kerja tapi tak terfikir pula kerjanya itu ada kaitan dengan resort ini. Mika awak tipu!!
Geram.
" Haah owner resort ni...." Nina memandangnya agak pelik, mungkin sepatutnya info yang satu itu memang sepatunya Hazel tahu. Tapi dia tak tahu, siap awak Mika saya geleng kepala awak campak dalam sungai.
"Hi akak " suara ceria Sara mencelah. Sara juga kelihatan berpakai casual bukan seperti pertama sekali mereka berjumpa. Comel sahaja dia tengok macam budak kolej. "Lambatnya kau Nina, aku tunggu dah berapa jam tau" marah Sara pada Nina.
" Berapa jam kepala hotak kau, tak sampai setengah jam pun" balas Nina. Sara hanya balas dengan cebikan sahaja." Kita beli air nak tak, Sara hauslah?" pinta Sara seraya membuat muka kesian.
"Alright jom". Kata Nina. Amboi dua orang ni macaam tak pernah keluar jer. Hazel hanya mampu menggeleng kepala melayang telatah mereka berdua. Maklumlah dia yang dewasa.

YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...