- 31 -

215 8 0
                                    

- 31 -

Keesokkan harinya, Hazel bangun seperti biasa dengan bunyi 'tangisan' daripada telefon bimbitnya pada awal pagi. Mika mengajaknya menunaikan solat subuh di masjid jadi Hazel ikut sahaja. Mereka juga singgah ke cafe resort untuk breakfast selepas subuh.

Hari ni dia sebenarnya tiada plan, maklumlah nak main water sport dia pula tak bawa baju yang sesuai. Hendak keluar jalan- jalan dia malas pula, dia hanya mahu ke pantai sahaja. Tapi hanya petang dan awal pagi sesuai matahari tak terik sangat. Jadi akhirnya Hazel sendiri tak tahu nak buat apa.

" Ikut aku pergi somewhere, do you have something decent to wear?". Ajak Mika, mereka sudah hampir sampai di resort.

" Decent macam mana tu? " Soal Hazel semula. Rasanya semua pakaian dia ' decent' jer. Tapi adalah satu dua hoodie, yang lain blouse macam tu jerlah.

"Baju kurung? ". What?!!! Baju kurung? Gila apa siapa je yang bawa baju kurung pergi holiday ke pantai?.

" Ada" Jawab Hazel sarkastik.
Mika memandangnya sekilas, mungkin pelik dengan nadanya.

" Mestilah takde, awak ni biar betul" .

" Ok, kita singgah mall dulu" Sejurus dengan itu, Mika memulas stereng kereta bergerak menuju ke jalan besar semula. Apakah?!!!
Setelah sampai di mall yang terdekat, Mika terus bergerak menuju ke butik mencari baju kurung. Hazel di belakangnya masih terpinga-pinga. Dia sebernarnya nak ke mana dengan baju kurung nanti?

" Mika stop kejap, kenapa saya kena ada baju kurung tiba-tiba ni? " Soal Hazel.

" Favourite colour combine with white? " Soalannya hanya dibalas dengan soalan. Bertuah punya manusia.

" Haa?! "

Mika tidak membalas malah dia teruskan saja langkahnya. Masuk saja dalam butik, Hazel turutkan saja jadi dia pun saja-saja belek baju yang ada. Alang-alang boleh tengok apa yang tengah hot sekarang boleh jadi idea untuk keluarkan di butik nanti. Idea ya bukan untuk tiru 100 percent!

Baru 20 minit masuk pelbagai baju sudah dia cuba untuk kenenkan dibadannya, hanya sekadar depan cermin. Namun selagi dia sendiri tidak tahu untuk apa tujuan dia pakai, selagi itu dia sendiri tidak tahu mana satu mahu pilih. Kang kalau pilih yang extra orang kata melebih, kang si Mika dia bawa pergi jumpa menteri dia pula pakai yang simple. Kan tak kena tema gitu. Dia mencari Mika, sekali lagi Mika bertukar menjadi thr invisible Mika. Macam dipantai haritu. Malas nak cari dia call saja.

Baru nak call Mika datang di sebelahnya.

"Do you find anything you like? " Soalnya.

" Banyak, tapi kita nak pergi mana saya takut tak kena tempat je nanti" . Balas Hazel.

Mika mengangguk. " Wedding" Jawabnya sepatah. Hazel balas dengan anggukan.

" Ada tema warna? " Soal Hazel sambil tangan membelek di bahagian yang baginya tidaklah extra sangat.

" Anything white would be nice" Jawabnya.

Tangan Hazel terhenti di sepasang baju kurung yang sangat cantik. Tambahan pula dia ada warna putih. Baginya ini sesuai kerana kalau dia pergi ke wedding berpakaian serba putih sangat pun takut orang tak kenal pengantin mana satu kan. Cehh. Namun baju yang ada gambungan warna-warna yang tidak bergitu vibrant....macam pastel sedikit warnanya...Just nice... Cantik. Dan yang paling penting dia teringat ada satu shawl dalam biliknya yang dia rasa sesuai.

"Yang ni? " Soal Hazel pada Mika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yang ni? " Soal Hazel pada Mika. Tangan kanannya menunjukkan baju itu pada Mika. Mika pandang seketika dan hanya mengangguk kepalanya tanda setuju. Ceh itu jer.

Selepas mendapatkan saiznya, Hazel terus menuju ke kaunter pembayaran namun Mika sudahpun ada disitu dan menghulurkan kadnya.

" Eh takpela saya bayar, lagipun saya yang nak pakai nanti" Katanya, menolak pembayaran Mika tadi.

"Aku yang ajak, aku yang bayar and i don't mind spending money" Katanya berlagak.

" Kalau macam tuh, saya duduk dekat-dekat dengan awaklah...senang hidup saya macam tu" Balas Hazel sekadar berlawak.

"Alright" Balas Mika. Alright? Tanda setuju ke tu? Ehh?

Takkan dia nak balas ' eh saya gurau jer ' jadi Hazel diamkan saja.

Sampai saja di biliknya, Hazel terus bergegas mandi dan bersiap sebab Mika kata wedding bermula selepas solat zohor. Dia ada sejam lebih saja, nak solat , lilit tudung lagi, bermake up lagi.

" Huuuu" Lega kerana akhirnya dia dapat mengenakan tudung di atas kepalanya seperti yang dia inginkan. Hampir 30 minit. Dia hanya memakai sedikit blusher, mascara, dan juga lipstick. Itu pun cincai-cincai saja kerana dia dengar pintu bilik Mika buka.
OMG!! DIA HANYA ADA SANDAL SAJA! Tak kena pula tu dengan baju kurungnya. Macam mana ni?

" Mika? " Jerit Hazel sedikit, mengharapkan Mika ada di depan bilik menunggunya.

" Mika? " Kali ni perlahan sedikit takut orang dengar pula.

" What? " Jawan Mika. Fuhh selamat dia ada.

" Saya tak ada kasut yang sesuailah"

" Keluar je " Arah Mika.

Buka saja pintu, Mika menghulur sepasang sandal yang bertumit tinggi sedikit. Tidaklah tinggi mana kalau berdiri sebelah Mika masih di paras bawah bahunya lagi. Hazel terus menyarung dan keluar dari bilik.

Mika memandangnya .... Sekali lagi dengan pandangan di pantai malam itu. Seram sejuk Hazel melihat Mika. Mika dilihat mengenakan pakaian yang lebih kasual dari yang dia sangka.

" Mika, jomlah" Kata Hazel, dari tadi Mika hanya berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Mika, jomlah" Kata Hazel, dari tadi Mika hanya berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku je.

" Hmm" Balasnya dan terus berjalan.

Pelik.

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now