- 34 –
Semalamam dia terjaga memandang segenap bilik, mengulangi kejadian yang berlaku petang tadi. Otaknya penat memikirkan semula terutama apabila tiada hasil yang dia dapat, tiada penyudahan yang dia dapat. Hazel dapat merasakan sakit kepala mula menjalar, dia cuba menutupkan matanya bagi menghalau sakit kepalanya. Berharap ia akan berjaya, dia tidak mahu menghabiskan malam terakhirnya di sini dengan perkara yang mungkin tidak membawa apa-apa makna baginya.
" Looking after you is not a burden for me, ok?"
Apa yang dia maksudkan dengan itu? Mungkin dia anggap Hazel sebagai seorang kawan? Kawan jaga antara satu sama lain kan? Tapi adakah kami dikira sebagai kawan, ya kami berdua mengenali antara satu sama lain tetapi itu sahaja. Mika adalah abang kepada Amsyar, dan Hazel adalah bekas tunang Amsyar. Dan Hazel sudah redha dengan takdirnya bersama Amsyar, dia layak untuk mencari seseorang yang boleh membahagiakannya.
Itu sahaja yang Hazel tahu tentang dia, walaupun cara Mika berkelakuan dengannya seperti dia mengenali Hazel sebelum ini, yang mana Hazel sangat pelik kerana dia tidak. Hazel bertekad dalam hatinya sebelum dia meninggalkan resort ini dia perlu mencari segala maklumat tentang Mika.
Tiba-tiba dia teringat Sara, dia tersenyum jahat dalam otak merancang sesuatu.
Inilah padahnya pabila otak ligat bekerja pada malam hari, jawabnya esok pagi memang lambat bangun. Entah berapa kali telefon bimbitnya berdering kuat ditambah pula alarmnya, tetap juga Hazel terlena tidur. Apa yang membuatkannya terjaga? Apa lagi kalau bukan ketukan pintu macam polis nk terjah masuk. Hampir terkeluar jantungnya mendengar ketukan pintu biliknya sekuat itu, terus segar dia.
" Iya saya dah bangun"
Hazel tahu siapa yang mengetuk pintunya tak lain tak bukan Mika. Tekaannya betul apabila bunyi bising ketukan pintu biliknya berhenti serta merta tetapi diganti pula dengan deringan telefon bimbitnya. Diraba-raba sekelilingnya mencari keberadaan telefonnya.
Ah! Jumpa.
Mika. See I told you.
" Ya Mika?" soal Hazel seraya menjawab panggilan Mika.
"Aku tunggu dekat lobi, 5 minute!"
Hazel mengeluh kuat, tulah pasal siapa ajar tidur lambat. Rasa bersalah pula, pasti Mika tunggu lama sampai ke biliknya dia cari.
Masalahnya sekarang ni dia baru datang bulan, takut nanti Mika pula terlewat solat subuh semata-mata menunggunya. Perlu ke dia call Mika semula?
Malas nak berlengah Hazel meuju ke toilet untuk gosok gigi dan basuh muka.
Sampai saja di lobi, kereta Mika sudah menunggu Hazel terus berlari kecil menuju ke kereta Mika.
Sampai saja di masjid, Mika segera keluar dari kereta. Dia sudah maklumkan yang dia tidak boleh solat. Balasnya Mika suruh dia tunggu di dalam keretanya. He turns around and signal me to lock the car. Hazel mengangguk. Selamat dia sempat bawa ipadnya. Drama korea let's go!
Telefonnya berdering menganggu fokusnya pada cerita yang terpapa. Mama.
"Assalamualaikum, ma".
"Waalaikumusalam"
" Kenapa ma call , rindu Hazel eh?" guraunya.
"Rindu apanya kamu balik hari kan? "
"Haah, Hazel gerak tengahari nanti takut nak drive malam"
"Hm yelah, ni kamu buat apa? Subuh dah?"
" Period ma, Hazel teman Mika pergi subuh"
"Mika?" soal mamanya agak terkejut dengan keberadaannya.
" Haah"
" Oh, I see" kata mamanya dengan nada mengusik.
" Haa Mika dah siap solat nanti Hazel call balik, bye ma." Seraya itu Mika masuk ke dalam kereta.
Mika mengangkat keningnya, menanyakan siapa yang memanggilnya.
"Mama." Jawabnya. Mika hanya mengangguk dan terus menghidupkan keretanya.
" Kau balik harini?"
" Haah, dalam tengahari atau lepas zuhur nanti"
Walau hanya beberapa hari bersama Mika, rutin hariannya masih sama. Lepas solat subuh, kami akan makan di cafe di resort. Support resort dialah tuh, tapi bila difikirkan semula mungkin Mika ni jenis memilih makanannya. Hmm boleh jadi.
Selesai makan, Mika mengundur diri untuk menyelesaikan sedikit kertas kerja sebelum dia pulang. Hazel biarkan sahaja, dia mahu mencari Sara.
Misinya bermula sekarang!
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...