- 20 -

293 11 0
                                    

- 20 - 

- Recap -

"Saya kerja sementara sebab tengah cuti semester....oh guest lain.....haa guest lain semua dah balik bilik , akak Hazel lambat sikit ni " jawabnya.

" oh yeke"

" Akak duduklah dulu nanti abang long datang" seraya itu Sara terus melarikan diri ke belakang kaunter. ' Abang long?'

Hazel hanya angkat bahu melihat telatah Sara itu, tumpuannya terus tertumpu kepada makanan di hadapannya. Wahh kalau setiap hari makan makanan hotel, bukan setakat gemuk jer semua jenis penyakit datang menyerang weii. Takpe sebab kita sekali sekala jer makan mewah kita jangan fikir just ambil jer. Apa yang penting ?! Tambah lagi!

Sedang Hazel menyendok lauk-lauk, terdapat bayangan seseorang di belakangnya  jadi Hazel mempercepatkan cedokkannya tidak mahu menahan line. 

Ligat matanya mencari meja kosong yang berdekatan dengan pemandangan pantai. Hatinya bersorak gembira apabila terlihat sebuah meja kosong yang dia ingini. Baru saja dia hendak melangkah ke arah meja itu, sudah ada orang mengambil sepasang pasangan. Matanya mula misi mencari lagi tapi sayang dah takde, walaupun restaurant pada malam itu tidak penuh tapi yang penuhnya meja-meja di kawasan yang strategik yang hampeh... sapa nak duduk? Hazellah siapa lagi.

Selesai duduk, Hazel menadah tangan untuk membaca doa makan. Tak sempat nk teguk air kerusi di hadapannya ditarik. Mika. Alangkah terkejutnya dia melihat lelaki itu di sini. Apakah? Kenapakah ? Bagaimanakah? Dia memandang lelaki itu confused. Mika pula ? Selamba dia jer makan, makanan dia pulak tuh. 

Hazel sambung meneguk air sirap ditangannya sehingga separuh sambil mata tidak lepas memandang Mika. 

"Mika awak buat apa dekat sini ?" soal Hazel, menunggu Mika menghabiskan suapan nasinya dengan ayam goreng rempah yang dia cedok tadi. Selesai suapan Hazel menarik pinggannya semula, mahu mula makan. 

"work" sepatah je mamat ni jawab. 

Kali ini Mika mula menarik pinggan desert dia, tak sempat nak tahan dia dah capai dulu. Geram jer aku tengok.

" Kebetulan pulak kan kita sama-sama ada dengan resort yang sama dalam negeri yang sama" soal Hazel sarkastik. 

Mika hanya mengangkat bahunya. Tangannya sekali lagi cuba untuk mencapai pinggannya. Hazel menahan pinggannya dan cepat-cepat makan. Air sirapnya tadi dah habis Mika minum, kek yang dia ambil tadi dah tinggal separuh. Tiba-tiba Mika bangun dan terus pergi. Haaa alhamdulillah. Hazel menyambung suapannya sambil fikirannya memikirkan kedatangan Mika di situ. 

Sekali lagi kerusi dihadapannya ditarik, kali ini Mika datang sekali dengan dua cawan air dan satu pinggan penuh dengan dessert. Selepas meletakkan makanan Mika kembali mencapai pinggan nasinya. Kali ini Hazel biarkan sahaja, Hazel pula yang mencapai pinggan dessert. Melihat Mika yang nampak kepenatan dan macam tiada mood untuk berbual, Hazel mendiamkan diri dan hanya fokus dengan makanan. Mereka berdua berkongsi makanan dan minuman sambil menikmati pemandangan di hadapan. 


MRS.MIKAWhere stories live. Discover now