- 46 –
Bunyi microwave berhenti dan bau popcorn yang menyerbu kedua-dua pancainderanya membuatkan fikiran Hazel terhenti. Hazel mengeluarkan mangkuk plastic beg popcorn itu dan terus melangkah ke arah sofa di ruang tamunya. Remote yang terletak di atas meja dicapainya dan ditekan-tekan butang yang ada, cuba mencari siaran yang berkenan dengannya. Akhirnya, dia hanya membiarkan siaran tv itu pada berita.
Hazel dapat melihat kedua-kedua lelaki dan perempuan yang sibuk bercakap melalui skrin dan menyampaikan berita untuk hari ini, tetapi fikirannya melayang tidak tertumpu kepada skrin besar di hadapannya. Otaknya sibuk mengulang tayang semula apa yang berlaku pada hari ini. Lebih kepada apa yang disampaikan oleh Mika.
Mika dan dia bestfriend?!
Gila!
Dia tahu Mika dan dia kenal sejak kecil, tapi fikirnya hanya sekadar kawan biasa macam itu saja. Pada awalnya dia fikir mereka hanya kawan yang sekadar berjumpa apabila ibu bapa kami berjumpa. Jadi apabila Mika cakap yang mereka kawan baik dan Hazel selalu datang bermain di rumahnya setiap hari, Hazel tergelak. Mika memandangnya pelik, katanya. "Bukan aku dah explain ke benda ni hari tu." Keningnya di angkat.
Hazel menggeleng sebelum menjawab. "Saya fikir awak gurau." Sekali lagi Mika memandangnya pelik. "Yelah macam mana awak boleh jadi kawan baik saya-" Hazel berkata sambil tergelak. Dalam fikirannya sibuk membayang dia yang berumur 5 tahun bermain dengan Mika 9 tahun, dengan perangai Mika yang macam tu. Rasanya mesti takde beza Mika sekarang dengan Mika yang dulu. Aduii. Namun gelaknya terhenti apabila satu pandangan tajam dihantar oleh Mika. "Maksud saya, awak kan-senyap sikit lepas tu saya ingat awak cakap yang awak tak pandai cakap Bahasa Melayu sangat. Jadi macam mana kita boleh jadi 'bestfriend'." Kata Hazel cepat-cepat dan berdehem perlahan.
"Kau yang sibuk nak jadi kawan aku." Katanya. Kini giliran Hazel pula yang mengangkat kening, satu jari ditunding ke dirinya. "Saya?". Mika mengangguk.
"Macam mamat ni je yang lupa ingatan." Hazel menggumam perlahan.
"Haa?"
"Takde apa. Ok so kita kawan baik, Tapi kiranya kita kenal tak lama lah kan? Dalam dua tahun 2 tahun macam tu lah kan?" soalnya.
Mika balas dengan satu anggukan.
"Lepastu?" soal Hazel tak sabar nak dengar tentang dirinya yang dulu. Dia tahu serba sedikit sebab mama pernah cerita tapi mama tak pernah cerita pula tentang Mika. Pelik.
"Apa lagi kau nak tahu?"
"Saya macam mana dulu?"
"Macam budak-budaklah." Jawabnya bosan, tapi melihat wajah Hazel yang dalam kegeraman lelaki itu sambung. "You were super bright and I don't know if I like it or not back then. Kau suka ajak aku main dengan kau sampai aku nak pergi sekolah pun kau tak bagi. Pagi petang sibuk nak berkepit."
Hazel mengecilkan mata, tidak percaya. Takkanlah dia macam tu.
"Ikut suka kau nak percaya ke tak"
"Tapi kan saya pelik kenapa mama saya tak pernah cerita tentang awak. Jadinya awak dah kenal mama saya dah lama la ye?" soalnya.
Badan Mika menjadi kaku mendengar soalan Hazel. Lelaki itu hanya mengangguk saja. Hazel menjadi pelik.
Pemikirannya terhenti apabila ada tangan melayang di hadapan mukanya. Hazel baru perasan mamanya yang telah duduk di sebelahnya.
"Kamu menungkan apa?" soal mamanya. "Bertahun mama panggil kamu, asyik sangat pandang tv dah kenapa?"
Hazel hanya balas dengan gelakan kecil.
"Kamu jumpa Mika lagi ke harini?" soal mama.
Hazel angguk. "Mama kenal Mika dah lama ke?". Dia sudah bertekad, dia mahu tahu kenapa mamanya tidak pernah sebut tentang Mika padanya. Walaupun Mika pernah wujud dalam hidupnya sebelum kemalangan itu.
Wanita itu mengerling ke arahnya sebelum cepat-cepat memandang ke arah lain. "Jadi betul la mama kenal dia?" Melihat reaksi mamanya, dia dah boleh agak. "Tapi kenapa mama tak bagitahu Hazel?" soalnya lagi.
Dia nampak mamanya mengeluh perlahan. "Mama memang kenal Mika, dia kawan baik kamu waktu kecil sebelum kemalangan tu lagi."
"Hazel lupa ye? Kenapa kamu dengan papa kemalangan hari tu?" soal mama. Hazel angguk, dia ingat mama pernah cerita tentang hari tuh tapi dia – Hazel mengerut dahi perlahan. Dia lupa.
"Kamu dengan papa kemalangan dalam perjalanan nak pergi hantar Mika pergi airport."
"Mika kena balik rumahnya dekat sana sebab mak kandungnya meninggal dunia. Kamu nak ikut sampai menangis bergaduh dengan Mika. Bergaduh sampai tak nak ikut mama hantar Mika dekat lapangan terbang. Tapi lama lepastu kamu nak ikut tengok Mika pergi, tu yang papa hantar. Kamu tak sempat tengok Mika, sebab flight dia dah pergi, balik tu kamu dengan papa kemalangan." Kata mamanya dengan nada sedih. Dia nampak riak wajah mama yang sedih dengan air mata yang turun sedikit, serta merta Hazel pergi sisi mamanya dan memeluknya. Air matanya turun, mindanya pergi semula ke hari itu. Hari di mana dia sangka Mika akan tinggalkan dia. Hari di mana dia kemalangan. Hari di mana papanya menghembuskan nafas yang terakhir 5 hari selepas itu. Hari di mana nama Mika merupakan satu trigger buat ingatannya. Seperti satu sumpahan.
- Hi rose nk tukar sikit fact eh sebab nk bagi make sense sikit buku ni, anyway first time Hazel dan Mika kenal masa Hazel umur 5 tahun dan Mika 9. So ni update punya, nnti rose tukar balik dekat chapter-chapter yg lain.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...