- 30 -
Dia memandang ombak pantai yang bergerak tenang dalam kegelapan malam. Rasa lebih tenang dan sejuk. Walaupun Hazel memakai cardigan, sejuk malam masih mampu menerusi kain tebal itu.
Digenggam cincin itu tadi, dalam otaknya bermain seribu cara bagaimana dia mahu mencampak cincin itu.
Akhirnya Hazel berjalan menuju ke gigi air. Seluarnya di angkat sedikit bagi mengelakkan dari air dan dia letakkan cincin itu di atas tanah. Melihat cincin tersebut pergi dibawa ombak. Sedikit demi sedikit.
Dia mencangkuk duduk melihat cincin itu pergi, tiba-tiba dia rasa pipinya mengalir air mata. Lama-kelamaan tangisan menjadi kuat sehingga dia sendiri tidak mampu untuk meredakannya.
'Just cry as if it is your last time.... Cause it is' bisik hatinya. Tidak mengendahkan orang yang berada disekelilingnya yang turun ke pantai. Dia terus menangis. Bukan kerana sedih tapi kerana ini adalah the final goodbye. Lepas ini hidupnya tidak mahu lagi ada penyesalan mahupun Amsyar lagi.Seakan-akan penglihatannya menjadi gelap, pandangan matanya ditutup dengan sepasang tangan yang berjarak dari matanya...tidak menyentuhinya. Hazel dapat rasa kehadiran seseorang di sebelahnya. Hatinya kuat mengatakan itu Mika, jadi dia biarkan saja dan terus menangis.
"Feeling better? " Soal Mika di sebelahnya. Selesainya sesi dia menangis meluahkan perasaannya, tangisannya menjadi reda serta merta dan otaknya baru berfungsi. Baru terfikir apalah orang fikir kalau nampak dia menangis di pantai. Mahu lari fikir nampak hantu.
Hazel angguk perlahan malu untuk memandang lelaki itu.
" So that was it? " Soalnya lagi. Hazel kurang faham dengan soalannya.
"Punyalah beria nak beli cincin tapi kau buang? " Soal Mika lagi. Amboi busybody kau Mika.
" Itu cincin tunang saya" Balas Hazel. Tiada balasan dari Mika.
"Saya dah niat nak bagi balik tapi Amsyar tolak"
" And now kau pergi campak dekat laut, kau fikir ni drama tv berapa? ". Soalnya sambil berlawak.
" Eh mana ada saya campak, saya melepaskan je" Nafi Hazel sambil mencari perkataan yang sesuai untuk menjustifikasikan perbuatannya itu.
" Do you ever let go of something? " Soal Hazel kepada Mika. Apabila tidak mendengar jawapan dari Mika, Hazel berpaling menghadap lelaki itu.
Terkejut dia melihat Mika yang sedang memandangnya dengan pandangan yang dia sendiri tak dapat tafsir. " I have, and now i will never let it go again" Katanya dengan nada yang sedikit tegas. Mungkin mahu membuktikan kata-katanya.
"How does it feel...When you let it go?"
"Hmm depends..." Jawab Mika. Tidak menjawab soalannya.
Hazel angguk kecik , faham bahwa lelaki itu mungkin tidak mahu menerangkan dengan lebih lanjut.
" I promise myself by the end of this trip, saya nak lepaskan cincin tu. Sebab tu saya beli cincin untuk saya.....saya dah terbiasa pakai cincin" Jelas Hazel lagi. Tak tahulah Mika ni berminat nak dengar rintihan hidupnya.
"Kau dah lepaskan ke? " Soal Mika. Masih memandangnya, Hazel angguk.
" Yes" Jawab Hazel sambik tersenyum kecil. Akhirnya dia tergelak kecil, mengenangkan nasibnya, lepas tuh menangis pula tengah-tengah malam dekat pantai pula tu. Memang betulah Mika kata dia ni nak shoot drama tv mana?
"Nah". Mika menghulurkan sebuah kotak kecil berbentuk segi empat. Hazel menadah tangannya menerima.
Apabila dibuka kotak tersebut, Hazel tersebut melihat cincin yang dia beli untuknya. Bukan sepatutnya ada pada Hazel ke?Melihat muka Hazel yang hairan dengan kehadiran cincin tersebut Mika menerangkan.
" Kau tertinggal dalam kereta aku"'Oh' macam manalah dia boleh tertinggal dalam kereta lelaki tu. Haishlah Hazel.
Hazel mengeluarkan cincin tersebut dan menyarungnya pada jari manisnya. Dia melihat jarinya yang dulu disarung dengan cincin pertunangan kini disarung pula dengan cincin pelepasan. Sedih hidup kau Hazel. Dia menunjukkan jarinya yang bersarungkan cincin itu pada Mika.
"Awak cantik tak? " Soal Hazel.
" Aku yang pilih" Jawabnya. Hazel mencebik, kalau sehari tak annoying memang bukan Mika lah jawabnya."Awak pergi mana tadi, puas saya cari" Soal Hazel.
Mika menunjuk ke suatu arah, iaitu sebuah pokok kecil yang rendah yang terletak agak jauh sedikit dari tempatnya. Namun dia pasti Mika dengan senang boleh nampak apa dia buat tadi.
"Awak nampak? " Soal Hazel lagi, darah mula naik ke pipinya. Malu.
Mika tersenyum jahat. " All of it" Katanya.
"Kenapa awak tak cakap.... Buat malu jer" Ayat di belakang itu di bisik pada dirinya.
" Apa yang aku nak cakap? 'cut' lighting tak cantik...Macam tu? " . Soal Mika berlawak. Hazel tergelak kecil, pandai pula dia buat lawak malam-malam ni.
" Dah jom balik" Ajak Mika, berdiri. Yang paling dia suka tentang Mika adalah Mika tidak pernah melebihi batasnya. Memahami dan juga hormat akan batas yang Hazel cipta. Dan kerana itu, Hazel berterima kasih sangat kerana Mika adalah lelaki yang begitu.
Beruntung sangat siapa yang dapat Mika.
Entah kenapa memikirkan perempuan lain dengan Mika membuatkan hatinya resah sedikit.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...