- 32 -

284 9 0
                                    

- 32 - 

Hazel memandang sekeliling apabila Mika memberhentikan keretanya untuk masuk ke dalam kotak parking. Pantai. 

" Beach wedding?" soal Hazel teruja. Maklumlah dia tak pernah lagi pergi wedding yang diadakan di pantai. Mata tidak lepas melihat suasana disitu, khemah putih yang dipasang di tengah-tengah pantai dan ditutup dengan kain putih jarang untuk memberi sedikit privasi bagi tetamu yang hadir dan berada di dalam khemah. 

Mika hanya mengangguk, dan bila Hazel fikirkan balik .....dia tidak kenal sesiapa pun. Dia main ikut saja Mika pergi. Mika yang baru hendak keluar dari kereta ditahan Hazel. 

" Awak ....takpe ke saya pergi ni saya tak kenal siapa-siapa pun" soal Hazel resah. Bertambah lagi resah melihat tetamu yang semakin banyak datang menghampiri khemah. 

" Wedding ni untuk close  friend saja, there will be no more than 100 people. " kata Mika, cuba menenangkan Hazel yang resah itu. 

" still saya tak kenal" jawab Hazel. Mika tidak menjawab hanya terus buka pintu keretanya, dan keluar untuk membuka pintu belah Hazel. 

" jom aku ada " katanya, memujuk Hazel keluar dari kereta. Hazel mengeluh dan terus menapak keluar. Sekali lagi baru dia teringat.....hadiah. 

"Hadiah?" soal Hazel kepada Mika. Mika mengangkat bahu saja, namun dia sendiri tidak tahu sama ada siapa yang kahwin jadi mahu bagi apa pun tak tahu. 

Sepanjang di sana Hazel mengikut saja Mika, bila Mika senyum dia senyum, bila Mika menyapa orang dia kaku di sebelah dengan senyuman, bila Mika jalan dia jalan, bila Mika duduk dia duduk. Mika dan Hazel duduk di meja paling belakang berdekatan dengan pantai. 

" Cakaplah kawan sekolah awak, eh tapikan muka dia macam familiarlah" kata Hazel memulakan perbualan. Mika mengangguk. 

" awak sekolah mana dulu?" Soal Hazel kerana dia yakin, dia macam pernah nampak pengantin lelaki itu di sekolah menengahnya namun jika betul dia adalah bekas pelajar sekolahnya yang lama maknanya Mika pun sama ke? 

" sekolah kau" jawabnya selamba. Haaa?!! jadi betulah Mika sama sekolah dengan dia dulu, tapi kenapa dia tak pernah nampak....dan kenapa Amsyar tak pernah cakap? 

"Kau masuk sekolah, aku last year and I wasn't at school that much ......family matter" terang Mika, tangannya selamba mencedok daging di dalam pinggan Hazel. 

" Mika, why we never met each other before that happen?" soal Hazel, pelik. Jujur dia pelik, mana taknya Mika abang Amsyar walaupun bukan abang kandung namun dikira abang juga , dan close family . Bukan ke sepatutnya mereka at least pernah berjumpa?

" I seen you before" Jawab Mika, mengangkat bahunya. Hazel mencebik, oh jadinya Mika tahu tentang dia tapi dia tak pernah pun kenal Mika, dia teringat tentang Mika pun beberapa hari sebelum majlis perkahwinan dia yang tak jadi tu.

"Bila? " soal Hazel, masih tak puas hati yang. 

"Somewhere" cehhhh. Hazel malas nak bertanya lagi, dia hanya meneruskan suapan lauk kenduri itu dan menghayati pemandangan di depannya. Sayangnya, kalau dia tahu beach wedding secantik ini mahu dia jadikan tema perkahwinannya. Namun....

Sementara menunggu Mika yang pergi ke tandas Hazel hanya bermain dengan telefonnya, membalas mesej mama, update instagram dan pelbagai lagi. Tiba-tiba dia ditegur seorang perempuan, " Hazel ?" mendengar namanya dipanggil, Hazel mengangkat mukanya dari skrin telefonnya. Hazel tak kenal siapa, jadi dia senyum kebingungan, dan senyumannya dibalas dengan ketawa kecil.

" Alina, kakak pengantin perempuan" katanya memperkenalkan diri. Ohh. Aduh Mika pula ke tandas, dia tak kenal. 

" Datang dengan Mika?" soalnya dengan senyuman penuh bermakna. Hazel mengangguk. 

"Hazel dengan Mika......?" soalnya lagi, namun tak sempat Hazel nak jawab Mika datang. Melihat Alina yang duduk di hadapannya, Mika membuat muka. 

" we talk later" kata Mika pada Alina dengan nada serius, tak sempat Alina nak menyapa Mika. Mika terus mengajak Hazel balik katanya ada urgent work di resort. Hazel hanya senyum, bingung dengan situasi tersebut dan terus meninggalkan khemah menuju ke kereta. 

Hatinya berbolak-balik sama ada hendak tanya atau tidak tentang Alina. Namun, apa kaitan dia dengan Alina dan Mika? tiada jadi dia senyapkan saja. 

" What did she say?" soal Mika tiba-tiba, nadanya masih sama beku dan serius. 

"Haaa?.....dia tanya saya datang dengan awak ke. Saya jawab ye". Jawabnya serba salah, dia sendiri tak tahu kenapa macam nak jawab SPM pula seram dia. 

Seakan tidak percaya Mika menoleh ke arahnya, " sumpah saya tak tipu" jawab Hazel laju. Membuatkan Mika tersenyum kecil, sebelum menerangkan siapa Alina. 

" Alina is a bitch, she used to like Amsyar but then you came" kata Mika, Hazel agak terkejut kerana dia tidak pernah tahu tentang perkara tersebut. 

" Amsyar doesn't want you to know" 

" And you know about this?" soal Hazel, pelik kerana kalau perkara macam ini pun Mika tahu maknanya hubungan Mika dan Amsyar tidaklah seperti yang Hazel fikirkan iaitu mereka tidak mempunyai hubungan yang baik dan yang keduanya ...... Mika dekat dengan dia. Dekat untuk tahu apa yang berlaku antara Amsyar dan Alina dan juga dia. 

" I know what I need to know" jawabnya. 

" So tadi tu alasan ke? urgent work? " Mika menggeleng. 

" Ada kerja sikit aku nak buat, I need to leave the resort with all the paperwork finish" katanya, mata fokus memandang jalan, sesekali menoleh side mirrror. Hazel mengangguk kecil tanda faham. 

" Saya nak ronda resort boleh tak? " Mika senyap tidak menjawab. 

"Five reason why?" soalnya balik. Mika tak perlu tahu, tekad hatinya. 

" Six reason kenapa saya tak boleh?" balas Hazel balik. Selama ini, dia ikuti saja apa yang Mika suruh fikirnya adalah sebab disebalik perintahnya. Namun sampai sudah Mika tak bagitahu. Hazel jadi geram, dia datang untuk menenangkan hati namun dia pula dikawal. 

" Your mom ask me too" jawabnya selamba. Apa?!! 

" Since when?" soalnya dengan nada geram. Mika tidak menjawab. Jangan kata sejak dari awal lagi!

" Since the begining?!" apa ni ma?

" Jangan nak perasan, mama kau tahu aku ada resort dekat sini jadi dia minta tolong aku check in untuk kau. But, I also have work here that why I came. Mama kau hanya suruh kau duduk resort aku and I came here for work". Terangnya.

Hazel pandang tajam Mika, mahu memastikan yang dia jujur. Melihat muka Mika yang seakan bosan itu, Hazel mengeluh perlahan. 

" Just for 30 minutes, nanti aku bawa kau pergi ronda" kata Mika, selepas beberapa minit. Agaknya kesian tengok Hazel yang muram. 

Hazel tersenyum kecil.Dalam hatinya berterima kasih.


MRS.MIKAWhere stories live. Discover now