- 27 -
"Abang long tu kira anak angkat kepada Auntie. Cerita lama dah... Abang long tuh, tak silap Sara mama kandung dia duduk di luar negara. Masa umur abang long 5 tahun mama dia suruh Auntie jagakan dekat sini. Lepas mama abang long meninggal, dia balik sana sebab masalah keluarga dekat sana sekarang pun Sara rasa dia balik sebab business jer, tengok gaya masalah family kandung abang long tak selesai lagi. Tapi Sara pun tak pernah tanya, takut nak masuk campur pula". Jelas Sara sambil menyuap jagung cup ke dalam mulutnya. Hazel turut beli sama bau dia menusuk hidung tak mampu nak tolak. Dia turut mengunyah sama sambil mendengar cerita tersebut.
"Time abang long first-first duduk dekat sini, dia duduk dengan keluarga Sara dulu sebab rasanya Auntie bersalinkan abang Amsyar. Sara dengan abang Amsyar ni kira cousin jauhlah, lepas setahun lebih macam tuh baru abang long duduk dengan Auntie sampai sekarang cuma macam yang Sara ceritalah dia dah balik sana semula selesaikan hal family. Sara pun tak tahu pasal apa, tapi Sara dengar kan yang keluarga kandung abang long tuh kaya gila. Untung akak Hazel" sambung Sara lagi. Ehh untung dia ??
"Apa yang untungnya?" soal Hazel.
Soalan di balas dengan senyuman nakal " Heleh akak, shy shy cat pula haa".
"Takde apa-apa lah, akak dengan Mika kawan je". Hampir tersedak jagung aku saat perkataan tersebut keluar dari mulutnya. Kawan!? sejak bila sehhhh??
"Sama macam akak dengan Amsyar". Laju saja mulutnya menyatakan ayat itu. Jujur hatinya kini mula rasa tenang mengenangkan apa yang telah berlaku.
" Oh akak pun kenal abang Amsyar ke? Tak silap Sara dia pernah bertunang tapi tak jadi nak kahwin sebab sehari sebelum nikah abang Amsyar accident hilang ingatan. Kesian sangat dekat tunang dia".
" Tragik....kesian sangat" celah Nina yang dari tadi juga turut mendengar sama cerita Sara.
Tragik.
"Takde jodoh, tapi Sara pun tak sempat pergi pertunangan dia sebab ada trial SPM. Sara dengar yang bekas tunang dia lawa kawan sejak dari sekolah." sambung Sara lagi, kini nadanya tidak lagi seceria tadi mungkin kesian akan nasib bekas tunangan Amsyar....iaitu dia.
Patutlah Hazel tidak pernah nampak Sara sebelum ini mahupun di hari pertunangan itu.
" Ehh abang long kau tuh ada awek ke ?" soal Nina yang tadi hanya mendengar kini turut sekali menyuarakan soalan.
"Entahlah aku pun tak tahu, tapi kan .......Ni kira rahsia tau. Sara pernah dengar yang Auntie marah abang long sebab suka tolak perempuan yang Auntie kenenkan lepas tu abang long cakap yang dia dah ada orang yang dia suka". Beria Sara bercerita, sampai Hazel sekali naik teruja, wah Mika dah ada berpunya. Walaupun dia sudah dapat agak tapi mendengarnya dari Sara mengiakan lagi fakta tersebut. Namun entah kenapa hati dia tidaklah gembira sangat mendengar khabar itu.
Tiba-tiba dia dapat rasakan dua pasang mata memandangnya. "Bukan akaklah, serius bukan akak....Akak pun terserampak dengan dia dekat sini". Jelas Hazel tangan diangkat seperti orang bersalah.
"Alright-alright kita orang percaya".
"Akak Hazel buat apa dekat sini? Kerja? Holiday? Putus cinta? Lari dari cinta? " Soal Nina, amboi soalan dia kemain.
"Semua salah, akak datang nak lepaskan diri akak". katanya, matanya fokus pada laut dihadapannya dan mulutnya sedikit demi sedikit mengukir sebuah senyuman. Dibiarkan saja mereka berdua menyoalkan jawapan yang dia beri.
"Confim putus cinta". Putus Nina, kepalanya diangguk- angguk bagi memperkuatkan jawapannya tadi. Malahan Sara turut sama menganggukkan kepalanya menandakan dia bersetuju. Hazel tergelak.
" Hal dewasa korang budak bawah umur tak faham." ejek Hazel.
Kemudiannya, mereka bertiga hanya bersantai dia pantai sambil berborak kosong. In a very long time, she felt content, she felt as if the world is no longer a burden, she felt free.....Hazel rasa sedikit demi sedikit dia menuju semula kepada Hazel yang lama. Hazel yang sentiasa tersenyum bahagia walau dalam berduka dan bukannya Hazel yang lari dari masalahnya, bukan lagi Hazel yang lari dari memikirkan hubungannya dengan Amsyar. Yang paling penting Hazel yang bebas, bebas dari semuanya.
"Happy?" soal satu suara yang tiba-tiba muncul di sebelahnya. Mika.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...