- 49 -

303 10 0
                                    


- 49 –

Orang kata budi baik dibalas baik, tapi kenapa budi baik dia dibalas dengan ini. Amsyar yang duduk dihadapannya dengan eksperesi muka yang marah. Matanya gelap dan marah tetapi lelaki itu tidak berkata apa-apa. Hazel juga turut diam. Dari kerlingan matanya, dia nampak lelaki itu seperti cuba menenangkan dirinya.

Semalam selepas saja dia balik dari jumpa Lia, Amsyar mesej dia ajak jumpa. Hazel mahu tolak, tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Hazel masih marah dengan lelaki itu. Tapi bila dia fikirkan balik, inilah masanya dia bagitahu lelaki itu tentang Aliff. Dan apabila Amsyar kata Lia yang ajak jumpa sekali maka Hazel turuti saja. Mungkin Lia juga mahu berbincang tentang Aliff.

Lia yang duduk disebelahnya juga turut diam, menunduk ke bawah seperti orang bersalah.

"Saya tahu yang Hazel bekas tunang awak." Kata Lia sepantas kilat. Hazel melopong memandang wanita itu. Bukan dia saja, Amsyar juga mempunyai reaksi yang sama, mata bulat memandang Lia. Lelaki itu membuka mulut untuk cakap sesuatu, tapi ditutup semula kemudian dia menghantar satu jelingan tajam pada Hazel. Nampak sangat menuduhnya, bertambah geram dia melihat Amsyar. Hazel mendengus perlahan. Geram.

Pertama sekali, ini bukan sebabnya mereka berjumpa. Ini bukan perjumpaan antara bekas tunang dan bakal isteri atau apa-apalah hubungan diaorang dua ni. Apakah? Ke dia salah baca mesej, mungkin Amsyar ada cakap tentang ini. Tapi bila diingatkan kembali reaksi lelaki itu, dia tahu Amsyar pun tak tahu.

Hazel tergelak kecil, awkward. 'Apa aku nak cakap ni?'

"Saya tahu dari mummy, dah lama dah." Sambung Lia, apabila melihat interaksi mereka. Amsyar yang nampak tak puas hati dengannya, dan Hazel yang sibuk ketawa kekok.

Mendengar pengakuan Lia, lelaki itu terus memandang Lia. Terkedu. Amsyar merenung Lia seketika, untuk memastikan dia tidak menipu. Kemudian, matanya dilirikkan pada Hazel pula, masih dengan ekspresi muka yang sama. Hazel mengangguk kecil untuk mengesahkan kenyataan Lia.

Amsyar melepaskan nafas panjang, sebelum tangannya dipanjangkan untuk mencapai tangan Lia. Hazel hanya memandang dan menggeleng kepala. Amsyar yang dulu takkan pernah pegang tangannya, dia tahu batas mereka. Dia akan terkilan melihat perubahan sikap lelaki itu.

'Tak macam Mika.' Fikirnya, namun tidak sampai beberapa saat, dia sendiri terkejut dengan kata-katanya.

Hazel berdehem perlahan. Lia terus menarik tangannya dan meletakkan di atas ribanya. Amsyar juga melakukan perkara yang sama sambil satu tangan naik menggaru belakang kepalanya, jelas kekok dengan interaksi itu.

"Anyway, yang itu kau orang pandai-pandai settle sendiri, Aku datang ni nak bincang pasal benda lain." Kata Hazel. Mukanya berubah menjadi serius. Melihat perubahan wajah Hazel, Lia terus faham akan maksudnya. Lia berdehem perlahan dan mengambil nafas panjang sebelum menceritakan apa yang berlaku. Sekali-sekala Hazel turut ikut masuk untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Kalau tadi Amsyar hanya sekadar marah, kini dia yakin yang lelaki itu bukan setakat marah saja tapi seakan mahu membunuh orang.

"And you were hesitant to tell?" Marah Amsyar pada Lia. Suara naik satu nohkta.Lia menundukkan kepala sekali lagi. Namun suara lelaki itu dikendurkan semula apabila melihat Lia begitu.

"It happens to me Amsyar, she was scared." Hazel cuba memujuk tidak mahu lelaki itu menunding jari mencari kesalahan. Ini semua bukan salah sesiapa kecuali si Aliff tu sendiri.

"Still.."

"Aku cuma nak tahu apa yang Aliff tu nak lagi ?" soalnya pada Amsyar. "And he was still calling you, his wife." Katanya pada Lia pula.

"Gila." Jawab Amsyar. "Dia nak duit lagi."

"It's okay, aku boleh bagi." Sambung Amsyar. Hazel mengecilkan matanya memandang lelaki itu pelik. Sampai bila? Sampai bila nak bagi duit?

"Itu bukan jalan penyelesaian, sampai bila nak bagi duit?" Soal Hazel.

Lia tidak bersuara, tidak juga memandangnya. "Kita report po-" Hazel mencadang sebelum kata-katanya dipotong oleh Lia.

"No...No police." Lia terus berdiam diri selepas kata-katanya tu. Hazel menunggu penjelasan namun tiada.

Dia melepaskan bunyi. "Kenapa?"

Amsyar turut juga melepaskan keluhan kasar sebelum satu tangan mengusap mukanya.

"Mak Aliff baik dengan Lia dan Lia taknak Aliff masuk penjara sebab dia." Kasar nadanya menjelaskan.

Hazel terdiam, dia meneguk airnya untuk melepaskan rasa frustnya. Hazel faham situasi Lia, sebab itu bertambah frust dia memikirkannya. Mesti ada jalan lain, tapi apa? Dia tidak mahu bersemuka dengan Aliff, itu yang pasti. Tapi selepas mengetahui full story dari Lia, dia juga tak mahu apa-apa jadi pada Lia.

"You need to tell Mika." Kata Amsyar tiba-tiba. Mata memandang tepat padanya. Hazel agak terkejut dengan kata-kata lelaki itu, tapi dia tahu ada betulnya. Hazel mengangguk lemah, sejak bila Mika menjadi sebahagian dalam hidupnya? Dia pun tak tahu.

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now