- 44 -

169 8 0
                                    


- 44 –

Jika mamanya tengok Hazel seperti ini, duduk merenung skrin hitam komputer ribanya dan bukannya menyelesaikan kerja. Hazel hanya akan menyalahkannya pada bad moodnya.

Sejak dia meninggalkan kafe itu, kata-kata Amsyar terus berulang-ulang seperti radio rosak yang membuatkannya marah dan geram hingga dia tidak boleh buat apa-apa kerja. Malah, dia hanya buat tidak peduli apabila dia disapa oleh staf butiknya. Apabila melihat riak wajahnya yang kurang senyuman dan satu -satunya ekpresi muka yang terpapar di wajahnya adalah kerutan di dahinya. Mereka cepat-cepat menyiapkan kerja, takut Hazel marah mungkin.

Sekarang setelah dia memikirkan semula sikapnya dia rasa serba salah, jadi dia suruh mereka balik awal tanda dia minta maaf. Hazel sendiri tahu lebih baik daripada meletakkan orang lain, terutama orang yang tidak bersalah dalam kedudukan janggal. Mana taknya dia sendiri pernah jadi orang itu. Dia mengeluh perlahan memandang refleksi wajahnya pada skrin laptopnya.

Dia menutup skrin kosong laptopnya dan memutuskan untuk menyiapkan kerja-kerja  tertangguh tadi dirumah saja.

Dia dan Mika sepatutnya berjumpa hari ini, dan sejujurnya dia takde mood nak bercakap tentang apa-apa. Namun kemudiannya, dia terfikir yang mungkin Mika akan menanyakan sebab dia cancel pertemuan mereka, dan Hazel malas nak jawab kenapa. Jadi dia hanya menghantar mesej kepada Mika mengatakan dia akan lewat lagi hari ini. Dia mahu balik ke rumah dahulu, mandi dan tukar baju untuk cuba menenangkan fikirannya.

Mesejnya dibalas dengan "No need to rush, aku pun lambat." Hazel menghembus nafas lega. Tapi kenapa dia lambat? Sebab dengan perempuan yang dia ternampak tengahari tadi ke?

Dia melihat jam tangannya, jarum panjang yang hampir pukul 8 menunjukkan bahawa Hazel masih ada dalam 10 minit. Jadi dia cepat-cepat bergerak, menghidupkan keretanya dan keluar dari kotak parking. Malam ni, dia hanya ajak Mika untuk makan di warung yang hanya 5 minit dari rumahnya. Dekat sikit dengan rumahnya. Mamanya sudah pesan suruh balik awal, katanya tak elok anak dara keluar dengan lelaki malam-malam. Beriya di jelaskan pada mamanya tentang jadual Mika yang padat, hanya dinner saja mereka boleh jumpa. Namun penjelasannya di soal semula.

"Kamu jumpa dia untuk apa?" soal mama curiga. Dia tahu lambat laun saja mamanya akan mula bertanya tentang pertemuannya dengan Mika. Dan dia...tak mahu jawab buat masa sekarang. Jadi bila disoal soalan itu, dia senyap saja.

"Hati-hati bawa kereta." Sambung mama apabila melihat riak wajahnya yang senyap tidak mahu menjawab.

"Ma orang pergi dekat kedai depan tu je." Jawabnya.

Jawapannya dibalas dengan ceramah tentang status peratusan serta berita kemalangan yang berlaku di Malaysia. Hazel terus lari masuk kereta, malas mahu dengar mamanya membebel.

Setelah sampai, dia nampak kelibat Mika yang duduk memandang menu yang tergantung di dinding kedai itu. Hazel mula melangkah ke arah lelaki itu, tidak sampai dua langkah dia bergerak mata lelaki itu diangkat menghadapnya. Memandangnya. Sekali lagi, hatinya rasa pelik. Hazel cuba buang rasa itu dengan memandang tempat lain, namun pandangan lelaki itu seperti membakar mukanya. Tapi dia tetap pandang tempat lain.

Hazel terus duduk di tepi lelaki itu, meja putih segi empat yang menempatkan empat kerusi di setiap meja dan Hazel pilih yang di tepi lelaki itu. Dia tidak mahu duduk berdepan dengan lelaki itu. Dia mahu cepat-cepat balik, dia tidak mahu lelaki itu perasan akan moodnya yang sepanjang hari hilang entah ke mana.

Pilihan kedudukan dia dipandang pelik oleh lelaki itu, tapi Hazel buat tak endah.

"Awak dah sampai lama ke ?" soalnya, pelik melihat lelaki itu yang sampai dulu. Dia kata dia juga akan lambat.

"Baru." Hazel angguk.

"Awak dah order ke?" Tanya Hazel lagi, dalam hati berdoa agar lelaki itu belum. Nanti kang dia pergi order pelbagai makanan semata sebab dia tidak tahu Hazel mahu apa. Habislah dia gemuk kalau setiap kali makan dengan Mika.

Lega melihat Mika yang menggeleng kepalanya. Laju dia terus makanan dia, "Saya nak bihun sup dengan limau ais."

Mika terus memesan makanan mereka. Rutin mereka masih sama, Mika menyuruhnya makan dahulu sebelum menanyakan soalan padanya. Hazel angguk saja. Apabila makanan sampai, dia terus makan kali ini dia biarkan saja mereka makan dalam dia. Sebelum ini dia mungkin akan tanya soalan pada Mika untuk ajak borak, tapi Hazel diam saja. Dia tahu lelaki itu jugak pelik dengan sikapnya yang hanya berdiam saja, namun tidak berkata apa-apa.

Dalam otaknya sibuk mengulang tayang apa yang terjadi di kafe tengahari tadi, dari dia ternampak Mika dengan wanita lain dan juga amaran Amsyar. Pening kepala fikir. Setelah lama dia fikir, dia faham akan tindakan Amsyar sebab dia tahu Amsyar tak maksudkan itu dia cuma mahu menjalinkan hubungan yang tiada drama dengan Lia. Tapi Hazel jadi geram sebab maknanya Amsyar fikir yang dia, Hazel adalah drama yang mungkin merosakkan hubungan mereka. Nampak sangat yang Amsyar tak kenal dia, dia bukannya kejam untuk merosakkan hubungan orang lain. Tiba-tiba dia teringat yang Mika juga pernah layan dia macam tu di rumah mummy. Dia jeling Mika. Lelaki sama saja.

Mika yang dari tadi memandang Hazel terkejut seketika melihat jelingan yang dituju oleh Hazel itu. Hazel juga terkejut, dia ingat lelaki itu sedang makan dan bukannya pandang dia. Terkulat-kulat dia memandang lelaki itu, lalu memberi senyuman paksaan. Mika melepaskan sudu garfunya dan terus menyandarkan badannya di kerusi. Mata tajam memandangnya tidak lepas.

"What's wrong?" soalnya. Suaranya tenang, tetapi ada sedikit ketajaman padanya.

"Takde apa-apa." Jawabnya. Dia tidak memandang lelaki itu, pandangannya difokus pada bihun sup dihadapannya. Tangan sibuk bermain dengan sudu dan garfunya.

"Cakap atau no question for today." Katanya, masih tenang.

Mata Hazel pantas beralih pada wajah lelaki itu kerana terkejut sebelum dia menurunkan dagunya dan mengalihkan perhatiannya semula pada makanannya apabila melihat riak wajah serius Mika.'Tak adil', fikirnya.

Seakan membaca fikirannya Mika menjawab. "Ada aku kisah." sambil mengangkat keningnya menunggu jawapan. Mesti dia terlepas cakap tadi.

"Saya takde mood jer." Jawabnya. Separuh jujur, tapi memang betul pun dia tiada mood tapi punca kenapa dia takde mood tu biarlah dia simpan. Kalau dia cerita pasti virus 'takde mood' berpindah kepada Mika pula. Mika dahlah pantang dengar nama Amsyar.

Mika merenungnya lama, dan Hazel tahu lelaki itu tidak percaya. Hazel boleh agak reaksi lelaki itu jika dia cerita tentang pertemuannya dengan Amsyar. Yang pasti Mika takkan duduk diam, walaupun Amsyar itu adiknya. Sedikit sebanyak dia kenal Mika, lelaki dihadapannya itu. Jadi apabila dia nampak Mika yang tidak percaya dengan alasannya dan ingin menyoal dengan lebih lanjut, Hazel terus menjawab.

"Saya tengah period." Hanya selepas kata-kata itu keluar dari mulutnya, perasaan malu datang menyerbu mukanya. Dia dapat rasa mukanya membahang.

Mika terkelip-kelip terkejut, sebelah tangannya naik menggosok belakang kepalanya. Mika malu? Hazel hampir ketawa melihat reaksinya. Satu tangan naik menutup mulutnya, ingin menyorokkan senyumannya. 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now