- 24 -

246 10 0
                                    

- 24 - 

" Aku kenal...But I don't want to talk about it yet." Hazel tidak tahu apa kaitan mereka, walaupun dia sendiri ingin tahu dan agak pelik namun dia tidak menolak Mika untuk menceritakannya. Hazel angguk dan tersenyum kecil.

" Remember Hazel, this is your time...jangan fikir pasal benda tadi or anything just focus on yourself" sambung Mika lagi dengan nada agak lembut dan tegas sedikit. 

Mereka sambung perjalanan menuju ke resort. Sepatutnya Mika ambil kira lepas sudah memasuki kawasan resort iaitu kawasan Main Resort dia namun Mika mengambil kanan sepertinya laluan untuk menuju ke pantai. Berderet di hadapan pantai kedai -kedai kecil malah cafe serta warung-warung kecil. 

" Turun, tinggal jer sandal kau " sambil tangannya meghulur sepasang kasut sport. 

Hazel segera menanggalkan sandalnya serta stokinnya takut kesan aiskrim tadi melekat di kasut Mika. ' Mak ai besarnya, takut jalan tak pasal-pasal tertinggal kasut' .

"Mika besarlah kasut awak, saya takut nanti tercicir" rungut Hazel perlahan, mata mencari bekas tisu nak sumbat masuk kasut tersebut. 

" Habistu nak aku dukung kau?" soal Mika. 

Hazel menjeling sahaja. "Pakai je..kedai kasut dekat je" lalu Mika terus berjalan pergi. Tak gentleman langsung tunggulah aku adjust kasut ni dulu.

Dah alang-alang hendak pergi shopping sandal ni, dia mahu membeli souvenir untuk mama dan juga pekerjanya di butik. Fikirnya dia mahu pergi dah nak balik nanti, ni dah sampai ni sekaligus jerlah. Padan muka Mikalah kena teman dia. Hahahahahah. 

" Try this one" sebaik sahaja dia masuk kedai yang Mika masuk tadi, terus sepasang sandal bertutup di hulur kepadanya. Tak bagi chance aku nak pilih pon. Hampeh. 

Hazel try, ngam-ngam jer cantik pulak tuh. Bertutup takdelah dia kena pakai stokin selalu, stokin dalam beg dia pun macam main sorok-sorok dengan Hazel. Hazel nak keluar dia ,menyorok dah balik uish terlentang gitu atas katil. Sakit hati. Tapi Hazel terpandang sebuah lagi sandal yang jenis macam rotan di bahagian tumitnya. Lawa tapi agak berheel, melebihi apa yang Hazel selalu pakai. 

" Yang tu comel" tunjuk Hazel ke arah sandal tersebut. Mika menjeling ke arah sandal tersebut. 

" Tak sesuai, jalan bising nanti" komennya. Amboi sapa yang nak pakai nanti? Mika ke? Hazel enn. Tapi betul juga, jalan nanti mesti bunyi ketak ketuk gitu...bingit-bingit nak pergi mana. 

Hazel tunjuk pula yang lain. "Besarnya bunga", "Bling-bling sangat", "Kau nak pergi dinner ke", dan yang paling win bagi Hazel "Hodohnya, kau ni biar betul kerja butik". Mika sakitnya hati saya melayan awak ni, sempat kutuk lagi tu. 

" Kalau awak nak saya pilih pilihan awak ni cakap jerlah Mika oi, main kutuk-kutuk pilihan saya pula. cehhh" geram dengan Mika ni. Lepastu senyap, haish. 

" Saja, suka aku tengok kau geram" someone tahan aku please sebelum mamat poyo ni aku sepak sampai ke pantai kang ada yang masuk berita 12 malam.

Akhirnya selepas 45 minit di dalam kedai tersebut hanya untuk memilih sepasang sandal yang Hazel sudah pun pegang sejak masuk kedai tersebut mereka pun bergerak menuju ke kedai lain. Hazel sudah memberitahu tentang hajatnya nak membeli -belah souvenir, selamat Mika tidak membantah. Katanya, dia pun nak beli barang. Kira win-winlah. 

" Mika, awak rasa mama suka yang ni ke yang warna putih ni?" tanya Hazel sambil tangan menujuk set pinggan mangkuk. 

"Hmm" haish tak membantu sungguh Mika ni. 

" Saya ambil dua-dualah, yang putih ni untuk mak awak yang biru ni untuk mak saya". Putus Hazel, lepastu 4 set cutlery ni untuk tiga orang pekerjanya serta satu lagi untuk Lia dicapainya. Sekarang kita move on kepada souvenir untuk diri sendiri, sebelum dia datang ada hajat dan janji yang dia nak tepati. Cincin dia nak beli cincin untuk dia. Cincin yang murah sahaja, cincin yang tak begitu menyerlah, hanya yang simple sahaja. 

"Mika saya dah selesai, kita singgah last stop saya nak pergi kedai jewellery. Yang ada dekat pantai ni sahaja ada tak?" soal Hazel. Mika mengangguk dan terus berjalan. 

'Wah rambang mata camgini weh, semua cantik-cantik' sebaik sahaja mereka sampai Hazel agak terkejut kerana dari segi luaran kedai tersebut nampak kecil dan sangat terpencil namun, di dalamnya sangat cantik. Ia cantik kerana ia tidak dihiasi oleh lampu-lampu yang terang yang selalu kita dipamerkan di mall semua tuh. Cahaya luar yang memenuhi segenap sudut kedai tersebut, sangat cantik. Dengan itu, bermulalah sesi mencari cincin idamannya...yang dia sendiri tidak meletakkan sebarang deskripsi akan cincin yang akan dipilih. Dia mahu pilih cincin yang menjerit nama dia, yang mengambarkan perasaan dia, yang mengambarkan dia ...Hazel. 

Dilihat disisinya, Mika juga turut sibuk mencari....mencari apa pun dia tak pasti. 

Baru dia teringat, dia tak beli apa-apa pun untuk Mika, hmm macam mana eh dia malas nak lari pergi kedai lain nak beli hadiah untuk Mika. 

" Mika, awak nak beli couple ring tak dengan saya?" 

" What?"

" Alaa yang macam cincin yang sama macam tu...."Hazel memandang Mika. Mika membalas pandangan Hazel. 

"For what?"

" Sebagai ucapan terima kasih sebab teman saya, tolong saya semua". Mika nampak agak marah dengan jawapan dia. Salah ke dia cakap? Ke Mika tak mahu? 

" No need, aku tolong bukan sebab kau" balasnya dingin. 

Ok ... The Cold Mika is back. 




MRS.MIKATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang